Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Monday, July 22, 2013

hidup aman tanpa hutang

Best tak tajuk kat atas tu? Siapa setuju sila angkat tangan!!! Tiba-tiba rose terasa nak menulis mengenai isu ini bila semalam kami sekeluarga keluar untuk window shopping. Mcm biasa la..perkara wajib, kami mesti akan singgah ke kedai barangan baby..sedang sibuk memilih..tiba-tiba saya terdengar satu conversation between hubby-wife. 

Si isteri yang sarat mengandung sibuk memilih pakaian dan peralatan baby...dan sisuami sekali-sekala menegur...satu ayat suami yg membuatkan saya menulis entry ini ialah: sayang...beli ikut kemampuan kita...ambil yg perlu saja...tak larat abang nak bayar nanti..dan jawapan isteri ialah..la..pakai la kredit card tu...

Bila mendengar jawapan si isteri...saya menarik nafas panjang...it was so easy ti spend virtual money..tapi payah untuk kita membayarnya...seriously. .credir card bagi saya ialah along versi sah...nak tau kenapa? The interest rate is 18% annually...yang dah lama pakai credir card with good repayment track record akan dpt discount sampai 16.5%..interest rate tu tinggi!!! Cuba bayangkan kalau pakai 3000 with the interest rate of 18%...berapa kena bayar pokok dan bunga? Kalau bayar secara lump sum..ok la jugak..kalau byr minimum payment every month?? Bila nak habis byr??

Moto hidup saya...berbelanja bila perlu dan bila ada duit...cash rich is much more better dari debt rich...betul? Kalau nak pakai mewah2 saya akan beli bila ada duit atau cukup simpanan...saya dan suami selalu membuat target...contohnya...saya berkehendakan jam tangan tissot...saya akan membuat jadual target untuk membuat simpanan dan bila saya boleh membeli jam tersebut. Secara ringkasnya..takder duit..jgn beli. Jangan berhutang atau buat easy payment. .

Well...bagi saya hidup saya bebas tanpa unnecessary debt...klu berhutang rumah atau kereta tu..masih boleh diterima..tapi berhutang semata-mata untuk hidup mewah??? Sangat tidak sesuai...apa pendapat anda?




Tuesday, July 16, 2013

ADAB BAGAIMANA BERHADAPAN DENGAN SUAMI


perempuan ni senang nak masuk syurga...taat pada perintah ALLAH, tidak tinggal solat dan puasa, dan patuh pada suami.,..nescaya syurga dijanjikan untuk perempuan tersebut...nampak senangkan? disini rose nak kongsikan sedikit hasil ceramah dioffice mengenai adab berhadapan dengan suami:-


1.            Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2.            Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3.            Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4.            Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.
5.            Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6.            Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7.            Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8.            Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9.            Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar ke atas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10.          Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11.          Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12.          Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
13.  isteri hendaklah sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

semoga info ini berguna untuk isteri-isteri diluar sana....


Monday, June 24, 2013

adab wanita keluar rumah

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Semoga bermanfaat untuk kita semua dan sebar-sebarkanlah insyaALLAH

ADAB WANITA KELUAR RUMAH

1.            Seseorang wanita boleh keluar rumah sekiranya ia mempunyai sesuatu hajat yang amat perlu yang diharuskan oleh syarak.

Contohnya:
-              Menuntut ilmu fardhu ain sekiranya ibu bapa atau suami atau penjaganya tidak berkesempatan   atau tidak berkemampuan mengajarnya.
-              Menziarahi kaum kerabat, saudara-mara, jiran ataupun sahabat.
-              Keluar mencari nafkah yang halal disebabkan wanita itu sebatang kara atau keadaannya miskin atau penjaganya sakit atau cacat.
-              Untuk menjadi saksi.

2.            Keluar dengan berdoa meminta perlindungan dari fitnah dan gangguan manusia serta syaitan.

3.            Apabila tempat tujuan kurang dari dua marhalah (48 batu) wanita boleh ditemani oleh kanak-kanak.Apabila perjalanan lebih jauh dari itu, hendaklah wanita itu ditemani oleh muhramnya.

4.            Hendaklah menutup aurat supaya:
-              Mudah dikenali bahawa dia adalah wanita beriman
-              Tidak ada gangguan
-              Mendapat keampunan Allah 

5.            Elakkan berjalan di jalan besar yang sesak dengan orang ramai. Hendaklah berjalan di laluan tepi yang bukan laluan umum.

6.            Jangan menampakkan perhiasan diri (seperti rantai, gelang dan sebagainya) atau menghentakkan kaki untuk membunyikan perhiasan (seperti gelang kaki atau kasut berladam).

7.            Berjalanlah dengan sopan. Elakkan daripada banyak bergurau senda di jalanan.

8.            Jangan memakai bau-bauan kerana ia memberangsangkan nafsu lelaki. Jika memakainya, jangan terlalu banyak, cukuplah sekadar tidak berbau busuk.

9.            Tundukkan pandangan dan kekalkan sifat malu. Jangan sekali-kali bertegur sapa atau melayan lelaki yang bukan muhram.

10.          Meminta keampunan kepada Allah di sepanjang perjalanan.

sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri juga, 

xoxo- rose

Monday, June 3, 2013

buah delima

semua kenal buah delima kan??? tapi suka tak makan buah delima tu? tau tak banyak khasiat yang kita boleh cerna melalui buah delima?

pada wanita yang mengandung khususnya, buah delima sangat bagus diamalkan kerana ianya mengandungi kandungan acid folic semulajadi yang tinggi yang diperlukan untuk membentuk sel-sel otak bayi. selain dari itu, buah delima juga sangat bagus diambil bag ibu mengandung dan menyusukan bayi kerana ianya boleh membekalkan tenaga pada ibu-ibu. 

selain itu, buah delima bagus diamalkan untuk mendapat kulit yang sihat dan cantik, membantu memulihkan penyakit kencing manis, mencegah kanser dan angin ahmar. 

baru-baru ini aisya mendapat selsema dan batuk. memandangkan she's so small, dia tak tau macam mana nak buang kahak. dan alhamdulilah, selepas saya beri jus delima pada aisya, batuk dan kahak semakin berkurangan. so its like kind of natural remedy untuk memulihkan batuk dan kahak. 

tapi bukan senangkan nak cari buah delima ni? kebetulan waktu pergi beli barang-barang basah di cold storage, ternampak buah delima dari south africa, so memang la rose borong membeli. tak makan-makan simpan dalam peti ais sampai la aisya dapat batuk dan selsema, terus buat juice untuk aisya. 

delima, kahak, bayi

cantikkan warna dia? pale pink...

Monday, May 27, 2013

booksmart vs street smart

agak-agak korang la, which one is better? being a booksmart or street smart? of course everybody want to be both, tapi hakikatnya hanya segelintir sahaja yang ada kualiti tu. dulu saya suka tengok cerita the apprentice USA by Donal trumph tue...really adore him and bill rancic, which was the first apprentice. sampai berangan-angan nak jadi macam dia...hakikatnya? belum lagi...InsyaAllah i'll be there..amin....

kenapa saya tiba-tiba bangkitkan book smart vs stree smart ni? sebab...tak semestinya kepandaian seseorang itu boleh menjadikan dia hebat ketika berkerja. setuju? angkat tangan!!!! saya selalu dipilih untuk menjadi mentor kepada trainee-trainee or new staff dan macam biasa saya mesti interview they all dulu...hihihi....seriously most of the trainees have impressive education achievement, tapi lack of confidence, skills and public knowledge. 

perkara simple, biasa la seorang mentor which is me..(hehehe) bukan selalu ada masa untuk mengajar trainee one by one, step by step. I have high expectation for them to act by their own self ask me or learn from on job training. tapi...most of them akan sit back and chit chatting among themselves!! hellloo!!! very annoying behavior yer....dtg untuk berkerja buat cara untuk berkerja. bila tanya you buat apa hari ini? oh...takder apa-apa...akak nampak busy tak berani nak kacau..i cuma diam tapi dalam kepala dah proses...first : lack of confidence, no initiative made to learn, bad communication skill...and so on and on...ambik kau...

kalau seseorang yang street smart, they will do their job without being ask. mereka akan dtg dan tanya, apa yang mereka boleh bantu.  and mereka rela untuk on job training. sebab OJT la kita akan banyak belajar. disitu nampak kesungguhan seseorang yang mahu belajar, berjaya dan berkerja...

adoi...pada mereka-mereka yang baru grad tu..jgn la jadi book smart sahaja. carry yourself with confidence, equip yourself with knowledge and polish yourself with good communication skill! Malaysia boleh!! eh?? hahhaah...

booksmart

Saturday, May 18, 2013

kawan selamanya vs kawan waktu gembira

selalu saya dengar orang berkata, kawan dimasa senang, senang nak cari, tapi kawan dimasa susah, hanya segelintir ajer. mesti you all pun pernah dengar kan? 

baru-baru ini tergempar diofis saya, salah seorang kawan pejabat mempunyai hutang dengan along sebanyak RM100 ribu. Besar tu jumlahnya, dan kawan saya ini dah tak boleh nak buat pembayaran. tau ajer la sistem along tu macam mana, sebulan interest rate boleh jadi 20%! memang gila betul!. 

jadi kawan office saya ini perlukan bantuan dari segi kewangan la. Dia ada 10 orang kawan yang memang geng kamceng la..tapi bila diajukan masalah sebegini ramai yang lari. mmm...betul la orang kata yer, bila kita susah baru kita tau siapa kawan kita sebenarnya. nak-nak lagi benda yang melibatkan kewangan ini. 

sekurang-kurangnya, be there with your friend, give them moral support dan cuba cari jalan penyelesaian. like my colleague case ni, yes dia memang dah tersilap langkah, so kita perlu la sokong dia. mmm...dia yang tak pernah-pernah bergelak ketawa dengan saya tiba-tiba boleh meluahkan perasaaan dia pada saya. mana kawan-kawan yang selalu bergelak ketawa bersama tue? jangan la tinggalkan sahabat kita waktu dia dalam kesusahan. hidup kita ini macam roda. mungkin hari ini dia perlukan bantuan kita, mana tau esok lusa dia pula yang membantu kita kan?

moral of the story: choose your friend wisely. and of course jangan pinjam dengan along!




Tuesday, April 16, 2013

Perut buncit disebabkan stress??

Ohooooo...sensitip topic ni..hihihi...pagi tadi I was reading the sun and suddenly Ada pasal belly fat. Ok...sedikit rumusan Dari article yang ditulis oleh Jonathan Tan yer...

Lemak degil Akan Bertambah and sentiasa bercambah dalam badan kita especially on your belly! Baru-baru ini Ada research yang mengatakan factor Utama yang menyebabkan perut buncit selain pemakanan adalah stress! OMG!!!! Seriously?

Oh yes...according to the researcher, it caused by the prolonged stress yer. Harap maklum semua yang lemak diperut berfungsi lain Dari lemak ditangan atau paha. Nak tau apa yang lainnya? Ini kerana lemak di perut mempunyai kandungan darah yang Lebih banyak and as well as more stress hormone in it! Unbelievable!

So when we overstressed, the hormone juga Akan meningkat Dan mengakibatkan perut semakin buncit. Kawal la pemakanan macam mana pun, yet it will and stay there..ewwww....

Jadi...avoid stress...how the hell we're gonna avoiding stress? Haihla....orang sekarang ni sentiasa stress...emotionally stress, financially stress, family stress Dan yang sewaktu dengannya...so...we can't avoid stress but yet we have to manage stress ya...agak -agak nak stress tu sila la amik wudu' Dan solat.....lagi afdal kan!

Thursday, April 11, 2013

::Pesanan Buat Suami

Saja nak share untuk renungan Dan peringatan bersama

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Wednesday, April 10, 2013

Jom mengundi

Ok...dah sah PRU 13 will be held on 5/5/2013

So..let's vote people! Let's tentukan siapa Akan menjadi pemimpin kita! Saya mengundi...how bout you guys?


Tuesday, April 9, 2013

Blogwalking

Hi all....

Aduh...kepenatan betul...baru sempat Tarik nafas panjang and dapat update blog. Seriously memang tak sempat betul. Kerja bertimbun-bertimbun di office. So...hari ini nak borak pasal blogwalking.

Sebenarnya, tuan punya blog ini aka saya ...baru saja berjinak-jinak dengan dunia blog. Baru start Lebih kurang dua bulan lepas. When my first entry tue, memang tak ramai la yang baca...Dari sehari ke sehari memang saya selalu update blog, yet tak banyak traffic. Then bila start search, baru tau pasal ping. So...start mem "ping" kan blog di busuk.org. Oh yes traffic memang naik. Tak banyak la adala dalam 20 ker 30 orang sehari.

Then, saya pun rajin-rajin la search here and there, and found one thing which is blogwalking!! Mmm....rupa-rupanya blogwalking ni kegiatan curi trafik yang sah. So...how do I start blogwalking? First thing, kena la Ada chat box like cbox or shout mix Dan yang sewaktu dengannya. Then, tinggalkan jejak Dan URL pada cbox and bagitau la pada tuan blog that you have visited their blog.

Saya pun baru jer start guna cbox ni, and baru seminggu start blogwalking. Alhamdulilah traffic naik dah. Takder la dapat ribu-ribu traffic. Belum Ada rezeki...Dan kena gandakan usaha. Oh by the way, blogwalking yang bagus is, kalau kita click pada tuan blog yang sedang on9, dah tentu dia Akan segera balas kunjungan. Betul tak? Hihihi...opss...kena cabut dulu, nak g meeting pulak. Till next entry then!



Friday, April 5, 2013

15 Nama Paling Pelik Di Dunia

Nama adalah perkara yang paling penting untuk manusia, ia adalah sebagai pengenalan diri kepada seseorang. Dalam Islam kita digalakkan meletakan nama-nama yang menpunyai makna yang baik kepada anak-anak kita. Tapi ada juga orang yang nak letakkan nama-nama yang pelik...apa daa...dah la panjang...berbelit-belit lidah nak menyebutnya....Jom kita tengok nama-nama yang paling pelik kat dunia



1. James Dr No From Russia with Love Goldfinger Thunderball You Only Live Twice On Her Majesty's Secret Service Diamonds Are Forever Live and Let Die The Man with the Golden Gun The Spy Who Loved Me Moonraker For Your Eyes Only Octopussy A View to a Kill The Living Daylights Licence to Kill Golden Eye Tomorrow Never Dies The World Is Not Enough Die Another Day Casino Royale Bond.


Menurut Scotsman, peminat fanatik James Bond ini telah menukar namanya dengan menggabungkan kesemua 21 filem Bond. David Fearn, 23, dari Staffordshire kini dikenali sebagai "James Dr No From Russia With Love Goldfinger Thunderball Anda Hanya Live. [Anda mendapat idea] Bon", nama yang paling panjang dalam sejarah Deed Poll. Mr Bond, dari Walsall, berkata: "Saya ingin menjadi James Bond dan kini saya - ia adalah fantasi muktamad, saya tidak boleh menunggu masa yang pertama ada orang bertanya saya apa nama saya."

2. Brfxxccxxmnpcccclllmmnprxvclmnckssqlbb11116


Brfxxccxxmnpcccclllmmnprxvclmnckssqlbb11116 (disebut "albin") adalah nama yang dicadangkan untuk kanak-kanak Sweden yang dilahirkan pada tahun 1991. Ibu bapa budak lelaki itu yang telah merancang untuk tidak mendaftarkan nama anaknya itu secara sah, sebagai protes kepada undang-undang negara Sweden.
Kerana ibu bapa (Elisabeth Hallin dan Lasse Diding) gagal untuk mendaftarkan nama pada ulang tahun kelima budak itu, mahkamah daerah di Halmstad, selatan Sweden, didenda ibu bapa 5,000 Kronor (AS $ 682 pada masa itu).


3.John Portsmouth Football Club Westwood



John Portsmouth Football Club Westwood (lahir 1963) adalah salah seorang peminat bola sepak yang paling dikenali di England. Semasa di sekolah dia tidak mengikut trend semasa, untuk meminati kelab-kelab besar yang berjaya. Sebaliknya beliau membuat lawatan ke Fratton Park, rumah Portsmouth FC dan mula jadi fanatik.


4.Thursday October Christian


Khamis Oktober Kristian (1790 - 1831) adalah anak pertama Fletcher Kristian (pemimpin pemberontakan di Bounty HMAV) dan isterinya Tahitian Maimiti. Beliau telah diilhamkan pada Tahiti, dan kanak-kanak pertama yang dilahirkan pada Pitcairn selepas pemberontak telah mengambil duit perlindungan di pulau itu. Dilahirkan pada hari Khamis pada bulan Oktober, beliau telah diberikan nama-nama unik kerana Fletcher Kristian mahu anaknya mepunyai nama "no name that will remind me of England".


5.Dick Assman


Dick Assman (1934 -) adalah pemilik stesen petrol Saskatchewan, namanya menjadi status selebriti di seluruh Amerika Utara pada tahun 1995. Assman, yang bekerja di stesen Mall Victoria Petro-Canada Square di Regina, ditemui oleh David Letterman, yang geli hati dengan namanya. Assman telah diperkenalkan pada Julai 24, 1995, di program tv The Late Show with David Letterman. Live field units di Kanada menemubual untuk program mereka. Sepanjang minggu, Assman menerima satu penghormatan muzik dari Tony Orlando, manakala Joe Namath mengisytiharkan dirinya "Ass-maniac".


6.Yahoo Serious


Yahoo Serious (1953 -), asalnya dikenali sebagai Greg Pead (nama-diubah oleh deed poll pada tahun 1980), adalah seorang pelakon dan pengarah filem Australia. Beliau sangat dikenali ramai kerana sebuah komedi tahun 1988, Young Einstein. Beliau juga menerbitkan Reckless Kelly pada tahun 1993 dan Mr. Accident, pada tahun 2000. Serious menulis, mengarah, menerbitkan, dan menbintangi dalam semua filemnya sendiri.
Pada tahun 1988, Yahoo Serious jadi penulis, penerbit dan pengarah kepada, Young Einstein, dimana filem ini dengan sengaja menggambarkan secara tidak tepat Albert Einstein sebagai petani satu muda di Tasmania yang mendapati muzik rock dan surfing, romances Marie Curie, dan mendapat formula E = mc ² sambil cuba untuk menemui satu cara mewujudkan buih bir. Filem ini mendapat sambutan hangat antarabangsa, grossing lebih $ 100 juta di seluruh dunia, dan membawa Serious kepada kemasyhuran.


7. World B. Free


World B. Free (lahir Lloyd Benjamin Free pada 1953) merupakan bekas pemain bola keranjang Amerika profesional yang bermain di NBA dari 1975-1988. Beliau dikenali sebagai "Prince of Midair" serta "All-World". Beliau mendapat namanya semasa beliau di Brooklyn, di mana kawannya yang mengelarkan beliau sebagai "World" kerana lompatan menegak 44-inci dan dunks 360 darjah. Beliau dikenali untuk mengambil pukulan berisiko tinggi dan pemain yang menonjol. Pada 10 Ogos, 2006, Philadelphia 76ers mengumumkan World B. Free akan mengambil alih tugas-tugas tambahan sebagai pengarah pembangunan pemain.

8. Screaming Lord Sutch


David Edward Sutch (10 November 1940 - 16 Jun 1999) adalah ahli muzik Inggeris dan ahli politik yang dikenali juga sebagai Screaming Lord Sutch. Sutch dilahirkan di New End Hos, Hampstead, North West London. Pada tahun-tahun 1960-an, mendapat ilham daripada salah satu bintang rock 'n' rool kegemarannya, Screamin 'Jay Hawkins, beliau menukar namanya kepada Screaming Lord Sutch, 3rd Earl of Harrow. Walaupun hakikat bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kaum bangsawan, undang-undang deed poll England menbenarkan ia. Berikutan kejayaan kerjayanya sebagai tarikan kepada rock 'n' roll awal 60-an, ia menjadi adat untuk akhbar UK dan rakyat untuk merujuk kepada beliau sebagai Screaming Lord Sutch, atau hanya Lord Sutch.


9. Pedro V, King of Portugal: Pedro de Alcântara Maria Fernando Miguel Rafael Gonzaga Xavier João António Leopoldo Vítor Francisco de Assis Júlio Amélio de Saxe-Coburgo-Gotha e Bragança

Pedro V (1837 - 1861) adalah Raja 31 Portugal dan Algarves 1853-1861. Beliau adalah anak pertama Queen Maria II dan Ferdinand II Raja-Consort beliau dan dilahirkan selepas kemangkatan ibunya. Sebagai pewaris takhta, beliau telah digelar sebagai Duke ke-19 Braganza.

10. GoldenPalace.com

Pada tahun 2005,Terri Iligan, 33, menjual namanya di eBay dan menerima tawaran. Dia akan dinamakan "goldenpalace.com" selepas segala proses perundangan selesai. Pemilik kasino membayar $ 15,199 ke atas perkhidmatan lelongan eBay itu. Beliau berkata bahawa dia mendapat idea ketika cuba untuk mencari sumber kewangan bagi menghantar anak-anaknya ke sekolah golf yang selalu dihadiri oleh Tiger Woods.


11. Moon Unit Zappa


Moon Unit Zappa (1967) adalah seorang pelakon dan pemuzik Amerika, anak perempuan kepada Frank Zappa. Frank Zappa mempunyai kegemaran untuk memberi anak-anaknya nama yang luar biasa. Dalam segmen di The Tonight Show, Jay Leno bertanya kepadanya mengapa beliau telah memberikan anak-anak nama-nama ini. Jawapan beliau: "Because I wanted to." Dalam "The Real Frank Zappa Book" dia berkata, "People make a lot of fuss about my kids having such supposedly 'strange names'. But the fact is that no matter what first names I might have given them, it is the last name that is going to get them in trouble.

12. Ten Million


Ten Million (tahun 1889 - 1964) adalah pemain besbol yang bermain untuk banyak pasukan dalam Liga Northwestern pada tahun-tahun sebelum Perang Dunia I. Beliau paling dikenali kerana nama-nama unik, dan bagi kehadirannya dalam siri Obak T212-baseball kad. Walaupun kadang-kadang ada khabar yang menyatakan bahawa Million bermain untuk St Louis Cardinals, infi itu tidak kukuh, rekod kontemporari ini telah pernah dijumpai, dan Million tidak muncul dalam buku mana-mana rekod rasmi Major League baseball."

13. Adolf Lu Hitler Marak


Adolf Lu Hitler R. Marak merupakan seorang ahli politik di negeri Meghalaya, India. Seorang ahli Parti Kongres Nasionalis, dia menteri hutan dan alam sekitar dalam kerajaan EK Mawlong dan Menteri di bawah FA Khonglam. Beliau kehilangan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya Februari 2003.

14. Leone Sextus Denys Oswolf Fraudatifilius Tollemache- Tollemache de Orellana Plantagenet Tollemache-Tollemache

Kapten Leone Sextus tercetuslah Oswolf Fraudatifilius Tollemache-Tollemache de Manuela Plantagenet Tollemache-Tollemache (1884 - 1917) adalah seorang pegawai dalam Angkatan Tentera British yang terkorban semasa Perang Dunia Pertama. salah faham yang biasa ialah bahawa beliau mempunyai nama keluarga yang paling lama Inggeris dalam rekod, atau nama keluarga bahasa Inggeris dengan double-barrelled name.

15. Byron Low Tax Looper


Byron (Low Tax) Looper (Born Byron Anthony Looper on 1964), adalah bekas seorang ahli politik (Republikan), yang kini merupakan salah seorang panel sistem undang-undang diTennessee. Dalam usaha untuk memajukan kerjaya politik beliau, beliau mengubah secara sah nama tengah dari Anthony kepada "(Low Tax)".


So, sanggupkah anda nak letak Nama mcm ni to your child?



Thursday, April 4, 2013

Kalau anda Ada IQ 120 mesti boleh jawab simple quiz ni!

Very simple quiz:

1. 2 + 3 = 10

2. 7 + 2 = 63

3. 6 + 5 = 66

4. 8 + 4 = 96

5. 9 + 7 = ???

Sila jawab...kalau dah jawab komen la...nanti saya bagitau jawapan nyer...ok tak? Hahahaha....




Jawapannya adalah..........


144

6 GOLONGAN WANITA YANG KURANG LAYAK DI JADIKAN SEORANG ISTERI

So gurls out there's asking high price for dowry, tapi berhenti Dan renung sejenak, adakah kita tergolong dalam golongan ini? Adakah bayaran hantaran itu setimpal dengan kita untuk menjadi isteri yang baik? Buat renungan Dan peringatan diri sendiri Dan anda.

1). Al -Anaanah
Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yg diberi semua tak cukup. diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi mobil tak cukup, dll. Selalu ingin memenuhi kehendak nafsu sendiri, tanpa memperhatikan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. apa yg suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2). Al-Manaanah
Suka mengungkit. Kalau suami melakukan hal yg dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. sangat senang membicarakan suami: tak ingat budi, tak bertanggung jawab, tak sayang, dll. Padahal suami sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.

3). Al -Hunaana
Ingin pada suami yg lain atau berkenan kepada lelaki yg lain. sangat suka
membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak ridha dengan suami yangada. (Naudzubillah)

4). Al- Hudaaqah
Suka memaksa. Bila ingin sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman: ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami, dll. Suami dibuat seperti budaknya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5). Al-Hulaaqa
Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai dll hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti shalat berjamaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak, dll.

6). As-Salaaqah
Banyak berbicara, menggosip. Siang malam, pagi petang asik menggosip terus. Apa saja yg suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya.

Zaman sekarang bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telfon, SMS, internet (facebook), BBM dan macam-macam cara yang lain.

Kesimpulan:
Isteri lebih asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan, isteri lebih asik dengan dirinya sendiri.
Demikianlah yang harus kita perhatikan dari 6 golongan wanita yang kurang layak dijadikan isteri.

Semoga bermanfaat saudaraku untuk kaum adam maupun kaum hawa! Peace!


Wednesday, April 3, 2013

4 tanda suami anda curang

Tiba-tiba nak menulis pasal kecurangan or infidelity. Bukan apa rasa-rasanya rata-rata institusi rumahtangga pada zaman sekarang ni senang ajer nak bercerai berai. And of course one of the factor is infidelity. Hari ini sebenarnya saya dikejutkan berita from my friend saying that she's getting divorce! OMG! I am so surprised. As far as I am concern I must say that they are loving couple. When I asked about punca perceraian she simply said, he has other woman! Mmmm...Tarik nafas panjang...

So how to know that your hubby is cheating on you? Siapa yang tak percaya pada suami? Mesti rata-rata kaum isteri Akan jawab, saya percaya suami saya. He will never do that to me. Is that true? Tapi kalau hubby kita dah pandai mula berahsia, dah pandai nak berhiaskan diri depa, and keep looking at hp 24/7 or always sms-ing mesti kita Akan start curiga kan? Ker you gurls still thinks it's normal? Ok let's share symptoms2 ya.

1. Bila hubby mula menjaga penampilan

Okayyy...tak salah yer para suami untuk menjaga penampilan mereka. Seriously tak salah. Even my hubby sentiasa nak look smart masa keluar whether with me or his friend. Tapi kalau dah melebih-lebih mesti Ada something. Normally guys Akan keluar rumah dengan sangat simple. Kadang-kadang perfume pun dia tak pakai, just pakai deodorant jer. Tapi when they start doing something that they don't normally do...jaga-jaga yer! If dulu tak pernah cerewat dengan warna Baju yang isteri pilih, tapi sekarang dah start being picky..,ha...boleh start curiga? Anda tentukan!

2. Change on cellphone habit

Ohhh...this is big one! Memang biasa bila lelaki curang the first thing is handphone Akan sentiasa menjadi peneman mereka. Sometimes Ada yang beli dua handphone, Dan kalau tak pun pakai dua number. Bila para suami ini asyik menilik handphone, SMS-ing, senyum sorang-sorang, pakai password kat hp and mengelak bila wife Tanya siapa yang SMS or call dia..sah la tu!

3. Suami dah kurang beri perhatian

Isteri sentiasa nak bermanja Dan at least spending time with their beloved ones. Betulkan? Kalau dah ajak hubby lepak sama pun dia tak mau, and susah sgt nak jumpa hubby asyik kerja kerja kerja ajer, we should be suspicious ladies!

4. Suami sentiasa keluar rumah

Mmmm...bayangkan tiba-tiba hubby anda selalu keluar outstation? Or selalu Ada alasan like, malam ini nak main futsal, malam ini nak hang out with my friends, balik lambat la didn't wifey suppose to feel odd? Kalau saya memang saya hairan. Takkan asyik nak keluar ajer. Susah nak lekat dekat rumah. Takkan every day main futsal? Takkan everyday nak makan kat luar dengan kawan? Oh yeah..I will feel different and should find what is happening!

So far ini ajerla symptom yang selalu nampak terjadi between hubby and wifey. As a wife pun, kita kena selalu menarik perhatian suami. Jaga penampilan didepan suami. Jangan selekeh-selekeh. For me issue infidelity sangat sensitive. Sekarang ni bukan lelaki ajer yang curang even wife pun melakukan benda yang sama! Minta saya dijauhkan la dengan benda-benda begini..Amin...

Monday, April 1, 2013

Bila migraine datang menyerang!

Seriously..I really hate bila migraine datang singgah on my hard head! My kind of migraine biasanya Akan menyerang sebelah Kiri or kanan kepala. Berdenyut-berdenyut and can be last up to 72hour! Ha yang paling tak suka tu bila migraine ajer mesti rasa mual-mual nak muntah. Selagi tak muntah, selagi tu la sakit kepala. Sometimes mata pun tak bole nak bukak!

Bila jumpa doctor, mesti ayat standard yang Akan doc bagi. Is that because of stress? Are you taking caffeine? Are you smoking? How about your sleep pattern? Semua yang doctor Tanya tu boleh menyebabkan kepada migraine...even kalau oily food boleh menjadi factor migraine okay!

Dalam satu kajian menyatakan yang migraine kebanyakkan dideritai oleh wanita Dan belum dapat dikenalpasti lagi penyebabnya Dan ianya boleh diturunkan. So far, tiada spesifikasi ubat yang boleh menyembuhkan migraine. It's better for you to prevent yourself from migraine instead of mengubat migraine. Once dah kena migraine, aduh....memang sengsara!

Apa jenis lawak pagi isnin ni!

As usual, when Monday comes memang tak suka betul nak masuk office and start buat kerja..nasib pulak dapat hubby yang workaholic, memang kena tazkirah pagi-pagi suruh dtg office...hihihi...open up my inbox and found this! Hope you guys smile and laugh the way I do!


1.Cium Isteri
Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:
Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami :Kenapa?
Isteri :Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang
kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah
mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami :Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?'


2.Bunuh Setan
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.
'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang
betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'.
Kata si suami 'yerr kerr?' Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa..
Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Si suami tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
'takpe...tunggulah malam'.
Esoknya si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang' .
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata
'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ...........
'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'


3..Pak pandir menunjukankan kepandaiannya
Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.
Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas.
Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.
Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
'Bentuk macam taik....' Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
'Lembik...macam taik.'
Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu
taik tu, lepas tu dia berkata,
'Bau macam taik.'
Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut.
Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit....
'MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!'


4.Mamak dapat anak
Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya,
tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira
dan terus datang kepadanya
Ali: Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak: Saya bini juga surat India mari.
Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby! Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali:Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak:Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali: Lerrrrrr.??? ??...kalau 3 tahun tarak balik tu anak siapa? Hahahaha…

5. kisah 2 ekor burung.
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.
Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja,
datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.Ia berkata kepada si penjual burung.
Pembeli :Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu $500, sedangkan yang diam itu $1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa...memang berbeza, yang berharaga $1000 itu ialah pencipta lagunya.


6.Belajar bahasa English
Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan2 di The mall
Gadis:' I'm sorry '
Pelancong:' I'm sorry, too '
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..
Gadis:' I'm sorry. three '
Pelancong: ' What are you sorry for? '
Gadis:'I'm sorry, five '


7.Kek Hari jadi...
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.
'Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini,encik?' tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.

'Mmmm, tulis saja 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas,
kemudian sambung dengan 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah,'kata lelaki itu. Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH'.


8.Anak siapa??
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy :Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah :Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy:Tapi mengapa?
Ayah :(Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu.Tapi, jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy :Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu :Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi :Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu :(Separuh berbisik) Hmmm....Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy :Ha!!??!!


Korang senyum tak? :))

Friday, March 29, 2013

Let's try this awesome picture!

Cuba buat and you all nampak apa agaknya?

Avent sterilizer 3 in 1

Rasanya setiap Friday mesti update pasal shopping...hihihi...ok here my shopping announcement...it's MID YEAR SALE!!...

Hahaha...everyone pun tahukan? Just nak info, for those mother yang nak beli sterilizer avent 3 in 1, parkson Ada buat sale gila-gila! Avent sterilizer 3 in 1 RRP is RM349 and now you can get it at the price of RM269!

Apa guna sterilizer? Sterilizer ini perlu untuk menjaga kebersihan perkakas baby seperti botol susu, puting baby, Dan yang sewaktunya dengannya. Event breast pump pun kena sterilize ok! Penting perkakas ini untuk sterilize everyday untuk mengelakkan pembiakan bacteria Dan menjaga kebersihan. Yer la, botol kan masuk ker mulut baby Dan bila dah masuk mulut, macam-macam boleh jadi, betul? So, apa lagi sementara stok masih Ada, go and grab it mommies!




Thursday, March 28, 2013

14 fakta unik mengenai bahasa inggeris

Petang-petang ni just nak share a bit general info buat semua:

1. Stewardesses adalah kata terpanjang yang dapat ditaip di keyboard hanya dengan menggunakan tangan kiri Anda. Sedangkan untuk tangan kanan, lollipop adalah yang terpanjang.

2. Tidak ada kata dalam bahasa Inggeris yang bersajak/berima dengan month, orange, silver, purple, angst dan scalp.

3. 'Dreamt' adalah satu-satunya kata bahasa Inggeris yang berakhir dengan huruf ‘mt’.

4. Kalimah ayat 'The quick brown fox jumps over the lazy dog' menggunakan setiap huruf yang ada dalam abjad.

5. Kata racecar, kayak dan level dapat dibaca bolak-balik dari kiri ke kanan ataupun dari kanan ke kiri.

6. Hanya ada empat kata dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan suku kata ‘dous’, iaitu: tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous.
v12gether.blogspot.com
7. Ada dua kata dalam bahasa Inggeris yang menggunakan kelima huruf hidup secara berurutan (a, e, i, o, u), iaitu: abstemious dan facetious.

8. Typewriter adalah kata terpanjang yang dapat ditaip menggunakan huruf-huruf yang terdapat pada satu baris keyboard (baris QWERTY).

9. Huruf yang paling sering dipakai dalam bahasa Inggeris adalah huruf ‘e’. Ini merupakan fakta baik dalam penggunaan bahasa Inggeris secara umum, dalam karya fiksyen dan non-fiksyen, jurnalisme, kitab suci dan bahkan kode Morse!

10. Untuk huruf konsonan, huruf yang paling sering dipakai adalah huruf ‘t’.

11. Huruf yang paling sedikit digunakan dalam bahasa Inggeris adalah ‘q’ – bukan ‘z’.

12. Lima huruf yang paling sering muncul sebagai huruf pertama dalam kata bahasa Inggeris – secara berurutan – adalah ‘t’, ‘o’, ‘a’, ‘w’ dan ‘b’.

13. Hampir setengah dari seluruh kata bahasa Inggeris diakhiri oleh huruf ‘e’, ‘t’, ‘d’ dan ‘s’.

14. 'The' adalah kata yang paling sering digunakan dalam bahasa Inggeris. Jika Anda tidak percaya, cubalah berbicara dalam bahasa Inggeris standart yang benar selama 5 minit tanpa menggunakan kata ‘the’.

Happy reading!