Thursday, February 14, 2013

Isteri terbaik untuk suami...

Setiap isteri mengimpikan untuk menjadi isteri yang terbaik buat suami Dan para suami juga menginginkan isteri yang sempurna untuknya..

Isteri terbaik buat suami yang sentiasa mendoakan kesejahteraan suami, mendahulukan kehendak suami berbanding anak, etc...Kadangkala bila sibuk berkerja, balik rumah dah penat, suami pun kita tak hiraukan, sekadar bertanya ala kadar "dah balik bang".. Seharusnya sebagai isteri harusla menyambut suami dengan senyuman ketika Suami pulang berkerja Dan menyediakan air buat suami tanpa suami pinta...bila difikirkan balik, saya pun jarang buat benda ni...adui...lepas ni kena bermanis muka nie....hihi...

Yang paling Utama sebenarnya apa bila dah Ada anak, sampai kadangkala isteri terlupa bahawa suami perlu didahulukan sebelum anak-anak...ini mesti ramai para isteri terbabaskan? Same goes with me...adoi..kena muhasabah diri balik ni....nasib la my hubby jenis sporting...tapi tak bole terus beginikan? Bila hubby panggil and anak anak panggil at the same time, Kena jawab panggilan hubby dulu...ingat tu!! Nanti hubby pergi panggil perempuan lain pulak...nauzubillah harap dijauhkan...amin...

Bila memasak saya selalu Tanya hubby menu apa yang dia nak makan..and as usual my hubby Akan jawab tak kisah....apa lagi rembat kesempatan tu untuk masak makanan yang saya suka...sapa pernah buat macam ni?? Cepat mengaku....hahahaha....ingat para isteri, kita harus memasak makanan kegemaran suami...bukan makanan kegemaran sendiri....


Seorang isteri yang baik juga perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan suami Dan paling penting memohon maaf pada suami sebelum tido Dan sewaktu pergi kerja....sesunguhnya ingatla syurga isteri terletak pada keredhaan suami.....so Jom berusaha menjadi isteri terbaik buat suami...insyaAllah....


No comments:

Post a Comment