Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Monday, July 15, 2013

review Dia..Random Guy

Today rose nak review buku Dia Random Guy....cerita ini rose memang ikut dari blog penulis sampai la episod 17...dan kecewa sekejap sebab penulis diminta untuk tidak menyambung cerita ini di blog oleh publisher sampai script buku ini siap...

Alhamdulilah...penantian dari bulan may sehingga julai sangat berbaloi bila akhirnya Dia Random Guy sampai dipangkuan rose on 5/7/2013...rose ni memang ada satu penyakit dimana, rose akan simpan buku cerita sampai rose bersedia untuk baca...however, unlike any other books, once i received this book sangat berkobar-kobar rose nak baca...sedikit sinopsis:-

alin berusia 32 tahun, berkerja sebagai kerani bertemu dengan amzar si sexy goatee merangkap jurutera dan anak kepada pemilik syarikat alin sedang berkerja...

dimana silapnya, pertemuan pertama mereka, menyebabkan amzar menjadi "tunang" ekspress alin dan paling tidak disangka, rupa-rupanya tunang ekspress tersebut adalah bos sendiri...erk??? pertemuan demi pertemuan, ada sahaja pertelingkahan, kegembiraan yang akhirnya menyebabkan amzar mula jatuh "suka" pada cik kerani...tetapi...muncul pula bekas kekasih alin yang ingin menyambung kembali perhubungan mereka...siapakah yang alin pilih? si sexy goatee atau her ex-boyfriend?

serius...saya hanya mengambil masa dua jam untuk menghabiskan novel ini...novel ini membuatkan saya tersenyum-senyum sendiri dan juga ketawa....penggunaan tatabahasa yang santai dan a good english from author membuatkan pembaca senang memahami kosa kata yang digunakan....kisah ini santai dan secara tidak langsung memberi pengajaran kepada pembaca...secara simplenya, saya boleh kata..it's simply awesome!!!...tahniah farah hussain...dan saya tidak sabar untuk menunggu novel selanjutnya dari farah....



i give thousands thumbs up and rate 5/5 for this book...so ladies, go and grab it...

xoxo, 
rose

Saturday, June 22, 2013

review novel kekasih halal - orkid edyliyne

dah lama tak buat review novel....kali ini novel terpilih written by orkid edyliyne bertajuk kekasih halal...

ha...tajuk dia kelas ok....this is the second time rose baca buku dari penulis ini...so i kind of have high expectation, tapi seriously the first plot saya agak kecewa...mungkin cara penyampaian tu like she love to put flashback moment yang saya anggap agak tidak kena...

but ...bila sampai dah tengah buku, i really love the way writer tonjolkan watak hero yang nampak baik tapi sebenarnya ada muslihat...really menjadi ok...tak sangka rupa-rupanya ada udang disebalik mee disebalik perkahwinan mereka....mmmmm...seriously i love it bila hero menyebabkan heroin sakit hati...really the suspen you! hahahahha...keluar dah english merapu saya...

bila sampai dah nak klimaks, mmmm...kecewa sekali lagi, sebab nampak mudah ajer si heroin tu memaafkan dan jatuh cinta balik pada suami curang dia tu....tapi...yerla...kata pun suami kan....sejahat-jahat suami, isteri sentiasa memaafkan kejahatan suami tu...

so, kalau suruh rate dari lima bintang, saya bagi 3.5 sebab plot yang depan tu tak kena pada gaya saya...overall, i boleh recommend this book untuk bacaan anda...

novel, kekasih halal
gambar - dari en google 

Monday, March 18, 2013

Percubaan pertama: aku, dia & cinta bab 1

Actually, dah Nama pun suka membaca novel...so selalu la berangan...berangan kan FOC...habis baca novel semalam, Dan sedang nak lelapkan mata, tiba-tiba terdapat satu cerita lain bermain dalam kepala...siap Ada dialog-dialog lagi...
So saya pun terjemahkan dalam penulisan....so ini la hasilnya...

Prolog

“Aku terima nikahnya Tia Adelia binti Harith dengan mas kahwinnya RM1,111.11 tunai”
“sah”
“sah”
“sah”
Alhamdulilah….aku menyeka air mata. Berakhir sudah satu penantian, drama sebabak dan kini bermulanya hidup aku bergelar isteri kepada Firas Hashimi.
Tanpa sedar, Firas sudah berada didepan merenung aku dengan tenang.
Kenapa menangis ni?“
Aku Cuma tersenyum dan lantas menghulurkan tangan untuk bersalaman. Saat cincin disarung dijari dan kucupan pertama Firas didahi, hati aku didatangi satu perasaan halus yang sukar diungkapkan.
“Tia...Can we be friend..forever and ever?“ dan aku tersenyum manis mendengar pertanyaan lembut Firas…

Bab 1

"Mana ada lagi perkahwinan anak-anak diatur oleh orang tua mama! Ini kan zaman moden.“
Lama aku memandang mama, tak sanggup rasanya mahu mendengar hujah mama. Bagi aku, biarlah sebuah perkahwinan berlandaskan cinta. Aku impikan kebahagian, riuh rendah suara anak-anak yang akan menemani aku sepanjang aku bergelar isteri. Tekad! Aku tidak mahu disatukan dengan orang yang tidak aku kenali. Aku memandang mama yang berwajah tenang.

"Tia..Mama dan papa dulu pun tidak kenal satu sama lain. Kami dijodohkan oleh orang tua. Akhirnya kami bahagia juga kan?“ Sapa mama lembut...Mungkin ingin meredakan kemarahan aku.
Itu dulu la mama. Sekarang dah berbeza! Tia tahu, mama risaukan Tia. Tapi please...let me find my own husband. I want happiness mama. I want my husband to love me.” Rintih aku.

“ Lagi elok kalau bercinta lepas kahwin Tia…dah tentunya kamu akan bercinta dengan suami sendiri..lagi manis rasanya” Mama masih berhujah sambil dihiasi senyuman tidak lekang dari bibir.
Aku tersenyum mendengar kata mama. Melihatkan perkahwinan mama yang diatur oleh atuk dan nenek, sesungguhnya mama memang bahagia. Papa adalah satu anugerah dari Allah. Itu kata mama dulu.
„Mama....please...“
„Tia..you have to work hard to find happiness. Kebahagian boleh dicari. Cuba kenal dulu dengan calon mama tu. Mana tau Tia tiba-tiba jatuh hati, ha lepas tu dia yang sibuk nak kahwin”
Aku Cuma mencebik mendengar seloroh mama. Ialah tu...Rasanya, aku tidak akan menang dengan mama. So...reverse physocology...
„ Ok. Tia nak kenal dulu dengan dia. You have to give me 6 months! No sooner than that! 6 months then I will decide whether I want to marry him or not!”
“ Tapi…”
“Mama…please..I can’t marry him just like that. I need to know him.” Aku masih cuba tawar –menawar dengan mama.
“ Why it has to be 6 months? Mama kenal dengan anak auntie Maria tu. Baik budaknya. Bersopan santun, rajin berkerja and handsome jugak tau!” Mama tersenyum meleret.
“Mama! Ish…Handsome saja tak guna. Tia nak 6 bulan jugak, kalau tak tak payah kenal langsung!” Aku mula memberi kata putus.
„Amboi...pandai dah nak ugut-ugut mama yer...ok la...nanti mama call auntie Maria“ Dan mama terus beredar kedalam.
Aku masih termenung. Betul ke tindakan aku ini? Ish....Kenapa la auntie Maria ini nak kenen-kenenkan anak dia dengan aku ini? Kalau betul handsome, mesti dah ada steady girlfriend kan? Or...dia tak suka perempuan ker? OMG!


Haa...selamat membaca! Ada ker yang nak baca?