Tuesday, March 5, 2013

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan

Kehilangan ahli keluarga terdekat amat memilukan hati. Bila jumaat lepas, saya terdengar adanya perwira negara yang gugur kebumi gara-gara insiden di lahad datu, saya turut sedekahkan alfatihah Dan berharap agar keluarga simangsa tabah Dan cekal menghadapi dugaan. Tapi, rupa-rupanya saya juga "bakal" kehilangan orang yang saya sayang tanpa saya sedari.

Pada sabtu lepas, kami sekeluarga pergi melawat nenek yang sedang uzur. Mana la tahu rupa-rupanya that was the last time we saw her. Tepat jam 5.45 pagi semalam, saya dikejutkan berita bahawa nenek telah tiada. Allahuakhbar! Sungguh saya belum bersedia menghadapi kehilangan nenek tersayang.

Saya Dan nenek agar rapat. Saya salah seorang cucu yang suka bermanja dengan nenek. Sungguh saya terasa dengan pemergian beliau. Rasanya baru nenek menjaga saya dalam pantang tahun lepas, baru saja nenek ajak saya tidur dirumah beliau, baru saja nenek ajak temankan dia beli bunga orkid kegemaran beliau...Ya Allah....saya tak cukup kuat mengahadapi dugaan ini.

Sungguh, bila saya lihat Saat nenek dikapankan, saya rasa nenek cuma tidur...tapi bila saya cium dia buat kali terakhir..baru saya tersedar yang nenek dah tiada lagi....seharian saya menangis...cukupla...tidak elok menangisi mereka yang pergi. Lebih elok sekiranya saya sedekahkan fatihah, Dan doakan nenek tenang di alam barzakh! Sungguh, cakap memang senang...disaat saya menulis entri ini, air mata masih bergenang...saya Akan rindu, gurau senda nenek, gelak tawa, Dan peluk cium nenek. Tapi saya kena redha, Allah Lebih sayangkan nenek. Mati itu pasti. Sesungguhnya yang hidup pasti Akan mati, itu janji Allah.

2 comments:

  1. Salam Ros. Memang terkejut bila kehilangan orang yang disayangi secara tiba-tiba. 11 tahun yang lalu Kak Ain juga telah kehilangan kakak kandung. Tuhan saja yang tahu sedihnya. Apa-apa pun bersabar dan redha, dan doakan moga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Wasssalam.

    ReplyDelete
  2. Thanks Kak....I appreciate it so much.

    ReplyDelete