Sunday, June 2, 2013

Bila perempuan bercinta

zaman sekarang ni masih wujud lagi pasangan bercinta yang betul2 mencintai pasangannya tanpa memikirkan  status, kewangan, kedudukan dan sebagainya? masih ada...cuma segelintir ajer...kenapa hari ini nak bercakap pasal cinta dan perempuan? sebab kawan sekolah saya baru sahaja berkongsi cerita mengenai dirinya yang ditipu oleh lelaki yang dicintai. 

okaaayyyy....kind of sensitive topic bila cakap bila perempuan bercinta, mereka sanggup mengorbankan segalanya demi insan yang dicintai....betul? sanggup korbankan duit, masa, ibu bapa dan juga maruah diri..adakah betul disebabkan cinta perempuan menjadi buta mata dan hati? cinta yang melalaikan mereka atau mereka yang taksub dengan cinta?

baru-baru ini kejiranan kami digemparkan apabila ada anak jiran yang membuat percubaan membunuh diri gara-gara ditinggalkan kekasih...Astaghafirullahazim....APA NAK JADI? hanya disebabkan oleh seoarang lelaki maka dengan senangnya buat keputusan untuk bunuh diri? 

berbalik kepada kawan saya tadi, dia ditipu oleh teman lelakinya mengenai duit...aduh...dan banyak kali isu duit ini tersebar disurat khabar. kalau setakat 100,200 masih boleh diterima...ini melibatkan puluhan ribu ringgit...bila saya tanya, kenapa sanggup buat hutang untuk bagi duit pada bf? dia kata, nak tolong sebab aku sayangkan dia...aduh!!! tolongla...saya memang tak percayakan pada lelaki yang senang-senang nak minta duit dekat perempuan yer...lagi-lagi lelaki yang namanya kekasih. 

tolongla...buka mata, buka hati...sebelum mencintai orang lain, kita harus mencintai ALLAH SWT, RASUL, keluarga dan diri sendiri...jangan terlalu mencintai seseorang hingga mengakibatkan diri merana...cukup-cukup la kisah pembuangan anak, ditipu duit menjadi pengajaran kita semua....saya berharap sgt perempuan yang diluar sana untuk bijak menilai cinta!  

12 comments:

  1. bila bercinta kena berpada2 sesama manusia kan?
    jika bercinta kepadaNya barulah sepennuh hati
    nice sharing

    ReplyDelete
  2. ya..setuju..insyaAllah..doakan je yg terbaik..

    ReplyDelete
  3. ya.. kita kena bijak menilai cinta..
    antara cinta sejati ataupom sekadar cinta palsu semata-mata..

    ^_^

    ReplyDelete
  4. salam..nice sharing kak..masa kat kampus dulu ada jugak kawan putus cinta sampai menangis meraung-raung cakap: aku nak mati!

    kenapalah sampai macam tu kan? tak fikir perasaan mak ayah ke bila sebut macam tu. seolah-olah hidup tak bermakna bila tak ada boifren, sedangkan mak ayah dah berkorban macam-macam untuk kita.

    sebelum kahwin dulu, abang long saya yang pendiam pesan pada saya satu perkara: hal duit-duit tanggungjawab orang lelaki, jadi adik jgn bagi sesen pun kalau lelaki mintak. itu nasihat abang sendiri, sedangkan dia sendiri lelaki dan kerjanya pun bukan bergaji bulanan.

    alhmdulillah tak pernah terkena dengan lelaki jahat. dapat jodoh terbaik dan bersyukur sangat-sangat.

    thanks for sharing kak. panjang pulak komen kan heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus nasihat abang you tu...jgn sekali-kali terpedaya dengan pujuk rayu lelaki ini..

      Delete
  5. orang perempuan memang hati senstif n kalau bercinta memang bagi sepnuh harapan/setia gila2..buat apa pun sanggup..sbb tu ada pepatah cinta itu buta..hehe..tapi tak molek sangat kalau kita agungkan cinta palsu sementara ni kalau cinta Dia tak seimbangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. cinta tu memang takder mata so of course buta...manusia yg ada mata dan akal fikiran ini mcm mana pulak? yg penting kita kena cinta pada yang SATU tu dulu...

      Delete
  6. Assalamualaikum.

    Saya pernah ada seorg kawan yg buat percubaan bunuh diri, she did it, dia tunjukkan kesan kelar dipergelangan tgn. Dia juga pernh tunjukkan bbrapa 'simptom' kearah itu.

    Actually, dlm sstgh kes, bukan sebab bercinta itu saja, tpi ada mslh2 sampingan lain. Masalah keluarga misalannya. Sudah la dgn mslh keluarga, psgn pula buat perangai. Memang sakit mcmni. Saya tgk kawan saya pun, saya simpati sgt. Kami tak dpt nak buat apa sgt, mlainkan bagi kata2 smngt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmm...setiap orang ada masalah...tapi bunuh diri is not the answer kan...ntah la...rasa-rasanya orang yang berfikiran singkat ajer akan terfikir ke arah tu...tapi nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab kita tak berada ditempat mereka. the best way, of course give them motivation

      Delete