Saturday, June 29, 2013

Kenapa berblogging??

saya selalu tanya diri sendiri tentang soalan ini...kenapa saya berblogging? tapi saya tak pernah memikirkan jawapannya secara specific. tapi bila rakan sekerja tengok saya khusyuk buka blog dari satu blog ke satu blog, and find out that i have a blog, she started to questioning me. apa yang menyebabkan kau berblog?

kemudian saya terfikir balik...saya start blog ini this year January, sedangkan dah ramai dah yang ada blog dan hebat-hebat belaka pulak tu..so kenapa saya pun nak join them?...bila saya start blogging ini sebenarnya, sebab saya suka mencari informasi-informasi yang boleh menambahkan pengetahuan am saya. 

Seriously, waktu mula-mula dulu terbit dihati saya untuk berblog disebabkan aisya mempunyai eczema. merata-rata saya cari information pasal eczema ni, and always came across from blog to blog mothers that have similar experience..and when i go deeper, saya rujuk pada pakar, saya survey website and i found out a  lot of information. so..i'm full of fire to share the knowledge with others...yes yes...the first thing was i shared it with my office mate, then i dari situ baru timbul idea untuk start blogging....

mula-mula i start the blog from ipad...serious susah...hahahah.....memang tak pandai kan guna tablet ni...screen touch tak sama dengan keyboard touch...and the apps takes me a lot of time to adjust and comprehend...maklum la lembab sikit pasal bab-bab IT and gadget ni...

seriously, i have no theme for my blog. i use simple template sebab saya memang orang yang simple, yang nak blog saya easy to be access.. so memang blog saya tak comel macam blog orang lain la...yang ada macam-macam features...so, from wants to share about eczema, i start to write about everything else, like my experience with aisya, my relationship with hubby, cerita kelakar yang buat saya rasa nak gelak, and general information yang saya rasa saya nak share dengan semua orang. kadang-kadang tangan ni pun gatal nak add features sana sini...hehehhehe...

sangat seronok saya rasa bila ada orang baca blog saya, yang masukkan saya dalam bloglist mereka, dan ada yang share info yang ada dalam blog ini...hehehehhe..memang best rasanya

saya sangat berterima kasih pada yang sudi membaca blog saya. saya tahu banyak kekurangannya, tapi saya harap the information that i shared here can be used for others jugak....salah silap sila tegur saya yer...**wink wink***

love, 
rose.  


11 comments:

  1. mama juga baru start sebulan berblogging secara serius.. hihi. sedangkan akaun ni dah ada sejak 2011 lagi. lagipun, seronok jumpa kawan-kawan baru.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa...sama ler kita yer mama...

      Delete
  2. aiza pun baru je mengaktifkan diri sejak berhenti kerja pada tahun ni.. semoga rose terus bersemangat untuk menulis dan berkongsi informasi berguna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnyer quit your job....m..i cannot imagine myself berhenti kerja...belum terbuka pintu hati kot...heheheh...and thanks aiza....semoga aiza pun terus maju dalam dunia blogging ni yer...

      Delete
  3. agaknya sama macam akak kot sbb nak kongsi info..info yg saya baca smua dari majalah isihat..hiihi..sbb info dia cool..so sya share..yg lain copy paste dr blog umum.huhu.. blogging guna tablet mmg payah..susah sangat nak update..lain yg kita tekan lain yg keluar...huhu

    ps.kak nanti buang word verifications tau..hehe..senang nak komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...ooo...ok...nanti akak godek2 yer nana...thanks for the input!

      Delete
  4. saya berblogging sebab takde kerja.. bos tak bagi kerja.. mungkin akan kurangkan berblogging sebab akan tukar ke tempat baru bermula 22 julai.. tapi kalau bos tak bagi jugak kerja.. berblogging terus hari hari.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah...bestnyer job bos tak bagi kerja azman.....mmm...rose ni kalau sampai office tak cukup nafas and tangan nak buat kerja!

      Delete
  5. Perkara utama yang menyuntik semangat Kak Ain untuk buat blog adalah kerana bosan dengan siri Tv yang tak habis-habis dengan cerita cerita hantu serta sitcom drama yang bersambung-sambung tu. Walaupun buta IT, akak cuba juga. Alhamdulillah, akhirnya menjadi juga blog Kak Ain.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.

    That's ur reason haa.. ok2, hehe. Lana pun tak sure sbnrnya sebab khusus berblog, tapi, salah satunya, lana suka membaca.

    Takda topik khusus, bila lana rasa nak membaca, lana baca je apa yg ada.. ikut mood juga kekadang. Macam baca bahan bacaan, kdg kita pilih novel, kdg2 komik, biografi, majalah. Macam tu la blog.

    Kdg2 baca blog mak org (mcm blog rose la,hahaha), kdg2 blog hiburan, blog berinformasi, blog masakan. As long otak ni dapat menghadam, lana layan je.

    Tapi, awal berblog dulu, mmg tak tahu dan tak faham blog ni apa sbnrnya. Buat blog dulu pun sbbnya, my lecturer suruh student buat, nanti bila dia bagi quiz, postkan jwpn kat blog masing2, nnti dia cek.

    Bila ingatkn balik, pelik juga knapa dia suruh buat mcmtu, mcm lgi payah je nak cek dari satu blog ke blog lain. Tapi, dia bagitau, dia nak student explore sumtin new..asyik menghadap subjek yg kita bljr je kan, tak berkembang mental.

    Dan, memang bnyk benda baru lana bljr mlalui blog..hehe. Thanks to my lecturer ^_^

    ReplyDelete
  7. Aida berblogging sebab nak cari ramai kawan. Rasa seronok bila ramai kawan kat dunia blogging. Lagi satu, Aida suka baca blog & komen2. Tak kira la isu apa pun. It's fun! :)

    ReplyDelete