Sunday, May 5, 2013

spaghetti chicken meatball

hari ini teringin nak makan chicken meatball...dah lama tak masak western food for hubby so...lets cook before mengundi ya...hihihi...

biasanya saya akan masak chicken meatball and the spaghetti sos sendiri...takder beli-beli kat kedai...nak tau resipi tak? mudah ader...

resipi chicken meatball:
isi ayam (suka hati nak cincang sendiri or beli yang dah siap cincang)
bawang merah cincang halus 
bawang putih cincang halus 
mixed herbs 
garam 
lada hitam 

gaulkan semua bahan-bahan diatas dan kepalkan jadi bebola dan gorengkan terus....


ok...dah siap meatball let's cook the spaghetti sauce...bahan-bahannya:-

6 biji tomato (4 serving)
bawang putih
bawang merah 
jintan 
kayu manis 
bunga lawang 
cendawan 
bay leaves
garam
lada hitam 
mixed herbs
gula

cara-caranya:
1.first off kena rebus dulu tomato tue utk buang kulit...so untuk senang buang kulit belah macam tanda X dekat belakang tomato dan rebus untuk 10 minutes sampai kulit terkopak sendiri...
2.lepas dah rebus angkat dan sejukkan lepas tue buang kulit tomato 
3.blender tomato sampai hancur 
4. tumis bawang merah, bawang putih, jintan, kayu manis dan bunga lawang sampai wangi 
5. masukkan tomato yang telah di blend tadi dan rebus sampai pekat 
6. masukkan garam, mixed herbs, bay leaves, lada hitam dan gula 


7. bila dah pekat masukkan chicken meatball, mushroom dan gaulkan sekejap
8. sebelum angkat rasa dulu, kalau tak cukup garam ker gula ker...tambah la
9...and ready to eat...


tadi dah start makan lupa nak snap pic! selamat mencuba spaghetti chicken meatball rose version ya!



7 comments:

  1. yam yam... sedapnya

    ReplyDelete
  2. sedap....licin our luncheon today....

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. boleh la cuba normi...memang sedap...tak masam sgt...sesuai pada yang selera melayu sikit...

      Delete
  4. Salam.

    Resepi ni lah saya paling rajin buat,sebab mudah, cepat, hehehe

    Saya suka guna yg dah siap punya kak..samada yg tomato ataupn carbonara tu,hehee. Tapi tula..kat rumah, sy sorg je pun suka makan western food ni,huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...kalau seorang yang makan memang senang guna yang instant kan? dulu waktu bujang2 memang guna yang instant...senang, mudah dan jimat masa....

      Delete