Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, September 24, 2014

cyber crime

di zaman teknologi yang canggih dengan serba serbi dihujung jari ni dunia sebenarnya semakin menakutkan...kenapa? jenayah semakin berleluasa...this morning while driving terdengar didalam radio melaporkan yang Malaysia adalah Negara ke 6 didunia yang senang terdedah dengan cyber crime...
 
 
 
macam mana nak elakkan dari terkena dari cyber crime ni? kita sometimes tak tahupun yang akaun email kita di hack...setuju? baru-baru ni saya sentaisa mendapat peringatan dari Maybank via my email or course that my maybank2u account need to be validated and kindly updated my profile via this link..OMG.... I am one of the targeted person...macam mana mereka tahu pasal saya? THANK GOD that saya just ignore the email and at one point bila dua tiga kali saya dapat email serupa dalam satu hari saya tak tahan dah and terus report it to maybank... and now...no more email from them...but...dapat pulak email suruh validate account CIMB...
 
 
 
semakin canggih teknologi dan dunia IT...semakin berbahaya...how to avoid to become the victim? always alert on scam?? tapi how we identified the scam??? serious saya tak tau...huahhh..takutnya.... to all the readers...be careful ya...
 
 
IT


Friday, September 19, 2014

Posisi tidur terbaik bagi ibu hamil

my pregnancy is already 30 weeks...another 10 more weeks to go to see the beautiful baby that I am carrying right now...sangat tidak sabar and at the same time sangat menakutkan...kenapa takut?? takut nak bersalin la!!!hahah...
 
 
this past few weeks ni..bila perut dah semakin membesar saya susah sangat nak tido..maklumla ..tak selesa...sometimes dapat tidur 3 jam ajer sehari...how about pregnant lady out there? having the same problem as me?
 
so..pendapat pakar menyatakan, posisi tidur terbaik ketika hamil ialah sleep on side aka tidur mengiring... tak kisah la nak mengiring sebelah kanan atau kiri...tapi sunnah nabi kita mengiring sebelah kanan kan...
 
 
kenapa posisi mengiring bagus bagi wanita hamil? Tidur mengiring tidak menganggu perjalanan darah malah akan menyebabkan lebih banyak nutrisi dan oksigen dihantar kepada bayi. selain itu, posisi tidur mengiring juga dapat mengelakkan risiko bayi mati didalam Rahim...
 
 
ha...Nampak tu?? posisi tidur ibu hamil juga sangat penting bagi kesihatan bayi yer...paling tidak elok ialah tidur meniarap. kerana ia akan menggangu saluran oksigen kepada bayi..
 
 
so..after this, ibu-ibu mengandung diluar sana sila pastikan cara tidurkan kita selamat untuk bayi didalam kandungan...dan ..semoga ALLAH permudahkan proses kehamilan kita  yer...daaaaaa
 
 
hamil
 


Saturday, September 13, 2014

kasut tumit tinggi: cantik vs bahaya

anda suka pakai high heels? jangan tipu..angkat tangan cepat!!..hhaahh..kebanyakan perempuan memang suka memakai kasut tumit tinggi aka high heels. betulkan? antaranya saya la..antara sebab saya suka mengenakan kasut tumit tinggi ni disebabkan oleh rasa lebih confident, dapat memperbetulkan postur badan and..sebab suami saya tinggi sangat!!...
 
 
pemakaian high heels ni sememangnya akan mencantikkan lagi postur badan seorang perempuan itu..nak tau kenapa? mesti la cantik...sebab kaki Nampak lagi panjang and punggung juga Nampak lagi mantap...betul tak??? betul okay....tapi saya rasa ramai jugak yang sedar bahawa, pemakaian high heels ini dapat memberikan keburukan kesihatan pada si pemakai...
 
seriously, memang after a long day in the office, pemakaian tumit tinggi sangat memenatkan betis dan paha...betulkan?? jangan tipu yer...sila jujur pada diri sendiri...heheh...meh sini saya senaraikan antara keburukan pemakaian tumit tinggi ni:-
 
 
pemakai high heels akan mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk terseliuh di bahagian buku lali,  radang saraf dan ligamen, sakit pada belakang buku lali, otot betis memendek dan sakit belakang yang kronik...ha takut tak???
 
 
 
Pemakaian kasut tumit tinggi yang melampau boleh menyebabkan tulang pinggul, tulang belakang dan lutut menjadi bengkok. Pemakaian kasut tumit tinggi yang berterusan juga dapat meningkatkan risiko radang pada ibu jari, kerosakan tulang tapak kaki selain menyebabkan kaki merosot ke bahagian depan kasut kerana beban tertumpu pada jari kaki..OMG!!!
 
 
semakin berusia seseorang wanita, saiz serta tapak kaki juga semakin lebar disebabkan lemak semakin tipis. Selain itu, pemakaian kasut tumit tinggi turut mendorong peredaran darah tidak lancer.
 
 
SO SECARA RINGKASKNYA:-
 
 
Bahaya kasut tumit tinggi
  • Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.

  • Neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.

  • Pergelangan kaki mudah terseliuh.

  • Sukar mengimbang berat badan.

  • Kecacatan haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.

  • Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asal dan menimbulkan masalah kesihatan bukan saja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.

  • Peredaran darah terganggu.

  • Tekanan pada jari menjadi lebih besar hingga menyebabkan jari kaki bengkok.

  • Kaki lebih mudah cedera terutama pada bahagian buku lali.


  • After gathering all the info...membuatkan saya insaf nak pakai high heels ni...or..kalau teringin sangat mungkin kena beli heel yang less than 2 inch kot...so..how about you girls out there? nak pakai lagi heels or just give up? tepuk dada Tanya selera ya!!
     
     
    bahaya
    

    Wednesday, September 10, 2014

    apa itu autisme?

    semalam selepas berborak dengan group ex-classmate timbul satu persoalan apa itu autisme? seorang daripada kawan kelas saya mempunyai anak yang ddidiagnose sebagai autisme. persoalan nyer apa itu autisme? macam mana boleh terjadi? apa petunjuk yang menunjukkan anak kita menghidap autisme?
     
     
    autisme ini sebenarnya gangguan tumbesaran terhadap kanak-kanak yang boleh memberi kesan terhadap perkembangan pemikiran anak-anak. tiada sebab tertentu atau kajian yang boleh mengesahkan kenapa autisme ini terjadi. TETAPI...lewat kala ini, austime ini sering terjadi terhadap kanak-kanak di Malaysia. statistic menunjukkan 4 kanak-kanak dari 1000 orang boleh menghidap autisme ini...kajian klinikal memang tiada sebarang bukti kukuh mengatakan adakah austime ini terjadi kerana pemakanan ibu ketika mengandung ataupun factor genetic.
     
     
    jadi..macam mana tanda-tanda anak yang menghidap autisme?
     
    autisme ini ada yang mild dan ada juga yang kritikal. ianya boleh diketahui seawal usia bayi 6 bulan sehingga 18 bulan..diantara tanda-tanda autisme:-
     
     
    Komunikasi
    Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur
    Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan.
    Kurang cerdas semasa bermain
    Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain
    Tindak balas social
    Hilang tumpuan dan kurang mimik muka
    Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain
    Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain
    Suka bermain sendirian
    Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti

    Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala
    Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan
    Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran
    Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.
    Komplikasi
    Seseorang yang menghidap autism akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-masing.

    Peringkat awal kanak-kanak – Hiperaktif, panas baran
    Peringkat akhir kanak-kanak - suka menyerang, mencederakan diri sendiri
    Peringkat remaja dan dewasa – kemurungan dan epilepsi
    Rawatan
     
    Terapi pertuturan dan bahasa
    Untuk memperbaiki komunikasi di kalangan kanak-kanak

    Cara pulih kerja ( occupational therapy )
    untuk menambahbaikkan kemahiran kemasyarakatan seperti : eye contact, Pemerhatian dan tumpuan serta membantu kanak-kanak menjalankan aktiviti harian.
    berbagai rangsangan pancaindera / deria

    Pencegahan tingkah laku ( behaviour intervention )
    Untuk menurunkan panas baran dan tingkah laku yang ganas
    anak-anak yang didapati menghidap austime ini memerlukan pendidikan khas:-

    Pendidikan khas
    kanak-kanak autistic perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran supaya keperluan pendidikan mereka dapat diberi. Borang pendaftaran boleh diperoleh di Jabatan Pendidikan atau di sekolah. Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan yang dapat memberikan pendidikan kepada kanak-kanak autism seperti National Autistic Society of Malaysia ( NASOM )
     
    saya harap ramai lagi ibu-bapa yang akan lebih prihatin terhadap perkembangan tumbesaran anak kita ..jangan menyalahkan satu sama lain sekiranya anak kita dihidapi penyakit ini...redha la dengan ketentuanNYA dan kita ada lah insan-insan terpilih yang diuji oleh ALLAH SWT untuk menjaga anak ini..sekian info dari saya...hope its good info to all parents out there..
     
    punca autism

    

    Friday, March 22, 2013

    Mangga puree

    Mango is one of the best fruit puree to give your baby. Tahukah anda banyak manfaat yang boleh diterima melalui mangga? Mangga ini Ada banyak vitamin. One of them mengandungi anti-oksidan like vitamin C and E. Vitamin ini penting untuk kulit Dan juga sistem percernaan kita ok. So mana baby yang susah nak poo poo boleh la Cuba bagi manggo puree...tapi ingat..for baby 6 months and above saja!

    Selain membantu sistem pencernaan, mangga juga Ada sejenis sumber karetonoid yang dipanggil beta crytoxantin yang boleh menyembuh cancer...ha...so makan banyak-banyak manggo untuk mencegah cancer ya!

    Mangga juga terkenal untuk memulihkan penyakit seperti kahak, asthma, radang kulit, eczema and even can help for perempuan yang kena senggugut! So...let's eat mango ladies....

    How to make puree mango? simple!

    Bahan-bahan:

    Mangga
    Air

    Cara-caranya:
    Buangkan kulit mangga Dan basuh dengan air masak yer
    Potong mangga Dan ambil isinya
    Blend

    And


    Ready for baby!.! Simple kan...