Actually, dah Nama pun suka membaca novel...so selalu la berangan...berangan kan FOC...habis baca novel semalam, Dan sedang nak lelapkan mata, tiba-tiba terdapat satu cerita lain bermain dalam kepala...siap Ada dialog-dialog lagi...
So saya pun terjemahkan dalam penulisan....so ini la hasilnya...
Prolog
“Aku terima nikahnya Tia Adelia binti Harith dengan mas kahwinnya RM1,111.11 tunai”
“sah”
“sah”
“sah”
Alhamdulilah….aku menyeka air mata. Berakhir sudah satu penantian, drama sebabak dan kini bermulanya hidup aku bergelar isteri kepada Firas Hashimi.
Tanpa sedar, Firas sudah berada didepan merenung aku dengan tenang.
Kenapa menangis ni?“
Aku Cuma tersenyum dan lantas menghulurkan tangan untuk bersalaman. Saat cincin disarung dijari dan kucupan pertama Firas didahi, hati aku didatangi satu perasaan halus yang sukar diungkapkan.
“Tia...Can we be friend..forever and ever?“ dan aku tersenyum manis mendengar pertanyaan lembut Firas…
Bab 1
"Mana ada lagi perkahwinan anak-anak diatur oleh orang tua mama! Ini kan zaman moden.“
Lama aku memandang mama, tak sanggup rasanya mahu mendengar hujah mama. Bagi aku, biarlah sebuah perkahwinan berlandaskan cinta. Aku impikan kebahagian, riuh rendah suara anak-anak yang akan menemani aku sepanjang aku bergelar isteri. Tekad! Aku tidak mahu disatukan dengan orang yang tidak aku kenali. Aku memandang mama yang berwajah tenang.
"Tia..Mama dan papa dulu pun tidak kenal satu sama lain. Kami dijodohkan oleh orang tua. Akhirnya kami bahagia juga kan?“ Sapa mama lembut...Mungkin ingin meredakan kemarahan aku.
Itu dulu la mama. Sekarang dah berbeza! Tia tahu, mama risaukan Tia. Tapi please...let me find my own husband. I want happiness mama. I want my husband to love me.” Rintih aku.
“ Lagi elok kalau bercinta lepas kahwin Tia…dah tentunya kamu akan bercinta dengan suami sendiri..lagi manis rasanya” Mama masih berhujah sambil dihiasi senyuman tidak lekang dari bibir.
Aku tersenyum mendengar kata mama. Melihatkan perkahwinan mama yang diatur oleh atuk dan nenek, sesungguhnya mama memang bahagia. Papa adalah satu anugerah dari Allah. Itu kata mama dulu.
„Mama....please...“
„Tia..you have to work hard to find happiness. Kebahagian boleh dicari. Cuba kenal dulu dengan calon mama tu. Mana tau Tia tiba-tiba jatuh hati, ha lepas tu dia yang sibuk nak kahwin”
Aku Cuma mencebik mendengar seloroh mama. Ialah tu...Rasanya, aku tidak akan menang dengan mama. So...reverse physocology...
„ Ok. Tia nak kenal dulu dengan dia. You have to give me 6 months! No sooner than that! 6 months then I will decide whether I want to marry him or not!”
“ Tapi…”
“Mama…please..I can’t marry him just like that. I need to know him.” Aku masih cuba tawar –menawar dengan mama.
“ Why it has to be 6 months? Mama kenal dengan anak auntie Maria tu. Baik budaknya. Bersopan santun, rajin berkerja and handsome jugak tau!” Mama tersenyum meleret.
“Mama! Ish…Handsome saja tak guna. Tia nak 6 bulan jugak, kalau tak tak payah kenal langsung!” Aku mula memberi kata putus.
„Amboi...pandai dah nak ugut-ugut mama yer...ok la...nanti mama call auntie Maria“ Dan mama terus beredar kedalam.
Aku masih termenung. Betul ke tindakan aku ini? Ish....Kenapa la auntie Maria ini nak kenen-kenenkan anak dia dengan aku ini? Kalau betul handsome, mesti dah ada steady girlfriend kan? Or...dia tak suka perempuan ker? OMG!
Haa...selamat membaca! Ada ker yang nak baca?
No comments:
Post a Comment