Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Monday, July 15, 2013

review Dia..Random Guy

Today rose nak review buku Dia Random Guy....cerita ini rose memang ikut dari blog penulis sampai la episod 17...dan kecewa sekejap sebab penulis diminta untuk tidak menyambung cerita ini di blog oleh publisher sampai script buku ini siap...

Alhamdulilah...penantian dari bulan may sehingga julai sangat berbaloi bila akhirnya Dia Random Guy sampai dipangkuan rose on 5/7/2013...rose ni memang ada satu penyakit dimana, rose akan simpan buku cerita sampai rose bersedia untuk baca...however, unlike any other books, once i received this book sangat berkobar-kobar rose nak baca...sedikit sinopsis:-

alin berusia 32 tahun, berkerja sebagai kerani bertemu dengan amzar si sexy goatee merangkap jurutera dan anak kepada pemilik syarikat alin sedang berkerja...

dimana silapnya, pertemuan pertama mereka, menyebabkan amzar menjadi "tunang" ekspress alin dan paling tidak disangka, rupa-rupanya tunang ekspress tersebut adalah bos sendiri...erk??? pertemuan demi pertemuan, ada sahaja pertelingkahan, kegembiraan yang akhirnya menyebabkan amzar mula jatuh "suka" pada cik kerani...tetapi...muncul pula bekas kekasih alin yang ingin menyambung kembali perhubungan mereka...siapakah yang alin pilih? si sexy goatee atau her ex-boyfriend?

serius...saya hanya mengambil masa dua jam untuk menghabiskan novel ini...novel ini membuatkan saya tersenyum-senyum sendiri dan juga ketawa....penggunaan tatabahasa yang santai dan a good english from author membuatkan pembaca senang memahami kosa kata yang digunakan....kisah ini santai dan secara tidak langsung memberi pengajaran kepada pembaca...secara simplenya, saya boleh kata..it's simply awesome!!!...tahniah farah hussain...dan saya tidak sabar untuk menunggu novel selanjutnya dari farah....



i give thousands thumbs up and rate 5/5 for this book...so ladies, go and grab it...

xoxo, 
rose

Monday, June 17, 2013

suami saman isteri kerana pembedahan plastik

received this email pagi-pagi isnin ni...memang penghantar email ni nak buat saya tersenyum on monday...i guess its to get rid of monday's blues?? tapi sebaliknya saya jadi geram, nak tau kenapa?

ianya mengisahkan seorang lelaki di cina, yang telah memfailkan perceraian dan menyaman isteri beliau sebanyak $120,000 dan menang...kisah disebaliknya ialah, isteri beliau telah melahirkan anak yang tidak menyerupai beliau atau pun isterinya. pada mulanya si suami menuduh si isteri mempunyai hubungan sulit dan mengarahkan isteri untuk berterus terang. 

it turns out to be, the wife confessed to had undergo intense plastic surgery untuk kelihatan cantik. Berang dengan pengakuan si isteri, suami memfailkan perceraian dan tidak cukup itu, menyaman si isteri dengan basis beliau telah tertipu dengan rupa paras cantik isteri, sedangkan hakikatnya isteri tidak cantik dan telah melakukan plastic surgery. 

guess what? the husband won!!! unbelievable!! dah la si isteri terpaksa mengeluarkan duit untuk pembedahan plastic, lepas tu terpaksa membayar kos perceraian ganti rugi yang dituntut suami hanya kerana suami jatuh cinta pada paras rupa beliau...oh gosh!! this is what we called as superficial love...


Sunday, June 2, 2013

Bila perempuan bercinta

zaman sekarang ni masih wujud lagi pasangan bercinta yang betul2 mencintai pasangannya tanpa memikirkan  status, kewangan, kedudukan dan sebagainya? masih ada...cuma segelintir ajer...kenapa hari ini nak bercakap pasal cinta dan perempuan? sebab kawan sekolah saya baru sahaja berkongsi cerita mengenai dirinya yang ditipu oleh lelaki yang dicintai. 

okaaayyyy....kind of sensitive topic bila cakap bila perempuan bercinta, mereka sanggup mengorbankan segalanya demi insan yang dicintai....betul? sanggup korbankan duit, masa, ibu bapa dan juga maruah diri..adakah betul disebabkan cinta perempuan menjadi buta mata dan hati? cinta yang melalaikan mereka atau mereka yang taksub dengan cinta?

baru-baru ini kejiranan kami digemparkan apabila ada anak jiran yang membuat percubaan membunuh diri gara-gara ditinggalkan kekasih...Astaghafirullahazim....APA NAK JADI? hanya disebabkan oleh seoarang lelaki maka dengan senangnya buat keputusan untuk bunuh diri? 

berbalik kepada kawan saya tadi, dia ditipu oleh teman lelakinya mengenai duit...aduh...dan banyak kali isu duit ini tersebar disurat khabar. kalau setakat 100,200 masih boleh diterima...ini melibatkan puluhan ribu ringgit...bila saya tanya, kenapa sanggup buat hutang untuk bagi duit pada bf? dia kata, nak tolong sebab aku sayangkan dia...aduh!!! tolongla...saya memang tak percayakan pada lelaki yang senang-senang nak minta duit dekat perempuan yer...lagi-lagi lelaki yang namanya kekasih. 

tolongla...buka mata, buka hati...sebelum mencintai orang lain, kita harus mencintai ALLAH SWT, RASUL, keluarga dan diri sendiri...jangan terlalu mencintai seseorang hingga mengakibatkan diri merana...cukup-cukup la kisah pembuangan anak, ditipu duit menjadi pengajaran kita semua....saya berharap sgt perempuan yang diluar sana untuk bijak menilai cinta!