Showing posts with label perempuan. Show all posts
Showing posts with label perempuan. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

ADAB BAGAIMANA BERHADAPAN DENGAN SUAMI


perempuan ni senang nak masuk syurga...taat pada perintah ALLAH, tidak tinggal solat dan puasa, dan patuh pada suami.,..nescaya syurga dijanjikan untuk perempuan tersebut...nampak senangkan? disini rose nak kongsikan sedikit hasil ceramah dioffice mengenai adab berhadapan dengan suami:-


1.            Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2.            Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3.            Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4.            Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.
5.            Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6.            Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7.            Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8.            Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9.            Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar ke atas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10.          Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11.          Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12.          Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
13.  isteri hendaklah sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

semoga info ini berguna untuk isteri-isteri diluar sana....


Monday, June 24, 2013

adab wanita keluar rumah

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Semoga bermanfaat untuk kita semua dan sebar-sebarkanlah insyaALLAH

ADAB WANITA KELUAR RUMAH

1.            Seseorang wanita boleh keluar rumah sekiranya ia mempunyai sesuatu hajat yang amat perlu yang diharuskan oleh syarak.

Contohnya:
-              Menuntut ilmu fardhu ain sekiranya ibu bapa atau suami atau penjaganya tidak berkesempatan   atau tidak berkemampuan mengajarnya.
-              Menziarahi kaum kerabat, saudara-mara, jiran ataupun sahabat.
-              Keluar mencari nafkah yang halal disebabkan wanita itu sebatang kara atau keadaannya miskin atau penjaganya sakit atau cacat.
-              Untuk menjadi saksi.

2.            Keluar dengan berdoa meminta perlindungan dari fitnah dan gangguan manusia serta syaitan.

3.            Apabila tempat tujuan kurang dari dua marhalah (48 batu) wanita boleh ditemani oleh kanak-kanak.Apabila perjalanan lebih jauh dari itu, hendaklah wanita itu ditemani oleh muhramnya.

4.            Hendaklah menutup aurat supaya:
-              Mudah dikenali bahawa dia adalah wanita beriman
-              Tidak ada gangguan
-              Mendapat keampunan Allah 

5.            Elakkan berjalan di jalan besar yang sesak dengan orang ramai. Hendaklah berjalan di laluan tepi yang bukan laluan umum.

6.            Jangan menampakkan perhiasan diri (seperti rantai, gelang dan sebagainya) atau menghentakkan kaki untuk membunyikan perhiasan (seperti gelang kaki atau kasut berladam).

7.            Berjalanlah dengan sopan. Elakkan daripada banyak bergurau senda di jalanan.

8.            Jangan memakai bau-bauan kerana ia memberangsangkan nafsu lelaki. Jika memakainya, jangan terlalu banyak, cukuplah sekadar tidak berbau busuk.

9.            Tundukkan pandangan dan kekalkan sifat malu. Jangan sekali-kali bertegur sapa atau melayan lelaki yang bukan muhram.

10.          Meminta keampunan kepada Allah di sepanjang perjalanan.

sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri juga, 

xoxo- rose

Sunday, June 2, 2013

Bila perempuan bercinta

zaman sekarang ni masih wujud lagi pasangan bercinta yang betul2 mencintai pasangannya tanpa memikirkan  status, kewangan, kedudukan dan sebagainya? masih ada...cuma segelintir ajer...kenapa hari ini nak bercakap pasal cinta dan perempuan? sebab kawan sekolah saya baru sahaja berkongsi cerita mengenai dirinya yang ditipu oleh lelaki yang dicintai. 

okaaayyyy....kind of sensitive topic bila cakap bila perempuan bercinta, mereka sanggup mengorbankan segalanya demi insan yang dicintai....betul? sanggup korbankan duit, masa, ibu bapa dan juga maruah diri..adakah betul disebabkan cinta perempuan menjadi buta mata dan hati? cinta yang melalaikan mereka atau mereka yang taksub dengan cinta?

baru-baru ini kejiranan kami digemparkan apabila ada anak jiran yang membuat percubaan membunuh diri gara-gara ditinggalkan kekasih...Astaghafirullahazim....APA NAK JADI? hanya disebabkan oleh seoarang lelaki maka dengan senangnya buat keputusan untuk bunuh diri? 

berbalik kepada kawan saya tadi, dia ditipu oleh teman lelakinya mengenai duit...aduh...dan banyak kali isu duit ini tersebar disurat khabar. kalau setakat 100,200 masih boleh diterima...ini melibatkan puluhan ribu ringgit...bila saya tanya, kenapa sanggup buat hutang untuk bagi duit pada bf? dia kata, nak tolong sebab aku sayangkan dia...aduh!!! tolongla...saya memang tak percayakan pada lelaki yang senang-senang nak minta duit dekat perempuan yer...lagi-lagi lelaki yang namanya kekasih. 

tolongla...buka mata, buka hati...sebelum mencintai orang lain, kita harus mencintai ALLAH SWT, RASUL, keluarga dan diri sendiri...jangan terlalu mencintai seseorang hingga mengakibatkan diri merana...cukup-cukup la kisah pembuangan anak, ditipu duit menjadi pengajaran kita semua....saya berharap sgt perempuan yang diluar sana untuk bijak menilai cinta!  

Thursday, February 28, 2013

Salah isteri jika tak dapat anak?

Seronok bila tengok pregnant woman. I miss my pregnancy times...seronok dapat rasa baby bergerak dalam perut Dan rasa bertuah kerana sempat merasai kuasa Allah yang satu itu.. Tapi ramai juga dikalangan kawan Dan family saya pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga tapi masih belum dikurniakan anak. Salah siapa? Mesti ramai yang bertanya Soalan ini. Dah pergi check ker? Atau pun yang hebat lagi, bagi la laki kamu tu kawin lagi satu!

Typical Malaysian thinking is when a couple yang dah lama berkahwin tetapi masih belum mendapat zuriat adalah disebabkan oleh ketidakmampuan sang isteri untuk mengandung. Mungkin ini kerana, sang isteri yang mengandung, jadi adakah wajib kesalahan ini diletakkan sepenuhnya pada sang isteri?

Tahukah anda, yang punca tidak mendapat anak juga boleh disebabkan oleh sang suami? Mesti lakan...in order to get a child, both party kena participate! Berdasarkan satu article mengesahkan bahawa 40% masalah kesuburan berpunca Dari lelaki. Kajian membuktikan bahawa punca Utama tidak kesuburan lelaki adalah Dari air mani. Air mani yang dikeluarkan mengandungi weak sperma yang tidak boleh bertahan lama selepas ejakulasi. Selain itu, antara factor lain tidak kesuburan lelaki terjadi sekiranya lelaki suka mandi air panas, kuat merokok melebihi 20 batang sehari, suka memakai seluar ketat, berat bandar yang berlebihan Dan sebagainya.

So please Malaysian society out there! Do not be so typical and terus menunding jari bahawa perempuan yang bersalah sekiranya pasangan yang berkahwin tidak mendapat anak. Seeloknya, selepas satu tahun setengah berkahwin, Dan masih tidak mempunyai anak, pasangan tersebut dinasihati untuk berjumpa dengan doctor pakar.