Monday, June 3, 2013

buah delima

semua kenal buah delima kan??? tapi suka tak makan buah delima tu? tau tak banyak khasiat yang kita boleh cerna melalui buah delima?

pada wanita yang mengandung khususnya, buah delima sangat bagus diamalkan kerana ianya mengandungi kandungan acid folic semulajadi yang tinggi yang diperlukan untuk membentuk sel-sel otak bayi. selain dari itu, buah delima juga sangat bagus diambil bag ibu mengandung dan menyusukan bayi kerana ianya boleh membekalkan tenaga pada ibu-ibu. 

selain itu, buah delima bagus diamalkan untuk mendapat kulit yang sihat dan cantik, membantu memulihkan penyakit kencing manis, mencegah kanser dan angin ahmar. 

baru-baru ini aisya mendapat selsema dan batuk. memandangkan she's so small, dia tak tau macam mana nak buang kahak. dan alhamdulilah, selepas saya beri jus delima pada aisya, batuk dan kahak semakin berkurangan. so its like kind of natural remedy untuk memulihkan batuk dan kahak. 

tapi bukan senangkan nak cari buah delima ni? kebetulan waktu pergi beli barang-barang basah di cold storage, ternampak buah delima dari south africa, so memang la rose borong membeli. tak makan-makan simpan dalam peti ais sampai la aisya dapat batuk dan selsema, terus buat juice untuk aisya. 

delima, kahak, bayi

cantikkan warna dia? pale pink...

8 comments:

  1. suka makan.. hehe..sumbat penuh dalam mulut

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka yer...baguih la....bagus untuk merawat kulit...

      Delete
  2. Replies
    1. boleh...makan banyak-banyak tau untuk cantikkan kulit...

      Delete
  3. azie suke jugak buah delima manis merah !ermmm...

    ReplyDelete
  4. awok sealu beli yang deme udah buat ayo tuuu.... walopon masam...tapi sedapppp... sedap ade manih nye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo...masam ker airnyer? trak pernah rasa

      Delete