Showing posts with label bayi. Show all posts
Showing posts with label bayi. Show all posts

Saturday, July 6, 2013

aisya's breakfast and lunch

hi all...dah lama tak update blog ni...busy sikit ler...en hubby outstation, tinggal rose dan aisya ajer...so terkejar-kejar nak buat kerja rumah sorang-sorang...mmm...cepatla en hubby balik...dah rindu ni....

so, memandangkan en hubby takder sabtu ni, cik wife malas nak masak...just masak untuk aisya, and rose cuma makan yang simple -simple ajer...

so hari ini, aisya breakfast was fried millet ...

nak tgk rupa millet goreng?
....









how's the look?

resipinya:-
organic millet 
bawang putih seulas
bawang merah seulas
ikan bilis 
tomato potong dadu 

cara-caranya:-
1. tumbuk/ kisar bawang putih, bawang merah dan ikan bilis
2. rebus millet sampai lembut - sebab rose pakai organic, so memang cepat empuk. around 3 minutes. 
3. goreng bawang putih, bawang merah dan ikan bilis yang dikisar dengan minyak zaitun. 
4. tambahkan sedikit air 
5. masukkan tomato yang dipotong dadu
6. masukkan millet yang dah direbus. 

siap untuk dihidangkan...

alhamdulilah, dia makan sampai habis...rose saja banyakkan sedikit ikan bilis so that jadi perasa...kesian aisya, dah la tak boleh masukkan garam and gula...so ikan bilis la jadi penambah rasa...

so for lunch, mama aisya sangat rajin, so rose masak nasi ayam....

hehehe...tapi ini jenis nasi ayam yang pemalas....

resepi: 
segengam organic rice- basuh dan toskan
bawang putih yang dikisar 
bawang merah yang dikisar 
halia yang dikisar 
ayam 
bunga lawang 
bungka cengkih 
kayu manis 
tomato 
unsalted butter 

1. tumis bawang putih, bawang merah, halia dan rempah dengan unsalted butter 
2. bila dah naik bau masukkan ayam dan goreng kan sekali sampai keluar air
3. masukkan air lebih kurang 3 cawan kecik dan biar mendidih 
4. dah mendidih, rose ambil sedikit kuah dan ayam untuk dijadikan sup
5. masukkan beras kedalam periuk sup lebihan tadi dan tanakkan nasi sampai masak. 

untuk sos ayam: 
potong tomato kecik-kecik dan stim tomato kemudian kisar....

so ini la jadinya....

nasi ayam versi baby untuk aisya:- 


and terus masuk kedalam mulut aisya dengan jayanya...maaf la yer tak sempat nak snap gambar aisya makan sebab papa dia takder....heheheh...


Saturday, June 8, 2013

Aisya dijangkiti Viral Infection

aisya asyik batuk dan selsema for the past 2 weeks. Berhenti sekejap, dan datang balik. sampai rose naik risau dan terus call doctor aisya and inform him. we scheduled an appointment with her peads saturday at 9.30am. 

rupa-rupanya aisya dijangkiti viral infection. well...pernah baca tentang viral infection ni...tapi tak pernah sangka its so easy for infants to be diagnosed with viral infections. Menurut doctor aisya tadi, she might be having it since demam last two weeks, yang mengakibatkan selsema, batuk dan akhirnya kahak yang tersimpan didalam tekak aisya.

menurut doctor lagi, its easy to get viral infection when your children fever temp reached 38...patutpun....demam aisya paling tinggi was 39.3 two weeks ago...so apakah solutionsnyer? its easy to use nebulizer tapi kena guna dua kali sehari...so either admitted or rent the neb machine. tapi kalau tak nak guna nebulizer pun boleh...tapi kena tahan dengar batuk yang berpanjangan dan risiko untuk anak muntah selepas makan atau minum susu. doctor akan bagi ubat yang dinamakan ventolin yang mana ianya akan membuka ruang paru-paru anak untuk kahak tersebut keluar. 

so what was our decision? kata sepakat kami suami isteri, kami akan biarkan kahak keluar sendiri. so we opt to use ventolin. selain dari ubat, doctor juga ajar saya cara untuk menepuk belakang badan anak atau dipanggil percussion supaya dapat membantu kahak keluar. macam mana yer?

bayi kena dalam keadaan meniarap dan letakkan bantal dibawah perut anak. so, pada ibu atau bapa bentukkan tangan seperti berlubang ditengah @ cupping, dan tepuk belakang anak menggunakan tenaga dipergelangan tangan. 

viral infection, kahak

hopefully aisya akan cepat sembuh...XOXO...

Monday, June 3, 2013

buah delima

semua kenal buah delima kan??? tapi suka tak makan buah delima tu? tau tak banyak khasiat yang kita boleh cerna melalui buah delima?

pada wanita yang mengandung khususnya, buah delima sangat bagus diamalkan kerana ianya mengandungi kandungan acid folic semulajadi yang tinggi yang diperlukan untuk membentuk sel-sel otak bayi. selain dari itu, buah delima juga sangat bagus diambil bag ibu mengandung dan menyusukan bayi kerana ianya boleh membekalkan tenaga pada ibu-ibu. 

selain itu, buah delima bagus diamalkan untuk mendapat kulit yang sihat dan cantik, membantu memulihkan penyakit kencing manis, mencegah kanser dan angin ahmar. 

baru-baru ini aisya mendapat selsema dan batuk. memandangkan she's so small, dia tak tau macam mana nak buang kahak. dan alhamdulilah, selepas saya beri jus delima pada aisya, batuk dan kahak semakin berkurangan. so its like kind of natural remedy untuk memulihkan batuk dan kahak. 

tapi bukan senangkan nak cari buah delima ni? kebetulan waktu pergi beli barang-barang basah di cold storage, ternampak buah delima dari south africa, so memang la rose borong membeli. tak makan-makan simpan dalam peti ais sampai la aisya dapat batuk dan selsema, terus buat juice untuk aisya. 

delima, kahak, bayi

cantikkan warna dia? pale pink...

Tuesday, March 26, 2013

Folic acid itu penting!

Folic acid adalah supplement yang penting bagi ibu-ibu mengandung. Sebaiknya, folic acid ini diambil 3 bulan sebelum mengandung. So apa itu folic acid?

Folic acid adalah vitamin yang sangat diperlukan untuk membentuk sel-sel baru dalam tubuh. Folic acid juga memainkan peranan penting dalam pertumbuhan DNA baru Dan juga pembaik pulihan DNA. That's why folic acid sangat penting bagi ibu mengandung, kerana folic acid ini membantu pertumbuhan sel-sel badan Dan DNA janin. Kekurangan folic acid boleh menyebabkan neural tube defect pada bayi.

Apa itu neural tube defect? Ianya adalah kecacatan saraf yang dialami ole bayi. Contohnya, bayi yang dilahirkan tanpa tempurung kepala, kecacatan jantung, sumbing, lidah terbelah Dan banyak lagi. Selain itu, perkembangan pertumbuhan yang lambat Dan juga anemia adalah salah satu punca kekurangan folic acid.

Jadi, penting bagi ibu mengandung, untuk mengambil supplement ini. Sebenarnya, banyak makanan semula jadi yang mengandungi acid folate contohnya, broccoli, beras perang, orange, chewsnut, barli, ayam, daging, parsnip Dan banyak lagi. So bagi yang bercadang untuk mengandung, banyak-banyakla makan makanan yang mengandungi folic acid ini ya!