Wednesday, December 18, 2013

Earl Grey tea...pernah dengar teh ini?

 Pernah dengar tak nama early grey tea?  It's a tea name yang sangat popular di London. Well well…earl grey tea has become my second favorite tea after green tea. 


  Dulu, saya sebenarnya peminat tegar coffee. I can even drink 8 cups of coffee per day. Semenjak diagnosis ada gastric and coffee adalah salah satu penyebab kenapa my gastric has become worst so, I decided to change the drinking habit.   Kenapa earl grey tea? Actually saya sangat tak suka minum tea.. I don't know why but it just doesn't suits my taste. But one fine day, I saw this one books of early grey tea and I can even smelt the tea from the box and terus jatuh cinta and cuba untuk minum earl grey tea. Cubaan pertama minum earl grey tea I really really loves it… and since then I hook with the tea. Plus, the tea really smells good….ada bau bergamot and citrus…  



 Research terbaru menunjukkan earl grey tea boleh merendahkan kadar gula dalam darah, merendahkan atau mengawal kadar kolestrol dan juga…membantu mengurangkan lemak dalam badan dan membantu memperbaiki system metabolism dalam badan….   



Tetapi….earl grey tea juga mempunyai keburukan yang tersendiri…nak tau apa dia? Sekiranya terlalu banyak consumption of earl grey tea boleh menyebabkan kejang otot terutamanya pada kaki disebelah malam…so..siapa yang berminat nak cuba tea ni, jangan overdose pulak yer…  




kebaikan, benefit teh
 So far this is my favourite brand. ..selamat mencuba!

Tuesday, December 3, 2013

salam disember

Salam and hi all..

Ya Allah dah lama giler saya tinggalkan blog ni bersawang kan..no update or new entri...minta maaf banyak-banyak...semenjak lepas baik chicken pox saya bertambah busy di tempat kerja...tak berkesempatan pun nak buka blog. .promise I'll be updating this blog regularly ya...ini jer entri hari ni...ahahah..ngelat dah ni...


By the way..welcome disember and it reminds me that we're approaching towards new year. .sebelum kita karaang new resolution. .apa kata flashback resolution 2013 ni dah tercapai ker belum??? Ehem...saya ada satu lagi yg belum capai...hopefully It will be resolved this month! !finger cross...

Ok..enough for today. .bye all..see you soon::)))

resolution

Thursday, October 10, 2013

ayam masak Halia

Resipi ni terjadi during pantang last year...boring mummy asyik bagi makan ikan haruan hari-hari saya kata nak makan ayam la mummy....nasib baik mummy jenis yang "pantang moden"...tak kisah boleh jer makan ayam....


Hehehh...kebetulan waktu tu my mum xsihat dan mak kata boleh tak kalau saya masak sendiri...well...takkan nak suruh jugak mak yg sakit tu masak untuk saya kan...walaupun saya pun sakit waktu tu tapi masih boleh bangun dan berdiri...so saya kata okay....tapi mummy letak syarat...jgn masak pelik2....hahahahah...google punya google jumpa resipi ayam masak halia ni...tapiu chinese style...ada badam dan sewaktu dengannya...

Macam biasa...saya improvised la...saya jadikan ayam masak halia yang simple. ..nak tau resipi??

Bahan-bahan:
Ayam yang dipotong kecil-kecil
Bawang putih 3 ulas
Lada hitam 
Halia
Carrot

Cara-cara:
Tumis halia dan bawang putih sampai naik bau
Masukkan ayam dan masak sampai empuk
Masukkan sedikit air dan masukkan lada hitam yang dikisar, dan garam
Masukkan carrot dan biar sampai empuk..

Siappp...senangkan? Tapi kalau nak lagi sedap boleh tambah brokoli dan juga daun bawang...best.....kat rumah takder stok....




Itu la hasilnya...sedap dimakan waktu nasi tengah panas...elok untuk org dalam pantang jugak...sebab halia boleh buang angin dan lada hitam memanaskan badan....selamat mencuba!!!!

Wednesday, October 9, 2013

resipi aglio olio

Selamat pagi rabu semua...hari ni nak updates resipi la....mmmm  simple jer.... kebetulan dirumah ada lebihan sotong and udang so saya fikir baik saya masak aglio olio.


Resipi ni simple sgt dan sgt sesuai untuk org yang malas mcm rose ni....

Bahan-bahan:
Spaghetti
Bawang putih dua ulas
Udang
Sotong
Lada hitam
Bay leaves- yang ni saja tambah
Mixed herbs

Cara-caranya:
Tumis bawang putih dgn olive oil sampai naik bau
Masukkan udang dan sotong 
Masukkan spaghetti dan gaul 
Tabur sedikit garam, lada hitam , , mixed herbs dan bay leaves.
Siap.....


Senangkan?? Rasanya pun best....


Nampak best tak? Let's try the recipes then....

Tuesday, October 8, 2013

chicken pox at 29 years old!!

Di saat menulis entri ini, saya kena demam campak! !!waaaaaa....dah umur 29 tahun baru nak kena demam campak.....

Hari ni merupakan hari ke 8 saya kena demam campak. Alhamdulilah demam dah kebah tapi the chicken pox tu still ada. 

Tahu tak kat us sebenarnya penyakit ini sangat kurang disebabkan vaksin chicken pox yg wajib di ambil oleh kanak2. Tapi di malaysia demam campak its a common penyakit betul? 

Actually ada vaksin untuk mencegah demam campak tetapi pengeluaraannya sgt terhad. Boleh dikatakan demand is higher than supply. 

Bagi rose, mengubati penyakit ni perlu banyak kesabaran...sebab...dah la demam....gatal pulak tu..banyak pantang larang untuk makan kena ikut kalau tak nak parut kekal lama....

Selain dari calamine lotion yg doc bagi, rose minum air kelapa dan juga mandi air daun semambu yg dah direbus. Alhamdulilah kurang kegatalannya .....

Demam campak ni juga senang menjangkit. Tetapi bukan melalui sentuhan tetapi pernafasan dan air liur. So...say no to talking to my daughter and no kissing...ala....rindu...



Tu gambaq chicken pox kat tangan. ....tak baik lagi ni...doakan saya cepat sembuh yer....

Sunday, September 8, 2013

review terukir cinta by anna lee

Salam all....maaf sesangat pada readers...saya memang dah lama sungguh tak updates blog. Maklumlah...semenjak laptop kena warded rasa patah kaki...even I can update blog via smartphone. ..tapi the feel tu lain sgt....

Okay....today my new entri is about review buku terukir cinta. ..jgn tak tau...buku ni baru saja keluar. ..panas lagi ni...saya diperkenalkan dgn cerita ini by farah husaain tuan punya buku dia..random guy. .she gave the link to this author I.e anna lee blog and once I read the first episode hatiku dah tersangkut...


So mcm biasa...klu hati cik rose dah tersangkut saya akan stalk la blog writer. ..as usual writer akan diminta utk berhenti update entri pada blog  bila publisher nak terbitkan cerita tersebut. ..hai..ini tidak adil tidak adil...kecewa la akak kejap...lama tu nak siapkan manuscript. ..betul tak?? Heheh...

Alhamdulilah. ..bila order open somewhere in late August saya terus order la...and buku ini berada dipelukan saya pada 5/9...tak sabar2 nak unwrapped the book okayyy...

Sedikit sinopsis about the book: nadia seorang kerani yg mempunyai dua matlamat hidup iaitu 2k I.e kerjaya and kahwin. At 30 years old dia hanyalah kerani dan masih belum berkahwin walaupun telah menyulam cinta for 5 yrs dgn bg imran. So...2k tu masih belum tercapai...Manakal khalif aufa, 39 tahun bujang terlajak yang serabai masih belum berkahwin kerana fobia dengan perempuan2 materialistic. ..

Kisah ini dimulakan dgn nadia yg sibuk mengajak imran berkahwin dan perang pun meletus sebab?? Imran tak sedia lagi. ..what the heck?? Dah 5 tahun bercinta pun xsedia lagi?? Heheh...jgn marah...here I can relate too imran situations sebab sy and hubby 11 tahun bercinta baru kawin hokayyy....


So..nadia bengang sebab imran xnak kawin dan rasa tercabar dan nadia kata klu ada mana2 lelaki yg lamar dia sekarang jugak dia kawin...ha...kebetulan di tempat yg sama si nadia terlanggar si khalif dan timbul idea giler kata. .awak..awak nak kawin tak dgn saya? Ha...terkejut la si khalif ni..baru dia kata dgn mama dia, yg dia akan kawin if ada perempuan yg ajak dia kawin. ..jeng jeng..



Si khalif ni dah terjatuh suka dkt si nadia aat first sight...dan cuba mcm2 cara nak pikat si nadia...hantar bunga setiap isnin..so sweet. ...yg paling sweet siap si khalif ni buat makeover pada muka dia la...mula2 kan serabai..lepas tu jadi macho! Heehhhe...


Nadia putus cinta dgn imran..thank god! ! And g bercuti ke perhentian...dan si khalif ni sanggup g cari nadia dkt sana...alahai..serious I cair.....yg kelakarnya nye..walau dah berkali2 jumpa..nadia still tak cam lagi si khalif..maklumla.
Mula2 serabai after makeover khalif dah jadi makhluk tuhan yg paling seksi gitu! ! Heheheh....bila khalif perkenalkan diri pada si nadia tu..terlopong minah tu..tak percaya yg khalif can be so gorgeous. ..


Saya paling suka bab khalif nak jemput nadia balik kerja and nadia boleh tersalah masuk kereta...hahaha...guling 2 saya ketawa. ..and bab yg paling mencairkan jiwa raga saya ni bila khalif ajak mkn dkt opis ceo dan luahkan rasa hati...and nadia pun waktu tu dah suka kat khalif and luahkan rasa hati dia melalui cake yg dia buat sendiri..khalif kata..ini hati awak?? And dia sambut dan makan cake tu and said...saya akan makan hati awak sampai habis biar hati awak tak berbelah bagi nak terima saya...homaigawd.....seriously so sweet. ....


Well...buku ni byk drama ....and serious saya enjoy baca buku ni...cuma at the end tu saya rasa mcm its too fast nak sampai ending. ..Mungkin sebab saya tak nak cerita ni habis...hahaha...

Good job anna lee...cukup rempah dan asam garamnya walaupun takder babak ehem ehem... (we talked about this back then at ur fb kan...)..well..ada la a bit typo and tak synchronize scene but u make it up with good dialog. Overall I give 4.8/5 to this book...






Wednesday, August 28, 2013

wordless wednesday

Untuk mengingati diri sendiri...dan juga anda...





Salam rabu semua ya.. hope you guys sihat...

Xoxo:Rose

Monday, August 26, 2013

aisya is one!!


Salam peeps....

My daughter :aisya batrisya turns one year old today....Alhamdulilah. ...rasanya sats baru jer bersalin. ..hihihi...


So as usual...mama aisya buat homemade cake khas untuk aisya....



Itu dia aisya yang dah boleh berdiri and sedang bertatih celebrating her first birthday semalam...in advance la...mama and papa tak dpt cuti dah.....


Friday, August 23, 2013

keow tiao kungfu

Salam to my beloved readers...maaf la..dah lama tak menjenguk blog...keadaan sgt tidak mengizinkan...hi...saya ni baru busy sikit dah tak sempat nak update blog...mcm mana nak jadi blogger tersohor ni??? Ekekekek...

Well..since I'm back..rasa-rasanya elok saya update hal resipi dulu boleh?? Hihihi...raya-raya ni memang asyik mkn jerla kan...

Resipi ni tercetus raya ke4 hari tu...sebab dah muak makan lemang, ketupat dan rendang..saya kata nak makan keow tiao kungfu. ..ha amik...berkungfu saya didapur....

Bahan-bahan:
Keow tiao
3 biji telur
Ayam
Udang
Sotong
Baby corn
Carrot
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Cili merah
Cili padi
Lemon
Tepung jagung

Cara-caranya:
 1.Pukul telur sampai kembang dan rendam keow tiao
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng keow tiao yg dah disaluti telur sampai masak dan angkat sejukkan.
3. Tumis bawang2, halia dan cili padi sampai naik bau.
4. Masukkan ayam, udang, sotong dan masakkan sampai masak.
5. Masukkan sedikit perahan lemon: rpse pun tambah oyster sauce sikit..
6. Masukkan air dan biar sampai mendidih.
7. Masukkan carrot dan baby corn.  Dah empuk masukkan segala perasa dan untuk pekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung...
8. Kemudian masukkan keow tiao dan biar for about 1 minutes...siap untuk dihidangkan....

Ini la hasilnya....
resipi

Wednesday, August 14, 2013

raya lagi.....

Salam semua....apa khabar dan selamat hari raya.....Alhamdulilah. ...sedar tak sedar hari ni dah 7 syawal kan? So how was ur raya celebration? ??

Ini tahun ketiga saya beraya bersama suami. ...and first raya with baby aisya. ..sangat seronok dan this year saya sgt penat...

Well...this year turn hubby balik kampung dia....tapi unlike biasa....kami balik pagi raya after solat...igtkan jln ok...rupanya jam jugak....well...mungkin ramai yg ambil kesempatan untuk bercuti digenting agaknya...kami tersangkut di tol gombak for about an hour. ..


Tu dia...jammed...tapi after toll jln smooth ajer...after beraya dipahang kami terus balik kl mlm tu jugak...ergh...memang memenatkan...lepas ni taubat...tak nak balik hari lagi .....


Tema kami pink yer tahun ni...nasib baik hubby sporting....hihihi....

Monday, August 5, 2013

salam raya

Salam to all readers and bloggers...wats up ya'all... ceh...mukadimah dia...apa khabar semua? Maaf ler ...dah banyak hari rose tinggalkan bkog dan menyepi...bukan kehendak saya tapi keadaan yanh tak mengizinkan rose untuk update blog...


Ok..last entri rose update rose kena demam panas kan..memang ujian untuk saya dan keluarga this ramadhan. ..tiga hari lepas demam panas, anak saya...aisya jatuh tangga dari atas sampai kebawah...tergolek2 mcm filem Hindustan tu...Ya Allah. ..terkejut saya tengok. ...Alhamdulilah. .bila saya bawak ke hospital untuk scan dan mri aisya ok..she left without any injuries...no briken bones or concussion...

Tak cukup dgn tu...3 hari selepas aisya "accident" my parents pulak kena hit and run lepas balik terawih...both my mum and dad naik motor kena langgar dengan motor jugak...when my mum  call inform kena langgar lari. ..terkejut betul saya...terua dtg tgk mak di clinic and saw blood dropping down her forehead. ..banyak sgt sampai basah baju..terus refer ke hospital. ..kena la 7 jahitan dahi mak rose tu...Alhamdulilah my dad cuma bengkak kaki jer....

Well...tragedi ramadhan tahun ni sgt tak boleh dilupakan...lepas satu2...dugaan...

Apapun rose nak ucapkan selamat menyambut hari raya...maaf zahir dan batin...kalau balik kampung Sila berhati2......



Selamat hari raya dari rose & aisya. ...

Wednesday, July 24, 2013

demam panas

Demam...rasanya ini kali kedua saya demam within 2 weeks. Tadi pergi klinik dengan hajat nak ambil ubat jer...tapi nurse tak kasi sebab tgk muka pucat sgt..rupa-rupanya saya demam panas up to 39.8 degree...erkkkk.....

Dpt mc esok...and doctor minta dtg check temperature lagi esok...klu masih tinggi kena refer hospital...tak mahu!!!!



Ini waktu sihat....

Monday, July 22, 2013

hidup aman tanpa hutang

Best tak tajuk kat atas tu? Siapa setuju sila angkat tangan!!! Tiba-tiba rose terasa nak menulis mengenai isu ini bila semalam kami sekeluarga keluar untuk window shopping. Mcm biasa la..perkara wajib, kami mesti akan singgah ke kedai barangan baby..sedang sibuk memilih..tiba-tiba saya terdengar satu conversation between hubby-wife. 

Si isteri yang sarat mengandung sibuk memilih pakaian dan peralatan baby...dan sisuami sekali-sekala menegur...satu ayat suami yg membuatkan saya menulis entry ini ialah: sayang...beli ikut kemampuan kita...ambil yg perlu saja...tak larat abang nak bayar nanti..dan jawapan isteri ialah..la..pakai la kredit card tu...

Bila mendengar jawapan si isteri...saya menarik nafas panjang...it was so easy ti spend virtual money..tapi payah untuk kita membayarnya...seriously. .credir card bagi saya ialah along versi sah...nak tau kenapa? The interest rate is 18% annually...yang dah lama pakai credir card with good repayment track record akan dpt discount sampai 16.5%..interest rate tu tinggi!!! Cuba bayangkan kalau pakai 3000 with the interest rate of 18%...berapa kena bayar pokok dan bunga? Kalau bayar secara lump sum..ok la jugak..kalau byr minimum payment every month?? Bila nak habis byr??

Moto hidup saya...berbelanja bila perlu dan bila ada duit...cash rich is much more better dari debt rich...betul? Kalau nak pakai mewah2 saya akan beli bila ada duit atau cukup simpanan...saya dan suami selalu membuat target...contohnya...saya berkehendakan jam tangan tissot...saya akan membuat jadual target untuk membuat simpanan dan bila saya boleh membeli jam tersebut. Secara ringkasnya..takder duit..jgn beli. Jangan berhutang atau buat easy payment. .

Well...bagi saya hidup saya bebas tanpa unnecessary debt...klu berhutang rumah atau kereta tu..masih boleh diterima..tapi berhutang semata-mata untuk hidup mewah??? Sangat tidak sesuai...apa pendapat anda?




Saturday, July 20, 2013

Stew salmon aisya

Dah lama tak update resipi kan??? Last week rose buat pertama kalinya cuba masak salmon untuk diperkenalkan kepada aisya.

I opted to cook stew salmon. Here is the recipi:
Salmon
Bawang putih and merah
Brokoli
Puree labu and kurma
Tomato

Cara-caranya:
1.Goreng salmon sampai masak dan angkat
2.tumis bawang2 dengan minyak zaitun sampai naik wangi
3.masukkan tomato dan masak sampai lembik. Masukkan sedikit air.
4.masukkan puree labu and kurma dan masak sampai mendidih
5. Dah mendidih masukkan Brokoli dan salmon.

Siap...and aisya makan dengan selera .....Alhamdulilah. ..

Wednesday, July 17, 2013

wordless wednesday

it's wednesday!! time flies so fast kan???

so ini la picture aisya...kerja nyer...mengemas...pandai dia tolong mama kemas baju yang mama dah lipat...hmmm

kemas

Tuesday, July 16, 2013

ADAB BAGAIMANA BERHADAPAN DENGAN SUAMI


perempuan ni senang nak masuk syurga...taat pada perintah ALLAH, tidak tinggal solat dan puasa, dan patuh pada suami.,..nescaya syurga dijanjikan untuk perempuan tersebut...nampak senangkan? disini rose nak kongsikan sedikit hasil ceramah dioffice mengenai adab berhadapan dengan suami:-


1.            Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2.            Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3.            Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4.            Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.
5.            Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6.            Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7.            Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8.            Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9.            Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar ke atas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10.          Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11.          Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12.          Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
13.  isteri hendaklah sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

semoga info ini berguna untuk isteri-isteri diluar sana....


Monday, July 15, 2013

review Dia..Random Guy

Today rose nak review buku Dia Random Guy....cerita ini rose memang ikut dari blog penulis sampai la episod 17...dan kecewa sekejap sebab penulis diminta untuk tidak menyambung cerita ini di blog oleh publisher sampai script buku ini siap...

Alhamdulilah...penantian dari bulan may sehingga julai sangat berbaloi bila akhirnya Dia Random Guy sampai dipangkuan rose on 5/7/2013...rose ni memang ada satu penyakit dimana, rose akan simpan buku cerita sampai rose bersedia untuk baca...however, unlike any other books, once i received this book sangat berkobar-kobar rose nak baca...sedikit sinopsis:-

alin berusia 32 tahun, berkerja sebagai kerani bertemu dengan amzar si sexy goatee merangkap jurutera dan anak kepada pemilik syarikat alin sedang berkerja...

dimana silapnya, pertemuan pertama mereka, menyebabkan amzar menjadi "tunang" ekspress alin dan paling tidak disangka, rupa-rupanya tunang ekspress tersebut adalah bos sendiri...erk??? pertemuan demi pertemuan, ada sahaja pertelingkahan, kegembiraan yang akhirnya menyebabkan amzar mula jatuh "suka" pada cik kerani...tetapi...muncul pula bekas kekasih alin yang ingin menyambung kembali perhubungan mereka...siapakah yang alin pilih? si sexy goatee atau her ex-boyfriend?

serius...saya hanya mengambil masa dua jam untuk menghabiskan novel ini...novel ini membuatkan saya tersenyum-senyum sendiri dan juga ketawa....penggunaan tatabahasa yang santai dan a good english from author membuatkan pembaca senang memahami kosa kata yang digunakan....kisah ini santai dan secara tidak langsung memberi pengajaran kepada pembaca...secara simplenya, saya boleh kata..it's simply awesome!!!...tahniah farah hussain...dan saya tidak sabar untuk menunggu novel selanjutnya dari farah....



i give thousands thumbs up and rate 5/5 for this book...so ladies, go and grab it...

xoxo, 
rose

Sunday, July 14, 2013

aisya's millet soup

Aisya is underweight!!! aduh..bila timbang aisya tadi, kecewa jer rasa sebab she's underweight....tapi takper...since she is so active, rose rasa tak perlu nak risau sgt kan??? so mama aisya kena la rajin masak variety of food for her in order to gain her weight...

today my choice for her lunch is millet soup...rose saja mencuba nasib buat millet soup..you know why? aisya memang tak suka makan makanan berkuah....so i just try my luck...kena ajar ler kan...but step by step...kalau tak suka, well...cuba lagi ler....

so ini rupa millet soup aisya...


heheh...nampak sedap tak??? jangan terliur dibulan puasa ni yer...ini resepi millet soup:- 

bahan-bahan:- 
organic millet yang direbus - rose rebus and add up olive oil dua titik...
ayam yang dipotong kecil-kecil 
tomato potong dadu
bawang putih 
bawang merah 
halia 
kayu manis 
bunga lawang 
jintan manis 
air
unsalted butter - lepas ni yang menumis kena pakai butter sebab butter boleh menolong baby gain weight..

cara-caranya:- 

1. tumis bawang putih, bawang merah, halia dan rempah ratus dengan unsalted butter sampai naik bau
2. masukkan ayam dan masak sampai sebati dengan bawang-bawang dan rempah 
3. masukkan tomato gaul sampai tomato separa masak 
4. masukkan air dan rebus sehingga mendidih..
5. soup dah siap
6. curahkan soup kedalam millet yang dah direbus

and

siap untuk dihidangkan....simple kan?


does it look nice??


and aisya?? Alhamdulilah...she eats it...sampai habis....well..well..percubaan pertama berjaya!!! yay!!!

Saturday, July 13, 2013

Homemade ice cream for aisya

Grrr...ditengahari bulan puasa ni pulak saya nak post recipi ni kan...

Hihii...quench your thirst yer readers...saya saja nak cuba buat homemade ice cream nie..last time dah buat version orang dewasa..this time version baby...

So..bahan-bahanyer:

Mold ice cream- saya beli di daiso
Tembikai

Cara-cara:
Buat puree Tembikai-potong kecil2 and blend. .
Tapis puree jgn bagi biji masuk sekali
Masukkan dalam acuan semalaman...

Siap.....

dilema a working mother

sorry kawan-kawan...saya sgt sibuk dua tiga hari ini...even bulan puasa malay staff boleh balik awal, still saya terkandas dioffice sampai colleagues and staff panggil saya a workaholic mother...

mm...one of the staff ada tanya saya last thursday, cik rose kenapa tak balik awal? selalu saya tengok cik rose stay back..tak rindu anak ker? erk?? serius saya terkedu dengan ayat macam tue...bukan sekali dua saya dengar...dah banyak kali dah....even at my previous workplace pun they did labeled me as workaholic...

bagi saya, saya bukan seorang yang workaholic. serius....saya cuma menyiapkan kerja yang perlu disiapkan. with my hectic schedule, to join meeting, to meet with customers and to manage staff and on top of doing my job, serius saya rasa tak sempat dalam masa lapan jam. tapi saya takder la nak stay back sampai larut malam like working with the banks before. ...in fact kadang-kadang jer saya balik lambat, itupun before 7 saya mesti dah keluar dari office. 

yes, being a working mother with an infant its really challenging! tanya la mana parents pun...its not easy to manage your baby, your hubby and house chores at the same time! macam saya, my schedule always wake up at 5.30 am to start cooking for aisya and breakfast for hubby. and around 7.30 dah start keluar rumah to sent aisya to my mom in law house and to work. sampai-sampai...need to rest for few minutes and go through with my schedule for the day. balik rumah biasa saya sampai rumah around 7pm, saya akan start , masak untuk aisya for her dinner before start to cook for our dinner. the cycle go on, with playing with aisya up to 10 pm before her bed time. it is exhausting! serius...but i can't endure it with my hubby assitance and support...alhamdulilah he is one good guy yang boleh menolong saya...

so, i don't categorized myself as workaholic...setakat balik lewat sejam dua tu, takder la workaholic sangat...or is it norm for working mother untuk balik on-time? yes from my observation,my staff yang working mother tu, memang balik on-time. well,,for me as long as you know how to manage your work and finish your work within deadline, tak kisah la you nak balik awal...well well..let's people talk..because i can't change their perception..as long as saya tak abaikan suami dan anak disebabkan kerja, saya tak rasa ianya salah...lagipun...kerja itukan satu ibadah....saya cuba untuk buat yang terbaik untuk majikan dan keluarga saya...

love, 
rose..

bekerja

Wednesday, July 10, 2013

Wordless wednesday

Tgh browse album, and came across this pic. Teringat kejadian kelakar during our solemnization....hihihi....

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan

To all:

Selamat menyambut Ramadhan. Berpuasa bukan setakat menahan Iapar Dan dahaga tapi Kita juga melatih diri untuk menjaga pertuturan dan menjaga pandangan mata yer...

Banyakkan berzikir dan the best part is lets terawih yer..

Rose pun nak ambil kesempatan untuk minta maaf pada readers sekiranya ada penulisan disini yg menyinggung perasaan anda.

Selamat berpuasa!

Lots of love:

Rose

Sunday, July 7, 2013

life begins at 40??

selalukan kita dengar phrase life begins at 40? especially for men...betul tak? hihih....kenapa yer saya nak share mengenai isu ni? ok...semalam Alhamdulilah my hubby safely arrived ...(Yay!! miss him so very much) so dia tengok saya tak masak dia kata lets dine-out...so of course i said okayyy yer....

so we went to restaurant shumkivit...a thai restaurant...and it was so hectic...sedang sibuk tunggu makanan secara kebetulan saya terpandang seorang lelaki yang dah 40++ tengah sibuk merenung kearah saya...erk??? okay...hubby selalu pesan bersangka baik dengan orang...so saya senyum la...kan senyum tu sedekah...you know what i've got? he winked at me!!! wink!! OMG....tak cukup dengan tu, senyum gatal kearah saya yer...

well well...serious waktu makan tu memang rasa tak selesa langsung! sebab si pakcik tu asyik tenung ajer saya...rasa nak amik garpu cucuk ajer mata dia...dah la his wife and his son ada kat situ...ish ish...bila balik saya bagitau hubby , and apa lagi marah ler dia sebab saya tak bagitau dia awal...erk?? my fault is it???

okay..enough about that...still meremang bulu roma saya bila saya teringat pasal tu....by the way, saya ada terbaca satu artikel mengenai lelaki yang berusia 40 tahun ni...mengikut kajian yang saya baca tu...lelaki ada hormon yang menyebabkan mereka akan jatuh cinta dua kali. First, when they reach 25 and the second one once they reach 40+++...erk????

hormon itu natural...so that's why bila kita tengok lelaki yang berumur 40++ akan start gatal sekali lagi..(tak semua yer)...kerana waktu dia reach 40 tu, they need more attention, and perlu dianggap worth it in their world...so kita sebagai isteri ni, tugas kita perlu membuat suami kita jatuh cinta berkali-kali dengan kita...jangan dengan orang lain sudah yer....peace!!!

40

Saturday, July 6, 2013

aisya's breakfast and lunch

hi all...dah lama tak update blog ni...busy sikit ler...en hubby outstation, tinggal rose dan aisya ajer...so terkejar-kejar nak buat kerja rumah sorang-sorang...mmm...cepatla en hubby balik...dah rindu ni....

so, memandangkan en hubby takder sabtu ni, cik wife malas nak masak...just masak untuk aisya, and rose cuma makan yang simple -simple ajer...

so hari ini, aisya breakfast was fried millet ...

nak tgk rupa millet goreng?
....









how's the look?

resipinya:-
organic millet 
bawang putih seulas
bawang merah seulas
ikan bilis 
tomato potong dadu 

cara-caranya:-
1. tumbuk/ kisar bawang putih, bawang merah dan ikan bilis
2. rebus millet sampai lembut - sebab rose pakai organic, so memang cepat empuk. around 3 minutes. 
3. goreng bawang putih, bawang merah dan ikan bilis yang dikisar dengan minyak zaitun. 
4. tambahkan sedikit air 
5. masukkan tomato yang dipotong dadu
6. masukkan millet yang dah direbus. 

siap untuk dihidangkan...

alhamdulilah, dia makan sampai habis...rose saja banyakkan sedikit ikan bilis so that jadi perasa...kesian aisya, dah la tak boleh masukkan garam and gula...so ikan bilis la jadi penambah rasa...

so for lunch, mama aisya sangat rajin, so rose masak nasi ayam....

hehehe...tapi ini jenis nasi ayam yang pemalas....

resepi: 
segengam organic rice- basuh dan toskan
bawang putih yang dikisar 
bawang merah yang dikisar 
halia yang dikisar 
ayam 
bunga lawang 
bungka cengkih 
kayu manis 
tomato 
unsalted butter 

1. tumis bawang putih, bawang merah, halia dan rempah dengan unsalted butter 
2. bila dah naik bau masukkan ayam dan goreng kan sekali sampai keluar air
3. masukkan air lebih kurang 3 cawan kecik dan biar mendidih 
4. dah mendidih, rose ambil sedikit kuah dan ayam untuk dijadikan sup
5. masukkan beras kedalam periuk sup lebihan tadi dan tanakkan nasi sampai masak. 

untuk sos ayam: 
potong tomato kecik-kecik dan stim tomato kemudian kisar....

so ini la jadinya....

nasi ayam versi baby untuk aisya:- 


and terus masuk kedalam mulut aisya dengan jayanya...maaf la yer tak sempat nak snap gambar aisya makan sebab papa dia takder....heheheh...


Wednesday, July 3, 2013

Tuesday, July 2, 2013

My Happy Tuesday!!

a surprise from mr hubby today....

tiba-tiba waktu lunch tadi dia call and tanya boleh tak nak lunch sama...giler tak seronok hubby ajak lunch..mesti la nak kan...jarang dapat lunch ngan hubby sebab our lunch time tak sama...

tengah-tengah makan...tetiba hubby hulur barang..eh???nak tau apa???

hubby belikan GALAXY NOTE II!!!! YAYYY!!!

saya dah lama nak tukar handphone, tapi sayang sebab blackberry yang saya pakai adalah hantaran....and at the same time, i can't make up my mind nak pakai s4 or noteII...lastly...dapat note II okayy...jangan jeles semua....

thanks to mr hubby!!! love you so very much....muahhhh!!!


the lovely hubby..xoxo

and of course...


nice gadget!!!! tak sabar nak guna and explore ok....

Monday, July 1, 2013

melecur!!

hari ni malas nak update blog sebab....

tangan kena minyak panas!!! 

aduh...memang perit rasanya....

ok la....nak rest kan tangan dulu yer....selamat malam semua...

xoxo!

Sunday, June 30, 2013

Durian, Pregnancy & Aisya

i guess the king of fruit season is back!!! betul tak? dekat pasar malam tadi ramai ajer yang jual durian...nampak cantik-cantik...mmmm tapi sayangnya saya memang tak tahan bau durian...

teringat waktu mengandungkan aisya, saya lalu dikawasan seksyen 7 shah alam, and saw barisan kedai yang jual durian. Dan waktu tu saya rasa durian tu sangat menggiurkan....sampai saya keluar la ayat, sedapnya durian tue....kebetulan my mother was in the car and dia terus mengeluarkan amaran tegas: no durian for you! ha amik kau....terkulat-kulat saya dengar arahan mak ok....

lepas tu rasa tak puas hati, saya tanya my ObGYN waktu check up, and she said no problem, you can eat durian, but not too much...ha....balik dari check up saya terus cakap ngan mummy yang doc bagi green light untuk makan durian, tapi sekali lagi amaran keras dari mummy kata NO!!! 

saya banyak juga baca mitos-mitos mengatakan, durian tidak elok bagi perempuan mengandung kerana durian bersifat panas dan boleh menyebabkan keguguran. dan lagi, sekiranya seseorang yang mengandung itu mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis, sangat tidak digalakkan makan durian. Tapi, bila saya adukan perkara ini pada doc, she said no such things. you can eat whatever you want except: raw eggs/food including sushi, oyster, and surprisingly she said to me process soy bean. selain dari itu semua boleh makan. 

tapi saya memang tak ambil durian sampai diakhir pregnancy bila saya dah tak tahan godaan durian. maklumla waktu tu musim durian and everywhere i can see durian. just imagine, after 100 meters dari tempat jual durian i still can smell durian. macam tu penangan mengidam saya. lastly my hubby beli sepeket, and saya cuma makan seulas sebab lepas tu saya dah pening kepala. 

when aisya masuk 4 months, air liur dia dah banyak meleleh, apalagi, semua orang kata waktu saya mengandung saya ada kempunan makanan menyebabkan air liur aisya meleleh ajer....hahahah...so not true ok...no such things. air liur baby bila banyak keluar tu sebenarnya dia nak tumbuh gigi....and turns out to be two of her bottom teeth cames out after that....tapi tak tau la, kalau memang ada air liur baby meleleh sebab mak dia tak dapat benda yang mengidam kan...hehehhehe....

mengidam

Saturday, June 29, 2013

Kenapa berblogging??

saya selalu tanya diri sendiri tentang soalan ini...kenapa saya berblogging? tapi saya tak pernah memikirkan jawapannya secara specific. tapi bila rakan sekerja tengok saya khusyuk buka blog dari satu blog ke satu blog, and find out that i have a blog, she started to questioning me. apa yang menyebabkan kau berblog?

kemudian saya terfikir balik...saya start blog ini this year January, sedangkan dah ramai dah yang ada blog dan hebat-hebat belaka pulak tu..so kenapa saya pun nak join them?...bila saya start blogging ini sebenarnya, sebab saya suka mencari informasi-informasi yang boleh menambahkan pengetahuan am saya. 

Seriously, waktu mula-mula dulu terbit dihati saya untuk berblog disebabkan aisya mempunyai eczema. merata-rata saya cari information pasal eczema ni, and always came across from blog to blog mothers that have similar experience..and when i go deeper, saya rujuk pada pakar, saya survey website and i found out a  lot of information. so..i'm full of fire to share the knowledge with others...yes yes...the first thing was i shared it with my office mate, then i dari situ baru timbul idea untuk start blogging....

mula-mula i start the blog from ipad...serious susah...hahahah.....memang tak pandai kan guna tablet ni...screen touch tak sama dengan keyboard touch...and the apps takes me a lot of time to adjust and comprehend...maklum la lembab sikit pasal bab-bab IT and gadget ni...

seriously, i have no theme for my blog. i use simple template sebab saya memang orang yang simple, yang nak blog saya easy to be access.. so memang blog saya tak comel macam blog orang lain la...yang ada macam-macam features...so, from wants to share about eczema, i start to write about everything else, like my experience with aisya, my relationship with hubby, cerita kelakar yang buat saya rasa nak gelak, and general information yang saya rasa saya nak share dengan semua orang. kadang-kadang tangan ni pun gatal nak add features sana sini...hehehhehe...

sangat seronok saya rasa bila ada orang baca blog saya, yang masukkan saya dalam bloglist mereka, dan ada yang share info yang ada dalam blog ini...hehehehhe..memang best rasanya

saya sangat berterima kasih pada yang sudi membaca blog saya. saya tahu banyak kekurangannya, tapi saya harap the information that i shared here can be used for others jugak....salah silap sila tegur saya yer...**wink wink***

love, 
rose.  


Wednesday, June 26, 2013

wordless wednesday

happy wednesday! time flies so fast kan??? rasanya baru ajer isnin, tapi hari ini dah hari rabu dah...

so my choice of pic today is:




renung-renungkan la yer....peace!!!!!

Tuesday, June 25, 2013

oh kekasih hati ku....

hari ini tukar gambar di desktop computer...bila dah tukar gambar, dah tak boleh buat kerja, asyik tenung muka kekasih hati rose ajer...hai...nak tau siapa kekasih hati rose??

.....



......

ini la dia....

love

cinta hati saya ok!!!!


Monday, June 24, 2013

adab wanita keluar rumah

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Semoga bermanfaat untuk kita semua dan sebar-sebarkanlah insyaALLAH

ADAB WANITA KELUAR RUMAH

1.            Seseorang wanita boleh keluar rumah sekiranya ia mempunyai sesuatu hajat yang amat perlu yang diharuskan oleh syarak.

Contohnya:
-              Menuntut ilmu fardhu ain sekiranya ibu bapa atau suami atau penjaganya tidak berkesempatan   atau tidak berkemampuan mengajarnya.
-              Menziarahi kaum kerabat, saudara-mara, jiran ataupun sahabat.
-              Keluar mencari nafkah yang halal disebabkan wanita itu sebatang kara atau keadaannya miskin atau penjaganya sakit atau cacat.
-              Untuk menjadi saksi.

2.            Keluar dengan berdoa meminta perlindungan dari fitnah dan gangguan manusia serta syaitan.

3.            Apabila tempat tujuan kurang dari dua marhalah (48 batu) wanita boleh ditemani oleh kanak-kanak.Apabila perjalanan lebih jauh dari itu, hendaklah wanita itu ditemani oleh muhramnya.

4.            Hendaklah menutup aurat supaya:
-              Mudah dikenali bahawa dia adalah wanita beriman
-              Tidak ada gangguan
-              Mendapat keampunan Allah 

5.            Elakkan berjalan di jalan besar yang sesak dengan orang ramai. Hendaklah berjalan di laluan tepi yang bukan laluan umum.

6.            Jangan menampakkan perhiasan diri (seperti rantai, gelang dan sebagainya) atau menghentakkan kaki untuk membunyikan perhiasan (seperti gelang kaki atau kasut berladam).

7.            Berjalanlah dengan sopan. Elakkan daripada banyak bergurau senda di jalanan.

8.            Jangan memakai bau-bauan kerana ia memberangsangkan nafsu lelaki. Jika memakainya, jangan terlalu banyak, cukuplah sekadar tidak berbau busuk.

9.            Tundukkan pandangan dan kekalkan sifat malu. Jangan sekali-kali bertegur sapa atau melayan lelaki yang bukan muhram.

10.          Meminta keampunan kepada Allah di sepanjang perjalanan.

sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri juga, 

xoxo- rose

Sunday, June 23, 2013

a boring and unhealthy sunday

sunday datang lagi....biasanya hari ahad kami sekeluarga akan keluar berjalan-jalan. At least akan singgah shopping kompleks, dine out, window shopping and etc...

tapi bila buka tingkap dan pintu pagi tadi tengok cuaca jerebu yang sangat menakutkan, all plan go south! tak jadi keluar la....the air is so polluted...even i can smelt bau terbakar in the air...

oh no...tak mo keluar la, kesihatan kami lagi penting dari pergi shopping kompleks tu kan??? so, we spend our sunday indoors, watching grey's anatomy season 9 marathon! 

how about u people? kalau nak keluar don't forget to pun face mask ok! face mask on people!!!


Saturday, June 22, 2013

mee bandung dan pengat labu & kacang merah

hubby demam...so dia request masak makanan yang berkuah dan tak nak nasi...sekali lagi dia cakap...i tak nak nasi yer yang...ala...kesian ajer dengar permintaan macam tu...so cik rose pun google punya google...teringin nak makan mee bandung...

so kena minta bos besar punya permission dulu, bila cakap masak mee bandung boleh? terus bersinar mata en hubby dan siap pesan, kuah biar pekat sikit...hahahahah...gotcha!

aisya
oleh kerana tak sempat nak pergi pasar dan malas nak drive, cik rose gunakan ajer bahan yang ada, so i need to improvise sikit resipi memandangkan tiada udang dalam peti ais...so nak tau resipi tak?

bahan-bahan:
ayam 
sotong
telur 
udang kering 
bawang merah 
bawang putih 
halia 
carrot 
brokoli 
tomato 
tepung jagung 
cili kering yang dikisar 

cara-cara: 
1. tumis bawang putih, bawang merah, halia sampai naik bau 
2. masukkan cili yang dah dikisar dan tumis sampai garing 
3. masukkan ayam dan sotong, gaul sampai keluar air 
4. masukkan udang kering yang dah ditumbuk 
5. masukkan air, masak sampai mendidih
6. dah mendidih, masukkan carrot, brokoli dan tomato 
7. masukkan perasa garam dan gula 
8. masukkan telur, jangan gaul sampai kuning pecah
9. lastly masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah...

ini la hasilnya:

bandung
kejutkan hubby untuk makan dia tengok muka pelik...eh?? ada brokoli yer dalam mee bandung...hahahahah....sepatutnya sayurnya SAWI....tapi sebab takder sawi, saya guna ajer brokoli...

hubby kata....SEDAP LA YANG...rasa nak melompat okay!!!!

so petang ni rasa nak masak pengat labu untuk aisya...tapi seperti biasa...saya mesti improvise recipi...kuikuikui...saya campurkan kacang merah...

labu
ha nak tau macam mana nak masak baby pengat labu dan kacang merah? macam biasa ajer...

bahan-bahan: 
labu (saya guna organic)
kacang merah 
santan 
kurma 
daun pandan 

cara-cara:
1. kacang merah yang dah direndam setengah hari dan direbus sampai empuk, masukkan dalam periuk 
2. masukkan santan, kurma dan daun pandan
3. rebus sampai mendidih
4. masukkan labu 
5. bila labu dah empuk siap dihidangkan...

alhamdulilah, aisya makan dengan penuh selera...ada yang tertanya-tanya kenapa saya guna kurma? tak guna gula??? baby kan tak boleh makan gula....ok la..time untuk mandikan aisya comel yang dah bangun tue!!!