Friday, May 24, 2013

hand made coklat for wedding gift

sekarang ni memang trend bagi coklat untuk para tetamu kalau dtg majlis perkahwinan. betul tak? sebenarnya dah lama jugak la trend ni start, dari tahun 2010 lagi...kind of outdated kalau saya tulis entri in 2013 kan? tapi sebenarnya, ada orag email dan tanya saya tau tak cara nak buat coklat for wedding gift. erm...saya tau...

dulu waktu saya kawin, teringin jugak nak buat coklat ini...tapi tak larat, sebab nak kena buat banyak dan tak muat peti ais nak simpan beribu-ribu coklat. kalau nak order ajer mahal pulak. dulu waktu saya kawin tu, 3 biji kotak coklat dalam satu bekat biasa tu pun dah RM2.50...botak kepala kalau saya jemput 2000 orang...so saya pun lupakan la angan-angan tu...yet, during my daugther aqiqah, memang buat sendiri coklat as a gift to the guest...

saya kongsikan kat sini yer macam mana nak buat ...

bahan-bahan:
dark coklat/white coklat (sukahati la nak pakai yang mana satu)
garam 
vanilla essence 
acuan coklat - boleh dapat dekat kedai bakeri 
badam * saya potong kecik-kecik

cara-cara:
1. ambil periuk dan isikan air 3/4 dan didihkan 
2. letakkan mangkuk yang tahan panas diatas periuk yang sedang airnya mendidih tu 

macam ini la...pic dari google 

3. masukkan coklat yang dah dipatah-patahkan dalam bowl dan kacau sampai cair 
4. masukkan sedikit garam
5. masukkan vanila essence
6. masukkan badam yang dah dipotong (yg ini optional..xnak pun xper)
7.sila rsa coklat, kalau pahit sgt masukkan gula sedikit. 
8. padam api dan waktu coklat panas-panas tu boleh masukkan terus dalam acuan. 
9. sejukkan dalam masa 1 jam sebelum masukkan dalam peti ais semalaman. 

ini la hasilnya..

kotak nak isi coklat boleh buat sendiri or beli dekat kedai bakeri...kalau beli dekat kedai bakeri, boleh tawar jadi murah kalau beli banyak....

hopefully berguna pada sapa-sapa yang rajin nak buat coklat as gift...

8 comments:

  1. wah nice sharing sis.yup betul tu,best kalau buat sdri dpt jimat kos selain tu terjamin bersih he3...bolehlah try sdri kat rumah utk anak2 makan.hari tu hubby ada gi kursus under lembaga koko kat nilai..uncle dia yang jadi pengerusi utk kursus tu.best jugak kalau boleh buat biz yg penting kena ada aircond kat rumah..katanya.

    ReplyDelete
  2. aircond tu penting sebab nak jaga suhu coklat...rose selalu buat bila time raya....memang cepat licin.

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Akak, trend coklat skrg ni dah merebak..semua event pun boleh kan..saja2 nak bagi pun takpa, buat makan2..

    Tapi tu la dilemanya, kalau untuk event kenduri kendara, mana plak nak menyimpannya.

    ReplyDelete
  4. salam..betul tu lana...so pada yang berkemampuan memang order ajer la kan....

    ReplyDelete
  5. oh..guna double boiling..hehe..saya suka makan coklat yg dah siap..nak buat2 dlu mmg ada rancang nak buat.tapi malas..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha...nama teknik masak choc tu double boiling...seriously whilst writing the entri i completely forgot istilah dia!

      Delete