Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Sunday, June 30, 2013

Durian, Pregnancy & Aisya

i guess the king of fruit season is back!!! betul tak? dekat pasar malam tadi ramai ajer yang jual durian...nampak cantik-cantik...mmmm tapi sayangnya saya memang tak tahan bau durian...

teringat waktu mengandungkan aisya, saya lalu dikawasan seksyen 7 shah alam, and saw barisan kedai yang jual durian. Dan waktu tu saya rasa durian tu sangat menggiurkan....sampai saya keluar la ayat, sedapnya durian tue....kebetulan my mother was in the car and dia terus mengeluarkan amaran tegas: no durian for you! ha amik kau....terkulat-kulat saya dengar arahan mak ok....

lepas tu rasa tak puas hati, saya tanya my ObGYN waktu check up, and she said no problem, you can eat durian, but not too much...ha....balik dari check up saya terus cakap ngan mummy yang doc bagi green light untuk makan durian, tapi sekali lagi amaran keras dari mummy kata NO!!! 

saya banyak juga baca mitos-mitos mengatakan, durian tidak elok bagi perempuan mengandung kerana durian bersifat panas dan boleh menyebabkan keguguran. dan lagi, sekiranya seseorang yang mengandung itu mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis, sangat tidak digalakkan makan durian. Tapi, bila saya adukan perkara ini pada doc, she said no such things. you can eat whatever you want except: raw eggs/food including sushi, oyster, and surprisingly she said to me process soy bean. selain dari itu semua boleh makan. 

tapi saya memang tak ambil durian sampai diakhir pregnancy bila saya dah tak tahan godaan durian. maklumla waktu tu musim durian and everywhere i can see durian. just imagine, after 100 meters dari tempat jual durian i still can smell durian. macam tu penangan mengidam saya. lastly my hubby beli sepeket, and saya cuma makan seulas sebab lepas tu saya dah pening kepala. 

when aisya masuk 4 months, air liur dia dah banyak meleleh, apalagi, semua orang kata waktu saya mengandung saya ada kempunan makanan menyebabkan air liur aisya meleleh ajer....hahahah...so not true ok...no such things. air liur baby bila banyak keluar tu sebenarnya dia nak tumbuh gigi....and turns out to be two of her bottom teeth cames out after that....tapi tak tau la, kalau memang ada air liur baby meleleh sebab mak dia tak dapat benda yang mengidam kan...hehehhehe....

mengidam

Saturday, June 15, 2013

resipi ayam black pepper

sabtu menjelang...macam biasa kalau weekend especially sabtu memang akan masak super best....hahahah...tau kenapa? its my experiment day...that's what my hubby say...

biasanya whatever makanan yang saya rasa nak makan dan tak pernah masak saya akan cari resipi dan cuba masak on weekend....so, today saya tanya hubby nak makan mee or nasi for our lunch? and he opted for nasi....okay.....my new resipi today its chicken black pepper.....resipi dah lama, tapi saya yang tak pernah buat...selalu juga order makan dikedai...sometimes terlalu pedas, kadang-kadang tak rasa black pepper...so hari ini let's try to cook resipi ni yer...

macam biasa, khidmat mr google sangat diperlukan...love you mr google...so i found the recipi as follow:- 

bahan-bahan:- 
ayam..saya potong kecil-kecil 
bawang putih 
bawang merah 
halia
brokoli 
carrot 
sos black pepper
oyster sos
kicap manis 
daun bawang 
lada hitam yang dah ditumbuk halus

cara-caranya:-
1. gorengkan dulu ayam dengan serbuk kunyit. bila dah perang, angkat dan ketepikan. 
2. tumis bawang putih, bawang merah, halia yang ditumbuk kasar sampai naik bau 
3. masukkan sos black pepper yang dah dicampur dengan air
4. masukkan kicap dan oyster sauce, masak sampai sedikit likat masukkan garam sekali waktu ni ya...
5. masukkan carrot masak sampai empuk
6. masukkan ayam yang digoreng dan brokoli. 
7. bila dah empuk brokoli, masukkan daun bawang dan lada hitam yang dah ditumbuk



siap....

ayam

hehheheh...how's the look? meh tgk secara close up 

aisya

haa......ini dia...aduh...terliur saya tgk gambar ni....hidangan ni dah selamat masuk perut hubby and me!!!hubby kata, memang you suka black pepper too much...but...its just nice, not so spicy!! yay!!!

p/s: hubby i tak suka makan pedas...so bila dia kata ok tak pedas sgt, happy la cik wifey ni....hehehhe

Saturday, June 1, 2013

aisya's chichken curry

selama ini asyik bagi aisya makan nasi yang dah diblender ajer...since she has turned 9 months ni, rose nak ajar aisya makan nasi lembik...so our first menu for her is chicken curry!....


nampak sedap tak? hahahah...mama dia nak puji diri sendiri...so how to cook aisya chicken curry?

bahan-bahan:
ayam yang dipotong kecik-kecil 
bawang holland 
bawang putih 
halia 
bunga cengkih 
bunga lawang 
kayu manis
serbuk kari satu sudu kecik 
santan/ susu bayi 
labu 
unsalted butter 

cara-cara:
1. tumis bawang, halia, bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis sampai naik bau 
2. masukkan serbuk kari dan kacau sampai masak. 
3. masukkan ayam dan masakkan ayam dan rempah kari sampai sebati 
4. masukkan labu 
5. masukkan susu/santan dan masukkan home made stok ayam 
6. biarkan mendidih sampai ayam masak dan labu lembut 
7. siap dihidangkan. 


aisya makan sampai habis...yay!!!...

p/s: kenapa saya tambah labu yer? nak bagi kari tu rasa manis sikit...lagipun aisya memang suka makan labu..so masukkan ajer sekali....




Sunday, May 26, 2013

home made chicken chop

balik dari kenduri kawin my friend, cakap dengan hubby that i'm still hungry...bulat mata dia tgk i...pelik...takkan la tak kenyang makan lauk kenduri kan...tapi memang tak kenyang...makan serba tak kena sebab aisya asyik merengek ajer...last-last i didn't even finish my dish. hehhehe...so my hubby tanya nak makan apa? KFC, MCD secret recipe...then i cakap nak makan chicken chop....hubby dah start mengeluh...that's because dia tau tak ader tempat makanan yang boleh suit with my appetite with regard to chicken chop...tapi lepas tu hubby senyum balik bila dia dengar i cakap i nak masak chicken chop sendiri...lega kot sebab tak payah dengar kompelin i nanti!. hahahaha....

so how do i make my own chicken chop?

bahan-bahan A
Dada ayam sekeping (tiada tulang)
kicap manis satu sudu besar 
kicap masin satu sudu besar 
4 biji bawang putih 
jintan 
lada hitam dikisar 

gaul semua bahan A dan perapkan for one hour atau nak lagi lembut lagi lama la perap...sebab dah lapar satu jam jer perap...

bahan-bahan b (untuk sos)
bawang putih 
bawang merah 
cendawan putih 
tepung gandum dua sudu besar 
lada hitam yang dah di kisar 
kicap manis 
kicap masin 

cara-cara:
1. tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau
2. masukkan cendawan. kalau kering masukkan air sedikit. 
3. masukkan tepung gandum dan masak sampai tepung jadi perang 
4. tutup api dan sejukkan sebelum kisar bahan-bahan yang dah dimasak. 
5. rebus kembali bahan-bahan yang dah dikisar masukkan kicap manis dan masin 
6. masukkan lada hitam dan rebus sampai pekat. 
7. masukkan segala perasa yang ada la, garam ker...rose guna stok ayam so tak pakai garam...
8. bila dah pekat tutup api.

untuk ayam:
ada option untuk grill or goreng...kalau grill panaskan oven 160 dan grill...tapi hari ini rose goreng ajer...lumurkan ayam dengan tepung ayam serbaguna tu and goreng.....

for side dish:
kentang putar: rebus kentang sampai lembut. lenyekkan campur butter, garam and mixed herbs 
untuk sayur-sayur rebus apa yang ada...tapi hari ini guna tomato ajer...

so...ini la hasilnya...



hubby bagi double thumbs up!!!..HOOORAAYYY!!!

Wednesday, May 22, 2013

keow teow ladna

hari ini malas nak masak nasi, so cakap dengan hubby boleh tak kita makan something simple? when he said yes i cakap i nak masak keow teow ladna. terbeliak biji mata...sebab dia tak pernah makan. hahahah...

senang ajer...actually saya pun tak tau buat, tapi tiba-tba tekak teringin nak makan, so mengoogle la apa yang patut and found the resipi. 

bahan-bahan:
ayam 
udang
sotong 
kobis bunga 
lobak merah 
bawang putih 
bawang merah 
halia
cili merah 
cili padi 
lada hitam 
tepung jagung 
keow teow. 
sos tiram 

cara-cara:

1. panaskan kuali dan tumis bawang putih, bawang merah, halia, cili merah, cili padi sampai naik bau. 
2. dah agak layu, masukkan ayam dan sotong dan masak sampai separuh masak. 
3. dah agak-agak masak, masukkan sos tiram, dan masakkan sekejap. 
4. masukkan air dan biarkan mendidih
5. dah mendidih masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap. 
6. masukkan garam, gula, dan lada hitam 
7. masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
8. dah agak-agak pekat, siap untuk dihidangkan dengan keow teow. 


yummy...jom makan!

Sunday, May 19, 2013

mee hailam

dah lama tak update pasal food kan???? so hari ini our brunch request by mr hubby is mee hailam. adoi!!! tak pernah masak la...apa lagi, seperti biasa, rujuk pada mr google, sahabat setia saya!. so nasib baik bahan-bahan nak masak mee hailam dah ada stok. so...senang ajer la...percubaan pertama saya ni...main campak-campak ajer..nak tau macam mana? jom tgk resipi di bawah!

bahan-bahan:
udang 
sotong 
ayam 
bebola ayam 
fish cat 
sayur sawi 
kobis bunga 
carrot 
lobak merah 
tomato 
halia 
bawang putih 
bawang merah 
lada hitam 
kicap manis 
kicap masin 
oyster sauce
cili kering yang dah dikisar
tepung jagung. 
mee kuning 

panjang kan senarai bahan-bahannyer..memang pun...



tu dia...nampak sedap ajer sayur-sayur tue....

so macam mana nak masak pulak?

1. tumis bawang merah, bawang putih, halia sampai naik bau. 
2. masukkan cili kisar dan tumis sampai masak. 
3. masukkan ayam, udang dan sotong. 
4. bila ayam, udang, dan sotong dah almost masak, masukkan kicap manis, kicap masin dan oyster sauce. 
5. masukkan air 
6. masukkan garam, gula dan biar sampai mendidih. 
7. akhir sekali, masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah. 
8. rebus mee kuning, dan masukkan kuah dan mee and...

siap untuk dimakan...tadaaaa.




siap cakap dengan hubby, sorry kalau rasa tak sedap mcam mak dia selalu masak... so apa komen encik hubby? ok...SEDAPPPP! yahooo!!!!

Wednesday, May 8, 2013

aisya's tea time food

saya suka mempelbagaikan permakanan untuk anak saya i.e aisya...boring la kalau nak masak makanan yang sama jer...kadang-kadang setiap pagi duduk termenung depan fridge dan fikir nak masak apa untuk aisya hari ini...selalu aisya akan makan bubur nasi + labu + kurma...since saya tak sempat nak masak untuk tea time saya sentiasa bekalkan fruits like kiwi, pisang dan sebagainya..

so petang ni ada masa sikit saya masakkan aisya lempeng...back to malay's food la...hari tue dah makan dim sum kan...so today makan lempeng...and people...she loves it! baru la truly malay makan lempeng!

bahan-bahan:
tepung gandum
sedikit tepung ubi kayu 
labu yang distim dan diblender 
kurma yang distim dan blender 
air panas 
minyak zaitun 

cara-cara:
1. campurkan semua bahan-bahan diatas 
2. panaskan kuali dengan minyak zaitun
3. goreng sampai warna gold
4. siap dihidangkan


jangan hidangkan dengan air teh bagi baby sudah!...sedap tau...boleh la anda cuba!!

Thursday, April 18, 2013

Aisya & pasta

Dah lama nak mengupdate pasal ni, tapi asyik lupa ajer...ok...so baru-baru ini saya telah memperkenalkan Aisya to pasta! Owhhhh...she loves it people...macam mummy dia la nie..suka western food...hihihi...

Tapi pasta for her Ada batasnya, since she's so small and yet to have her first meat so I decided to cook vegetarian pasta. Resipi Dan bahan-bahannya seperti as follow:

Bahan-bahan:

Pasta for kids ( I bought organic of course!)- rebus sampai lembik sikit
5 potong kecil labu
Sedikit celery dipotong kecil
Bawang putih
Bawang holland
Halia
Unsalted butter
1 biji kurma

Cara- cara:
1. Tumis bawang putih, bawang holland Dan halia bersama unsalted butter
2. Masukkan labu Dan celery, masak sekejap
3. Masukkan sedikit air untuk merenih labu Dan celery
4. Masukkan juga kurma sebagai penambah rasa.
5. Bila labu dah empuk Dan celery dah lembik masukkan pasta masak for about 5 minute
6. Angkat Dan sejukkan sedikit before blend separa hancur

Siap dihidangkan...yummylucious!










Wednesday, March 27, 2013

Sup bening untuk baby

Yesterday saja nak tukar selera Aisya and bagi dia makan sup sayur bening Dan bubur. Well...well..unfortunately she's eat just a little portion of it. Takper...mama Aisya tidak mudah patah semangat nak masak for Aisya. I won't compromise with her nutrition!

So how to make sup bening?

Bahan-bahan
Ayam
Sawi
Carrot
Celery
Labu
Bawang Putih
Bawang merah
Halia

Cara-caranya
1.masukkan semua bahan-bahan didalam periuk Dan masukkan air
2.rebus bahan-bahan sampai naik bau

Dan siap dihidangkan. Senangkan? Hihihi...ini untuk baby 8months above ya....

Actually, kalau buat banyak the soup can become stok. Boleh simpan dalam freezer Dan kalau nak masak apa-apa so boleh campurkan the stok.






Sunday, March 17, 2013

Mushroom spaghetti

Today we had creamy mushroom soup and mushroom spaghetti for lunch. Hubby kata tak yah g itally dah nak makan spaghetti! Hahaahah.....last time I dah share recipe for mushroom soup, so today let's share how to make mushroom spaghetti.

Bahan-bahan:

6 biji tomato
Tomato puree
Minced chicken
Chicken sausage
Mixed mushroom: white mushroom and shitake mushroom (separuh kisar, separuh potong)
Garlic
Mixed herbs
Lada hitam
Olive oil
3/4 air

Cara-cara
1. Tumis bawang Putih bersama olive oil
2. Masukkan minced chicken, goreng sampai masak
3. Masukkan chicken sausage
4. Masukkan mushroom yang dah dipotong Dan dikisar. Gaul sampai masak.
5. Masukkan tomato puree Dan sedikit air
6. Masukkan tomato yang telah dipotong Dan renih sampai hancur.
7. Masukkan sedikit garam, mixed herb Dan Lada hitam

Ready to serve baby! This is my own recipe for mushroom spaghetti. Kalau nak lagi sedap, serve dengan Parmesan cheese and kalau suka creamy, masukkan sedikit cream...Selamat menjamu selera!



Saturday, March 9, 2013

Chicken meatball

So excited to cook chicken meatball...hari nie saja try buat before I make it for Aisya...

Bahan-bahan:

Ayam cincang/kisar
Mixed herbs
Sedikit Lada hit am (kalau untuk baby xyah bubuh)
Sedikit tepung gandum

Cara-cara:
Masukkan semua bahan-bahan
Gaul sampai rata
Kepalkan sehingga bulat
Masukkan dalam air panas mendidih
Bila terapung tandanya dah masak!

Sekiranya nak goreng:
Lepas kepalkan salut dengan telur and bread crum
Then goreng sampai kuning...

Selamat mencuba!

Oh by the way, hubby kata thumb up ! Yay!!

Thursday, March 7, 2013

Aisya & kurma

Finally I had introduce bubur Nasi to Aisya! Guess what? She hated it! Macam papa betul! So a little bit twist, I mixed the porridge with kurma. Alhamdulilah...habis satu gengam Nasi...so how to make dates porridge? Senang jer kan....

Satu gengam beras
2/3 air
3 biji kurma

Masukkan semua bahan-bahan dengan api sederhana Dan rebus sampai masak.
Lepas tu sejukkan sebentar Dan blend the porridge.

Walla! Ready to serve.

Why I blend the porridge? Aisya tak nak makan bubur Nasi separuh hancur...actually at first I blend the rice before I cook it, tapi Aisya tutup mulut rapat-rapat tak nak makan...terpaksa blend sampai hancur and she eat it and loving it..so optional la to blend the porridge yer mummy!

Eh, let me share a bit on kebaikan kurma :

1. Kurma dapat member tenaga segera
2. Membantu menguatkan daya ingatan
3. Kurma tanpa membuang kulit dapat membantu usus Dan melawas. Oh good for yang kena constipation.. So true from Aisya experience.
4. Mencegah insomnia
5. Mencegah kanser usus besar

Ha..tu antara kebaikan kurma...so selamat mencuba mommies!

Wednesday, March 6, 2013

Process food vs homemade food for baby

Again today someone has asked me kenapa tak bagi aisya's cerelac or nestum? Malas dah nak cakap benda ni berulang Kali. So saya cuma senyum Dan cakap takper, saya nak masak sendiri untuk Aisya. And another question pukul berapa bangun ni masakkan untuk anak? Tak penat ker? Bgi jer la nestum masukkan dalam susu. And again, saya senyum Dan diam. Malas dah nak cakap. Hubby at that time dah jeling- jeling kat saya takut saya keluarkan kata-kata pedas agaknya.

Bagi saya, seseorang itu perlu hormat keputusan orang lain. Saya tak kata anak Akan mati or tiba-tiba sakit kalau bagi nestum/ cerelac. No. If the mother choose to give, then go ahead. But for me, I choose to cook for my baby. I want her to taste my own cooked food. Apa yang susah sgt nak faham?

Process food tidak elok kerana banyak mengandungi kalori, added sugar and salt yang boleh membahayakan usus bayi. Even kita as orang dewasa juga tak elok makan banyak process food, apatah lagi baby. Some info I extract from baby center mengatakan there are 5 worst food for baby including, cracker, fruit juice, soda, gelatin dessert and processed meals! Ha tu dia...processed meal ini dah diubah rupa Dan rasanya, lagi banyak perubahan pada sesuatu makanan tu, lagi panjang cara pemprosesan Dan lagi banyak nutrisi Akan hilang. For example, fruit juice yang diprocess di estrak Dari buah Dan ditambah gula. Kalau homemade fruit juice, we just blend the fruit and drink it. No added sugar! Kan buah tu dah sedia manis, perluke tambah gula lagi.

Another part is, hygiene. Kebersihan sangat penting untuk baby. Kalau process food we don't know macam mana, Dan dimana pemprosesan berlaku. Kalau homemade food kan ker ibu sendiri yang buat, mesti kita Akan jaga kebersihan kan...

Saya dah malas nak bercakap lagi pasal benda ini. Nak beri kesedaran pada orang bukan senang. Tapi one thing saya nak cakap, being a parents does not mean you just raise the children, tapi baca Dan kaji lagi ilmu untuk membesarkan anak nie. And one more thing, Saya tak pernah mempertikaikan ibu-ibu yang nak bagi anak dia makan process food. Your children , your choice!

P/s: attach sekali jadual makanan yang boleh diberi pada baby. Credit to HSSYB FB group. Mana tau Ada ibu-ibu yang baca nak guna kan jadual nie.


Sunday, March 3, 2013

Aisya's pumpkin puree

Aisya dah makan labu! Semalam saya start introduced pumpkin for her solid food. Alhamdulilah...dia makan dengan penuh semangat. Tapi....my mum nagged me sebab dia kata, labu angin...

Yes, certain baby tak boleh terima Dan boleh menyebabkan colic. Tapi Aisya ok jer...kentut berdas das...hahahahaha...so how to make pumpkin puree?

Organic pumpkin
1 hiris halia
150ml air

Potong pumpkin Dan buang kulit. Potong kecil2 so senang empuk nanti.
Stim pumpkin Dan 1 hiris halia.
Use 150ml air, which will stim the pumpkin for about 15 minutes.

After stim, keluarkan halia.
Saya buangkan sikit air yang distim tu untuk kurangkan rasa halia Dan tambah sedikit air masak.
Kisar labu sehingga halus.

Ready to serve!

Selamat mencuba mommies....

Thursday, February 21, 2013

My daughter, my style

Ketika menulis entri nie, hati tengah hangat membara sebenarnya....a little bit upset as some people has questioning my style in giving Aisya solid food. I just call her miss x...bila Miss X saw me giving Aisya fruit puree she asked me, apa yang Aisya makan tue? And when she found out that is food puree and start kerut dahi...mula mempersoalkan pulak makanan Aisya...kenyang ker budak tue makan..kenapa tak bagi nestum?

Bila dengar ulasan-ulasan macam tue, biasanya saya tersenyum and give standard answer like buah banyak khasiat.. Tapi bila miss X keep mempersoalkan my choice seriously I jadi sakit hati...ishh...suka hati la saya nak bagi makan apa...

Please mommies out there...Cuba jangan terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang sibuk suruh bagi baby kita makan nestum...for me homemade solid food is the best. Even aisya peads is agree with me. No salt and sugar for baby and toddler. Tapi ibu-ibu kita tak faham. Sebab bagi mereka, dulu pun kita disuap benda-benda like nestum and so on and we still membesar dengan elok. But it's different nowadays ...once upon a time, they don't have the knowledge about the danger and setback in giving instant and process food to babies. But sekarang kan kita ada resources and easy access to that knowledge, so we should utilize it.

Do you know what is the danger in giving process food to baby? Process foods contains high sugar/ salt in which perut Dan saluran usus baby masih belum matang untuk process sugar/salt yang terdapat dalam process foods. Process food boleh menyebabkan sembelit pada bayi or bayi can be obess...so please mommies..be careful in choosing your baby solid food. Setiap ibu inginkan yang terbaik untuk anak masing-masing...so please..we have access to Internet, use it wisely! And to miss x...jangan Cuba mempersoalkan my style and my choice for my baby. She is my baby and I have the right untuk tentukan what is the best for her!

Sunday, February 17, 2013

Aisya & avocado

Yesterday I had introduced Aisya her second solid food which is avocado puree...guess what? She's totally loving it! Most of baby refuse to eat avocado as the textures and the taste kind of creamy and rasa lemak- lemak sikit..but not Aisya...she can eat sebiji avocado tu...amboi...international betul Aisya yer...

So, how to make avocado puree? The most important thing is you have to properly choose the avocado itself...make sure dah masak yer avocado tu...so belah avocado and keluarkan semua isi2nya..you have an option either to blend the avocado or just lenyek-lenyek pakai sudu...I choose to blend it to have smooth texture..avocado tak payah steam ok...

A lot of nutritious that we can get from avocado. Avocado is rich in vitamin b, e and k. High intake of avocado can reduce cholesterol. Ha..awesome kan?? So selamat mencuba membuat avocado puree mommies!

Saturday, February 16, 2013

Khasiat susu kambing

Sempat berjalan ke cold storage subang parade hari ini untuk mencari stok susu karihome Aisya...sedang mencari-cari bertembung dengan sepasang suami isteri yang juga sibuk mencari susu...mungkin first time for them to buy formula milk, they are still uncertain to choose which FM is good for their baby...

Tersenyum sendirian...macam tu la dulu saya and hubby memilih susu untuk anak...bila difikirkan kadangkala kita cepat terpengaruh dengan iklan di tv mengenai kebaikan susu mereka yang mengandungi DHA, ARA etc....tanpa sedar sebenarnya susu kambing Lebih bermanfaat Dari susu lembu...

Susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu kerana kedua-duanya bersifat alkali disamping komposisi yang menghampiri antara satu sama lain. Manakala, susu lembu pula bersifat asid.Oleh itu, susu kambing sangat sesuai bagi merawat ulcer dan gastrik.
Susu kambing memerlukan 20 min untuk dihadamkan sedangkan susu lembu mengambil masa 2jam. Ini disebabkan susu kambing mempunyai molekul lemak yang 1/5 lebih kecil dari susu lembu.

Tidak terdapat mukus (phlegm) didalam susu kambing oleh itu ia sangat sesuai untuk pensakit asthma dan mereka yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
Susu kambing mempunyai lebih banyak kandungan kalsium (32.6%) berbanding susu lembu (29.7%) dalam kuantiti yang sama. Kalsium penting dalam melindungi usus besar daripada bahan penyebab kanser, membantu menguatkan tulang akibat faktor usia atau monopous, mengurangkan simptom pening dan migrain serta melancarkan proses metabolisma dan fungsi organ tubuh badan.

Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.
Kandungan potassium & calcium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dalam susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.

Susu kambing mempunyai keupayaan untuk melembutkan sistem usus dan membantu mengatasi masalah sembelit. Susu kambing didapati mengandungi kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan dan mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).
Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).

Cuma kesedaran terhadap kebaikan susu kambing ni masih tidak meluas...mungkin kerana tiada
Advertisement di kaca tv mengenainya...sesuatu yang boleh diperbaharui lepas ni...ramai juga yang terkejut bila bertanya pada saya susu jenama apa yang saya beri pada anak...bila saya jawab susu karihome..eh tak pernah dengar pun?? That is the standard answer that I have received....bila terangkan itu susu kambing, macam macam pulak pendapat keluar...elok ker bagi susu kambing? Kambing ni panas...nanti baby demam...tak elok bagi susu kambing..kan banyak susu lain... Dan etc...even my hubby has the same reaction when I suggested to change Aisya's formula milk...tapi saya cuma senyum Dan bagi jawapan standard...saya seorang ibu Dan semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak..dan selebihnya saya diam bila mulut orang masih bising berkata-kata...






Resipi creamy mushroom soup

Sangat malas nak kedapur hari ni...barang barang basah pun banyak dah habis...bila buka peti sejuk ternampak selonggok shitake mushroom and white mushroom...mmmm..sedap ni kalau buat soup....

So...google punya google most of it nampak sama jer recipe nyer perlu Ada cream..malas nak pergi kedai punya pasal so I twist sikit recipe ni...so bahan-bahan nya seperti dibawah yer...

Bahan-bahan

Mushroom...pelbagai pun takper...saya guna shitake and white mushroom
Satu cawan tepung gandum
Butter/olive oil
Mixed herbs- optional
Kiub ayam
Bawang Putih Dan merah

Cara-caranya
1. Panaskan periuk Dan cairkan butter
2. Tumis bawang Putih Dan merah sampai naik bau
3. Masukkan cendawan yang telah dipotong goreng sampai layu
4. Masukkan tepung gandum Dan goreng dengan cendawan

Agak-agak dah masak tutup api Dan sejukkan...

5. Dah sejuk blender cendawan sampai hancur
6. Masukkan cendawan yang dah dihancurkan dalam periuk Dan rebus
7. Masukkan mixed herbs, Kiub ayam Dan garam secukup rasa

Ha...simple jer kan...tak Ada cream pun boleh jadi creamy mushroom soup...selamat mencuba!

Thursday, February 14, 2013

Aisya's first solid food

Aisya is 6 months old...yay!! I'm so excited...once your baby reach 6 months old then you can introduce them to solid food...make no mistake my friends..solid for baby is not similar like our solid for okay...

So...even before she reach 6 months I have started preparing for tools to aisya's solid food I.e spoon and fork, food container, avent steamer and blender and the most important is Knowledge on solid food. I have been searching and reading on solid for for baby for quite sometimes and opt to make homemade solid food for Aisya...double yay for me!!

So, fruits and vegetables puree is the best way to introduce solid food for your baby...and according to our peads, you can even introduce plain porridge...erm...I guess I just introduce her with fruit first mind you!

Below are the best fruits and vegetables to be introduced to your baby for the age of 6 months old :

Apple, pear, banana, nactarines, peach, plums, prunes, mango, apricots, pumpkin, sweet potato, carrots and parsnip...

For Aisya first time I had introduce pear puree for her...how to make pear puree??

Clean the fruits..of course ..so far I rendam buah with salt for about 5 minutes..then peel off the skin and cut into small pieces and steam the pear for about 7 minutes..so why we steamed the fruits mama's?? To ensure the fruits texture is soft enough and at the same time to preserve the vitamins..

After steamed it, the boleh blend the fruit sampai hancur....after that tapis and the solid food is ready!! ( I didn't tapis pun..heheh)...once Aisya have her first spoon on pear puree she loves it and non stop eating it...triple yay for Aisya!!! Ini yang much more semangat untuk buat homemade food...

By the way, the other important thing to remember mommies, once you introduce solid food you have to apply 4 days rule...what is 4 days rule? Ok let me clarify, bila introduce pear for example, you have to give pears for the next 4 days to your baby jgn campur with other fruits or vege..why is this important? Ini nak tahu whether the baby is allergic to the food or okay with it..whether baby can poo poo or not..so please apply the 4 days rule okay...and once you started to give solid food, so you also have to introduce plain water....

Ahh..so excited to cook for Aisya!!