ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ
Semoga bermanfaat untuk kita semua dan sebar-sebarkanlah insyaALLAH
ADAB WANITA KELUAR RUMAH
1. Seseorang wanita boleh keluar rumah sekiranya ia mempunyai sesuatu hajat yang amat perlu yang diharuskan oleh syarak.
Contohnya:
- Menuntut ilmu fardhu ain sekiranya ibu bapa atau suami atau penjaganya tidak berkesempatan atau tidak berkemampuan mengajarnya.
- Menziarahi kaum kerabat, saudara-mara, jiran ataupun sahabat.
- Keluar mencari nafkah yang halal disebabkan wanita itu sebatang kara atau keadaannya miskin atau penjaganya sakit atau cacat.
- Untuk menjadi saksi.
2. Keluar dengan berdoa meminta perlindungan dari fitnah dan gangguan manusia serta syaitan.
3. Apabila tempat tujuan kurang dari dua marhalah (48 batu) wanita boleh ditemani oleh kanak-kanak.Apabila perjalanan lebih jauh dari itu, hendaklah wanita itu ditemani oleh muhramnya.
4. Hendaklah menutup aurat supaya:
- Mudah dikenali bahawa dia adalah wanita beriman
- Tidak ada gangguan
- Mendapat keampunan Allah
5. Elakkan berjalan di jalan besar yang sesak dengan orang ramai. Hendaklah berjalan di laluan tepi yang bukan laluan umum.
6. Jangan menampakkan perhiasan diri (seperti rantai, gelang dan sebagainya) atau menghentakkan kaki untuk membunyikan perhiasan (seperti gelang kaki atau kasut berladam).
7. Berjalanlah dengan sopan. Elakkan daripada banyak bergurau senda di jalanan.
8. Jangan memakai bau-bauan kerana ia memberangsangkan nafsu lelaki. Jika memakainya, jangan terlalu banyak, cukuplah sekadar tidak berbau busuk.
9. Tundukkan pandangan dan kekalkan sifat malu. Jangan sekali-kali bertegur sapa atau melayan lelaki yang bukan muhram.
10. Meminta keampunan kepada Allah di sepanjang perjalanan.
sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri juga,
xoxo- rose
good sharing..
ReplyDeletesekadar peringatan untuk diri sendiri normi, dan juga harapnya bermanfaat pada yang membaca
Deleteinfo menarik.. kena kongsikan dengan semua nih
ReplyDeletesilakan kongsi.....dapat juga pahala....hihih...ilmu ni kan...
DeleteTerima kasih atas perkongsiannya kak rose!! Kadang2 teralpa juga.. :)
ReplyDeletethanks sebab mengingatkan aiza..
ReplyDeletepetua yang bagus ni terutama bagi yang selalu bekerja di luar rumah...
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeletePeringatan baik untuk kita kongsi bersama.. :)
Yang mana boleh buat, kita buat.. yg sukar, kita cuba juga buat kan rose.. ^_^
Alhamdulilah...bagus rasanya dapat saling ingat mengingati
ReplyDeleteOhh maknanya high heels yang berbunyi bila kita jalan tu pun tak boleh la kan? Ingat gelang berloceng je. Tenkiu for sharing. Baru tahu. ^^
ReplyDeletemasa haritu terbaca entri ni..tapi sya tak sempat nak sign in blogger..huhu.. betul2 keluar kena ada niat yang betul..bukan saja2 ja keluar..
ReplyDeleteAstaghfirullah..selalu jugak buat y no.5 n no.9 tu contohnya bila jumpa kawan2 lama..Alhamdulillah, info yang menarik
ReplyDelete