Tuesday, March 26, 2013

Folic acid itu penting!

Folic acid adalah supplement yang penting bagi ibu-ibu mengandung. Sebaiknya, folic acid ini diambil 3 bulan sebelum mengandung. So apa itu folic acid?

Folic acid adalah vitamin yang sangat diperlukan untuk membentuk sel-sel baru dalam tubuh. Folic acid juga memainkan peranan penting dalam pertumbuhan DNA baru Dan juga pembaik pulihan DNA. That's why folic acid sangat penting bagi ibu mengandung, kerana folic acid ini membantu pertumbuhan sel-sel badan Dan DNA janin. Kekurangan folic acid boleh menyebabkan neural tube defect pada bayi.

Apa itu neural tube defect? Ianya adalah kecacatan saraf yang dialami ole bayi. Contohnya, bayi yang dilahirkan tanpa tempurung kepala, kecacatan jantung, sumbing, lidah terbelah Dan banyak lagi. Selain itu, perkembangan pertumbuhan yang lambat Dan juga anemia adalah salah satu punca kekurangan folic acid.

Jadi, penting bagi ibu mengandung, untuk mengambil supplement ini. Sebenarnya, banyak makanan semula jadi yang mengandungi acid folate contohnya, broccoli, beras perang, orange, chewsnut, barli, ayam, daging, parsnip Dan banyak lagi. So bagi yang bercadang untuk mengandung, banyak-banyakla makan makanan yang mengandungi folic acid ini ya!

No comments:

Post a Comment