Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Sunday, July 14, 2013

aisya's millet soup

Aisya is underweight!!! aduh..bila timbang aisya tadi, kecewa jer rasa sebab she's underweight....tapi takper...since she is so active, rose rasa tak perlu nak risau sgt kan??? so mama aisya kena la rajin masak variety of food for her in order to gain her weight...

today my choice for her lunch is millet soup...rose saja mencuba nasib buat millet soup..you know why? aisya memang tak suka makan makanan berkuah....so i just try my luck...kena ajar ler kan...but step by step...kalau tak suka, well...cuba lagi ler....

so ini rupa millet soup aisya...


heheh...nampak sedap tak??? jangan terliur dibulan puasa ni yer...ini resepi millet soup:- 

bahan-bahan:- 
organic millet yang direbus - rose rebus and add up olive oil dua titik...
ayam yang dipotong kecil-kecil 
tomato potong dadu
bawang putih 
bawang merah 
halia 
kayu manis 
bunga lawang 
jintan manis 
air
unsalted butter - lepas ni yang menumis kena pakai butter sebab butter boleh menolong baby gain weight..

cara-caranya:- 

1. tumis bawang putih, bawang merah, halia dan rempah ratus dengan unsalted butter sampai naik bau
2. masukkan ayam dan masak sampai sebati dengan bawang-bawang dan rempah 
3. masukkan tomato gaul sampai tomato separa masak 
4. masukkan air dan rebus sehingga mendidih..
5. soup dah siap
6. curahkan soup kedalam millet yang dah direbus

and

siap untuk dihidangkan....simple kan?


does it look nice??


and aisya?? Alhamdulilah...she eats it...sampai habis....well..well..percubaan pertama berjaya!!! yay!!!

Saturday, July 13, 2013

Homemade ice cream for aisya

Grrr...ditengahari bulan puasa ni pulak saya nak post recipi ni kan...

Hihii...quench your thirst yer readers...saya saja nak cuba buat homemade ice cream nie..last time dah buat version orang dewasa..this time version baby...

So..bahan-bahanyer:

Mold ice cream- saya beli di daiso
Tembikai

Cara-cara:
Buat puree Tembikai-potong kecil2 and blend. .
Tapis puree jgn bagi biji masuk sekali
Masukkan dalam acuan semalaman...

Siap.....

Saturday, July 6, 2013

aisya's breakfast and lunch

hi all...dah lama tak update blog ni...busy sikit ler...en hubby outstation, tinggal rose dan aisya ajer...so terkejar-kejar nak buat kerja rumah sorang-sorang...mmm...cepatla en hubby balik...dah rindu ni....

so, memandangkan en hubby takder sabtu ni, cik wife malas nak masak...just masak untuk aisya, and rose cuma makan yang simple -simple ajer...

so hari ini, aisya breakfast was fried millet ...

nak tgk rupa millet goreng?
....









how's the look?

resipinya:-
organic millet 
bawang putih seulas
bawang merah seulas
ikan bilis 
tomato potong dadu 

cara-caranya:-
1. tumbuk/ kisar bawang putih, bawang merah dan ikan bilis
2. rebus millet sampai lembut - sebab rose pakai organic, so memang cepat empuk. around 3 minutes. 
3. goreng bawang putih, bawang merah dan ikan bilis yang dikisar dengan minyak zaitun. 
4. tambahkan sedikit air 
5. masukkan tomato yang dipotong dadu
6. masukkan millet yang dah direbus. 

siap untuk dihidangkan...

alhamdulilah, dia makan sampai habis...rose saja banyakkan sedikit ikan bilis so that jadi perasa...kesian aisya, dah la tak boleh masukkan garam and gula...so ikan bilis la jadi penambah rasa...

so for lunch, mama aisya sangat rajin, so rose masak nasi ayam....

hehehe...tapi ini jenis nasi ayam yang pemalas....

resepi: 
segengam organic rice- basuh dan toskan
bawang putih yang dikisar 
bawang merah yang dikisar 
halia yang dikisar 
ayam 
bunga lawang 
bungka cengkih 
kayu manis 
tomato 
unsalted butter 

1. tumis bawang putih, bawang merah, halia dan rempah dengan unsalted butter 
2. bila dah naik bau masukkan ayam dan goreng kan sekali sampai keluar air
3. masukkan air lebih kurang 3 cawan kecik dan biar mendidih 
4. dah mendidih, rose ambil sedikit kuah dan ayam untuk dijadikan sup
5. masukkan beras kedalam periuk sup lebihan tadi dan tanakkan nasi sampai masak. 

untuk sos ayam: 
potong tomato kecik-kecik dan stim tomato kemudian kisar....

so ini la jadinya....

nasi ayam versi baby untuk aisya:- 


and terus masuk kedalam mulut aisya dengan jayanya...maaf la yer tak sempat nak snap gambar aisya makan sebab papa dia takder....heheheh...


Saturday, June 22, 2013

mee bandung dan pengat labu & kacang merah

hubby demam...so dia request masak makanan yang berkuah dan tak nak nasi...sekali lagi dia cakap...i tak nak nasi yer yang...ala...kesian ajer dengar permintaan macam tu...so cik rose pun google punya google...teringin nak makan mee bandung...

so kena minta bos besar punya permission dulu, bila cakap masak mee bandung boleh? terus bersinar mata en hubby dan siap pesan, kuah biar pekat sikit...hahahahah...gotcha!

aisya
oleh kerana tak sempat nak pergi pasar dan malas nak drive, cik rose gunakan ajer bahan yang ada, so i need to improvise sikit resipi memandangkan tiada udang dalam peti ais...so nak tau resipi tak?

bahan-bahan:
ayam 
sotong
telur 
udang kering 
bawang merah 
bawang putih 
halia 
carrot 
brokoli 
tomato 
tepung jagung 
cili kering yang dikisar 

cara-cara: 
1. tumis bawang putih, bawang merah, halia sampai naik bau 
2. masukkan cili yang dah dikisar dan tumis sampai garing 
3. masukkan ayam dan sotong, gaul sampai keluar air 
4. masukkan udang kering yang dah ditumbuk 
5. masukkan air, masak sampai mendidih
6. dah mendidih, masukkan carrot, brokoli dan tomato 
7. masukkan perasa garam dan gula 
8. masukkan telur, jangan gaul sampai kuning pecah
9. lastly masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah...

ini la hasilnya:

bandung
kejutkan hubby untuk makan dia tengok muka pelik...eh?? ada brokoli yer dalam mee bandung...hahahahah....sepatutnya sayurnya SAWI....tapi sebab takder sawi, saya guna ajer brokoli...

hubby kata....SEDAP LA YANG...rasa nak melompat okay!!!!

so petang ni rasa nak masak pengat labu untuk aisya...tapi seperti biasa...saya mesti improvise recipi...kuikuikui...saya campurkan kacang merah...

labu
ha nak tau macam mana nak masak baby pengat labu dan kacang merah? macam biasa ajer...

bahan-bahan: 
labu (saya guna organic)
kacang merah 
santan 
kurma 
daun pandan 

cara-cara:
1. kacang merah yang dah direndam setengah hari dan direbus sampai empuk, masukkan dalam periuk 
2. masukkan santan, kurma dan daun pandan
3. rebus sampai mendidih
4. masukkan labu 
5. bila labu dah empuk siap dihidangkan...

alhamdulilah, aisya makan dengan penuh selera...ada yang tertanya-tanya kenapa saya guna kurma? tak guna gula??? baby kan tak boleh makan gula....ok la..time untuk mandikan aisya comel yang dah bangun tue!!!

Monday, June 3, 2013

buah delima

semua kenal buah delima kan??? tapi suka tak makan buah delima tu? tau tak banyak khasiat yang kita boleh cerna melalui buah delima?

pada wanita yang mengandung khususnya, buah delima sangat bagus diamalkan kerana ianya mengandungi kandungan acid folic semulajadi yang tinggi yang diperlukan untuk membentuk sel-sel otak bayi. selain dari itu, buah delima juga sangat bagus diambil bag ibu mengandung dan menyusukan bayi kerana ianya boleh membekalkan tenaga pada ibu-ibu. 

selain itu, buah delima bagus diamalkan untuk mendapat kulit yang sihat dan cantik, membantu memulihkan penyakit kencing manis, mencegah kanser dan angin ahmar. 

baru-baru ini aisya mendapat selsema dan batuk. memandangkan she's so small, dia tak tau macam mana nak buang kahak. dan alhamdulilah, selepas saya beri jus delima pada aisya, batuk dan kahak semakin berkurangan. so its like kind of natural remedy untuk memulihkan batuk dan kahak. 

tapi bukan senangkan nak cari buah delima ni? kebetulan waktu pergi beli barang-barang basah di cold storage, ternampak buah delima dari south africa, so memang la rose borong membeli. tak makan-makan simpan dalam peti ais sampai la aisya dapat batuk dan selsema, terus buat juice untuk aisya. 

delima, kahak, bayi

cantikkan warna dia? pale pink...

Saturday, June 1, 2013

aisya's chichken curry

selama ini asyik bagi aisya makan nasi yang dah diblender ajer...since she has turned 9 months ni, rose nak ajar aisya makan nasi lembik...so our first menu for her is chicken curry!....


nampak sedap tak? hahahah...mama dia nak puji diri sendiri...so how to cook aisya chicken curry?

bahan-bahan:
ayam yang dipotong kecik-kecil 
bawang holland 
bawang putih 
halia 
bunga cengkih 
bunga lawang 
kayu manis
serbuk kari satu sudu kecik 
santan/ susu bayi 
labu 
unsalted butter 

cara-cara:
1. tumis bawang, halia, bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis sampai naik bau 
2. masukkan serbuk kari dan kacau sampai masak. 
3. masukkan ayam dan masakkan ayam dan rempah kari sampai sebati 
4. masukkan labu 
5. masukkan susu/santan dan masukkan home made stok ayam 
6. biarkan mendidih sampai ayam masak dan labu lembut 
7. siap dihidangkan. 


aisya makan sampai habis...yay!!!...

p/s: kenapa saya tambah labu yer? nak bagi kari tu rasa manis sikit...lagipun aisya memang suka makan labu..so masukkan ajer sekali....




Tuesday, May 21, 2013

aisya and mama demam!

hari ini dapat mc lagi! aduih...dah la kerja bertimbun dekat office tu...tapi nak buat mcm mana..kalau saya jer yang demam boleh la tetap dtg kerja, tapi bila anak pun dah demam...kena la mama cuti...

sepenting-penting pekerjaan, saya tetap nak pentingkan keluarga. bila anak demam atau sakit mesti saya atau hubby amik cuti jaga anak! we all bukan seperti parents yang boleh tinggalkan anak even though baby tak sihat. ada segelintir parents yang boleh buat macam tu, tapi not us! 

me and hubby akan bergilir-gilir cuti. this time around since mama pun sakit sekali, mama jer la yang cuti one shot! menjaga budak yang sakit memang memerlukan kesabaran yang tinggi. mereka tak boleh bercakap, so they can express their feelings through crying. so kena tahan la..tahap kesabaran kena berada pada tahap yang paling tinggi. 

pesan doktor saya tadi, kena selalu mandikan anak, ambil kain basah dan sapukan pada badan anak untuk turunkan suhu badan. actually, saya sepatutnya tak boleh terlalu dekat dengan anak sebab demam boleh berjangkit pada baby! oh??? baru saya tahu hari ini.....

ini la gambar budak yang demam tue...tapi waktu ni majlis cukur jambul dia...
Aisya Batrisya




Wednesday, May 8, 2013

aisya's tea time food

saya suka mempelbagaikan permakanan untuk anak saya i.e aisya...boring la kalau nak masak makanan yang sama jer...kadang-kadang setiap pagi duduk termenung depan fridge dan fikir nak masak apa untuk aisya hari ini...selalu aisya akan makan bubur nasi + labu + kurma...since saya tak sempat nak masak untuk tea time saya sentiasa bekalkan fruits like kiwi, pisang dan sebagainya..

so petang ni ada masa sikit saya masakkan aisya lempeng...back to malay's food la...hari tue dah makan dim sum kan...so today makan lempeng...and people...she loves it! baru la truly malay makan lempeng!

bahan-bahan:
tepung gandum
sedikit tepung ubi kayu 
labu yang distim dan diblender 
kurma yang distim dan blender 
air panas 
minyak zaitun 

cara-cara:
1. campurkan semua bahan-bahan diatas 
2. panaskan kuali dengan minyak zaitun
3. goreng sampai warna gold
4. siap dihidangkan


jangan hidangkan dengan air teh bagi baby sudah!...sedap tau...boleh la anda cuba!!

Thursday, April 18, 2013

Aisya & pasta

Dah lama nak mengupdate pasal ni, tapi asyik lupa ajer...ok...so baru-baru ini saya telah memperkenalkan Aisya to pasta! Owhhhh...she loves it people...macam mummy dia la nie..suka western food...hihihi...

Tapi pasta for her Ada batasnya, since she's so small and yet to have her first meat so I decided to cook vegetarian pasta. Resipi Dan bahan-bahannya seperti as follow:

Bahan-bahan:

Pasta for kids ( I bought organic of course!)- rebus sampai lembik sikit
5 potong kecil labu
Sedikit celery dipotong kecil
Bawang putih
Bawang holland
Halia
Unsalted butter
1 biji kurma

Cara- cara:
1. Tumis bawang putih, bawang holland Dan halia bersama unsalted butter
2. Masukkan labu Dan celery, masak sekejap
3. Masukkan sedikit air untuk merenih labu Dan celery
4. Masukkan juga kurma sebagai penambah rasa.
5. Bila labu dah empuk Dan celery dah lembik masukkan pasta masak for about 5 minute
6. Angkat Dan sejukkan sedikit before blend separa hancur

Siap dihidangkan...yummylucious!










Saturday, April 13, 2013

Aisya dah tumbuh Gigi!

Ok...dah lama tak update pasal ms Aisya batrisya aka my daughter...so..she reached 7 months 2nd week today...and I noticed that her tooth is coming out...eh silap....tiga batang Gigi serentak keluar yer...,dua gigi bawah, and satu lagi Gigi atas..

Pertumbuhan Gigi is actually one of the important moment in baby's life. That's when I realize that she is growing up...and alhamdulilah...dia takder meragam. Kebanyakan ibu bapa kata Akan demam bila start tumbuh Gigi..,not with Aisya...dia cuma meleleh banyak air liur and suka mengigit barang...

Hai la...sekejap ajer dah besar...rasa Macam baru jer mengandung.....

Friday, March 29, 2013

Avent sterilizer 3 in 1

Rasanya setiap Friday mesti update pasal shopping...hihihi...ok here my shopping announcement...it's MID YEAR SALE!!...

Hahaha...everyone pun tahukan? Just nak info, for those mother yang nak beli sterilizer avent 3 in 1, parkson Ada buat sale gila-gila! Avent sterilizer 3 in 1 RRP is RM349 and now you can get it at the price of RM269!

Apa guna sterilizer? Sterilizer ini perlu untuk menjaga kebersihan perkakas baby seperti botol susu, puting baby, Dan yang sewaktunya dengannya. Event breast pump pun kena sterilize ok! Penting perkakas ini untuk sterilize everyday untuk mengelakkan pembiakan bacteria Dan menjaga kebersihan. Yer la, botol kan masuk ker mulut baby Dan bila dah masuk mulut, macam-macam boleh jadi, betul? So, apa lagi sementara stok masih Ada, go and grab it mommies!




Thursday, March 28, 2013

Berkhatan bayi perempuan

Alhamdulilah semalam Aisya selamat dikhatankan. Agak lambat sikit sebab mama Aisya selalu lupa. Ok, so ...sebenarnya, bukan la apa pun, tapi mama Aisya ajer yang Lebih-Lebih. Siap bawak my mother in law, sebab takut nak masuk tgk anak dikhatankan.

Ok, a little bit tips untuk mereka yang nak mengkhatankan bayi pempuan. Seelok-eloknya, perempuan dikhatankan sebelum mereka remaja, ini kerana bila dah remaja, mereka Akan rasa malu. And it will be a little bit complicated as they will need bius untuk seluruh badan Dan juga agak costly.

So, bila bawak anak tu, pastikan bawa pampers baru jugak, sebab nanti bila dah khatan, pampers tak boleh ditukar dalam masa dua jam. Semalam, we all tak tau, bila dah masuk bilik doc, baru tahu, terpaksa la papa Aisya balik ambil pampers lain.

So far, itu saja la. Bila doc cabut sikit kulit yang menutupi clitoris tu. Kulit tu doc Akan Tanya, nak simpan Ker nak buang. My mother in law ambil and tanam dalam pasu.

Aisya nangis sekejap ajer...tapi balik malam tadi, tak lena tidur jugak la...terkejut agaknya. Well, total cost yang kami kena semalam ialah RM 40 termasuk ubat tahan sakit.

Mmm...Ada juga yang Tanya, perluker berkhatan bagi bayi perempuan? Kalau nak tahu Lebih lanjut saya attach sekali link jawapan Dari dr zubaidi. http://drzubaidi.com/blog/?p=1074

Wednesday, March 27, 2013

Sup bening untuk baby

Yesterday saja nak tukar selera Aisya and bagi dia makan sup sayur bening Dan bubur. Well...well..unfortunately she's eat just a little portion of it. Takper...mama Aisya tidak mudah patah semangat nak masak for Aisya. I won't compromise with her nutrition!

So how to make sup bening?

Bahan-bahan
Ayam
Sawi
Carrot
Celery
Labu
Bawang Putih
Bawang merah
Halia

Cara-caranya
1.masukkan semua bahan-bahan didalam periuk Dan masukkan air
2.rebus bahan-bahan sampai naik bau

Dan siap dihidangkan. Senangkan? Hihihi...ini untuk baby 8months above ya....

Actually, kalau buat banyak the soup can become stok. Boleh simpan dalam freezer Dan kalau nak masak apa-apa so boleh campurkan the stok.






Friday, March 22, 2013

Mangga puree

Mango is one of the best fruit puree to give your baby. Tahukah anda banyak manfaat yang boleh diterima melalui mangga? Mangga ini Ada banyak vitamin. One of them mengandungi anti-oksidan like vitamin C and E. Vitamin ini penting untuk kulit Dan juga sistem percernaan kita ok. So mana baby yang susah nak poo poo boleh la Cuba bagi manggo puree...tapi ingat..for baby 6 months and above saja!

Selain membantu sistem pencernaan, mangga juga Ada sejenis sumber karetonoid yang dipanggil beta crytoxantin yang boleh menyembuh cancer...ha...so makan banyak-banyak manggo untuk mencegah cancer ya!

Mangga juga terkenal untuk memulihkan penyakit seperti kahak, asthma, radang kulit, eczema and even can help for perempuan yang kena senggugut! So...let's eat mango ladies....

How to make puree mango? simple!

Bahan-bahan:

Mangga
Air

Cara-caranya:
Buangkan kulit mangga Dan basuh dengan air masak yer
Potong mangga Dan ambil isinya
Blend

And


Ready for baby!.! Simple kan...



Wednesday, March 20, 2013

Journal eczema Aisya

Alhamdulilah....aisya tidak lagi diserang eczema. So far memang takder lagi naik merah-merah. Even though eczema dah tak naik, tapi saya still menggunakan penjagaan seperti dahulu. We still give her karihome milk, mandi and use super soothing lotion by baby buds.

Actually, dulu Ada juga Cuba nak tukar Dari super soothing lotion kepada everyday lotion, tapi Aisya tak tahan. Kulit dia naik merah-merah. So we have to stick to baby buds. Kalau cuaca panas, saya Akan mandikan dia 4 kali sehari. Tapi kalau cuaca mendung Dan tak terik sgt, mandikan dia 3 Kali jer...

Tapi saya agak berjaga-jaga in term of food intake. Although doctor kata, kebarangkalian yang Aisya allergy to food is slim, yet I still be cautious on her food intake!

Tuesday, March 19, 2013

Merangsang Minda bayi

Dah lama tak tulis pasal Aisya....tiba-tiba tengah sibuk buat kerja , I stop and said I miss Aisya so much....mana tak Nya, seawal 7.30 pagi dah hantar Aisya ker rumah mother in law and around 7 baru sempat ambil. Bila dah balik rumah, mana sempat sangat nak main dengan Aisya, sibuk kerjakan nak masak dinner for hubby, dinner for Aisya, kemas rumah, basuh Baju etc etc...hai...ini la Gaya hidup "tak sihat" generasi sekarang.

Aisya is 7 months dah....so in terms of food, I still giving her fruit puree and added with grains. So I bought organic rice and buat bubur for her. Sekarang makanan ruji Aisya is bubur Nasi mixed with steam organic pumpkin and dates! Yummy...suka Aisya makan. Bila saya bawak mangkuk makanan she's know it is for her! Clever!

Selain makanan, kita juga perlu merangsang minda bayi...it's ok kalau kita tak dapat luangkan masa yang banyak asalkan we get to spent quality time with baby. Macam saya, selalu berborak dengan Aisya waktu feed her dinner..yang bestnya dia macam faham pulak tu and sometimes keluar bahasa jerman dia...hahahah...so sweet. Percakapan dengan bayi is also one of many tools to help develop children brain development. Well at least I merangsang minda dia to be more interactive with others!

Other than that...biasanya saya Akan biarkan Aisya bergerak sendiri. Yang ini, at my own risk la! Saya memang tak suka nak mendukung aisya memanjang. Saya Akan biar dia pergi anywhere that she wants but under my supervision or my hubby. Kalau setakat merengek sikit-sikit, mama dia tak layan! At this stage, baby love to explore, so as a parents we have to sediakan persekitaran yang kondusif Dan selamat untuk baby bergerak. Saya juga suka pasang muzik and sometimes hold her and dancing with her! Hai..,ni yang tak sabar nak balik rumah ni!



Monday, March 11, 2013

Diapers

Diapers untuk baby modern sekarang dah jadi keperluan. Dulu-dulu mak-mak kita pakaikan lampin biasa ajer and ikat dengan getah dekat luar lampin nak cover supaya tak bocor. In fact early 90s parents yang pakaikan pampers tu dikira kaya la...nowadays, I guess every parents opted untuk pakaikan pampers kan untuk anak-anak masing-masing?

Adakah anda tahu yang the first disposable diaper was invented by Valerie hunter Gordon pada tahun 1948? Yup, she invented the disposable diaper called paddi yang menggunakan dual system pad and plastic to cover the pad. Bila dia cuba jual the products pada manufacturer, they don't see it as potential commercial possibility. So, she actually jahit sendiri diapers and berkerjasama dengan Boots Uk untuk mengeluarkan diaper yang dipanggil paddi. And since then, ramai dah manufacturer berlumba-lumba untuk mengeluarkan diaper yang terbaik Dan murah. Diapers berubah mengikut peredaran masa. Like Modern diaper di jadikan berlapis-lapis berfungsi untuk menyerap urine baby dengan cepat, tidak mudah bocor, tahan lama Dan juga untuk menjaga kulit baby.

If I'm not mistaken the first diaper yang masuk Malaysia ialah brand P&G which is pampers! And after that banyak la brand-brand lain yang masuk like huggies, mamypoko, petpet, drypers and so on and on. Currently, the most expensive diapers in Malaysia is mamypoko.

How about cloth diapers? Ini saya baru tahu Ada modern cloth diapers yang pakai butang and washable. Kira macam lampin la. Now dah jadi trend, even kat office I ni, ibu-ibu sibuk promote cloth diapers. Again, your own choice!





Friday, March 8, 2013

Karihome

Selepas Aisya bertukar susu ke Karihome I see some improvement on it. Salah satunya, Aisya senang sangat lawas. Dulu memang at least 2 days baru poo poo...tapi semenjak tukar karihome, everyday Aisya poo poo and the color also yellow...never in million years I've imagined myself to be happy to see yellow poo poo!

Other than that, aisya jarang dah demam lepas kena vaccine. Biasanya Aisya Akan demam, tapi alhamulilah...dia tak demam. Before this, selalu saya dengar heavy breathing and kadang-kadang when she breath Ada keluar bunyi..tapi no more sounds after taking karihome. Oh, by the way her eczema also getting better and her skin is flawless!

Alhamdulilah...senang hati saya tengok perubahan Aisya. Cuma yang tak tahan tu stok karihome ni, susah sikit nak dapat. So kalau beli, memang beli sekali banyak. So far saya dapatkan stok susu karihome di cold storage subang jaya, vita care cittamall, and giant kelana jaya.

Wednesday, March 6, 2013

Process food vs homemade food for baby

Again today someone has asked me kenapa tak bagi aisya's cerelac or nestum? Malas dah nak cakap benda ni berulang Kali. So saya cuma senyum Dan cakap takper, saya nak masak sendiri untuk Aisya. And another question pukul berapa bangun ni masakkan untuk anak? Tak penat ker? Bgi jer la nestum masukkan dalam susu. And again, saya senyum Dan diam. Malas dah nak cakap. Hubby at that time dah jeling- jeling kat saya takut saya keluarkan kata-kata pedas agaknya.

Bagi saya, seseorang itu perlu hormat keputusan orang lain. Saya tak kata anak Akan mati or tiba-tiba sakit kalau bagi nestum/ cerelac. No. If the mother choose to give, then go ahead. But for me, I choose to cook for my baby. I want her to taste my own cooked food. Apa yang susah sgt nak faham?

Process food tidak elok kerana banyak mengandungi kalori, added sugar and salt yang boleh membahayakan usus bayi. Even kita as orang dewasa juga tak elok makan banyak process food, apatah lagi baby. Some info I extract from baby center mengatakan there are 5 worst food for baby including, cracker, fruit juice, soda, gelatin dessert and processed meals! Ha tu dia...processed meal ini dah diubah rupa Dan rasanya, lagi banyak perubahan pada sesuatu makanan tu, lagi panjang cara pemprosesan Dan lagi banyak nutrisi Akan hilang. For example, fruit juice yang diprocess di estrak Dari buah Dan ditambah gula. Kalau homemade fruit juice, we just blend the fruit and drink it. No added sugar! Kan buah tu dah sedia manis, perluke tambah gula lagi.

Another part is, hygiene. Kebersihan sangat penting untuk baby. Kalau process food we don't know macam mana, Dan dimana pemprosesan berlaku. Kalau homemade food kan ker ibu sendiri yang buat, mesti kita Akan jaga kebersihan kan...

Saya dah malas nak bercakap lagi pasal benda ini. Nak beri kesedaran pada orang bukan senang. Tapi one thing saya nak cakap, being a parents does not mean you just raise the children, tapi baca Dan kaji lagi ilmu untuk membesarkan anak nie. And one more thing, Saya tak pernah mempertikaikan ibu-ibu yang nak bagi anak dia makan process food. Your children , your choice!

P/s: attach sekali jadual makanan yang boleh diberi pada baby. Credit to HSSYB FB group. Mana tau Ada ibu-ibu yang baca nak guna kan jadual nie.


Sunday, March 3, 2013

Aisya's pumpkin puree

Aisya dah makan labu! Semalam saya start introduced pumpkin for her solid food. Alhamdulilah...dia makan dengan penuh semangat. Tapi....my mum nagged me sebab dia kata, labu angin...

Yes, certain baby tak boleh terima Dan boleh menyebabkan colic. Tapi Aisya ok jer...kentut berdas das...hahahahaha...so how to make pumpkin puree?

Organic pumpkin
1 hiris halia
150ml air

Potong pumpkin Dan buang kulit. Potong kecil2 so senang empuk nanti.
Stim pumpkin Dan 1 hiris halia.
Use 150ml air, which will stim the pumpkin for about 15 minutes.

After stim, keluarkan halia.
Saya buangkan sikit air yang distim tu untuk kurangkan rasa halia Dan tambah sedikit air masak.
Kisar labu sehingga halus.

Ready to serve!

Selamat mencuba mommies....