Monday, May 27, 2013

booksmart vs street smart

agak-agak korang la, which one is better? being a booksmart or street smart? of course everybody want to be both, tapi hakikatnya hanya segelintir sahaja yang ada kualiti tu. dulu saya suka tengok cerita the apprentice USA by Donal trumph tue...really adore him and bill rancic, which was the first apprentice. sampai berangan-angan nak jadi macam dia...hakikatnya? belum lagi...InsyaAllah i'll be there..amin....

kenapa saya tiba-tiba bangkitkan book smart vs stree smart ni? sebab...tak semestinya kepandaian seseorang itu boleh menjadikan dia hebat ketika berkerja. setuju? angkat tangan!!!! saya selalu dipilih untuk menjadi mentor kepada trainee-trainee or new staff dan macam biasa saya mesti interview they all dulu...hihihi....seriously most of the trainees have impressive education achievement, tapi lack of confidence, skills and public knowledge. 

perkara simple, biasa la seorang mentor which is me..(hehehe) bukan selalu ada masa untuk mengajar trainee one by one, step by step. I have high expectation for them to act by their own self ask me or learn from on job training. tapi...most of them akan sit back and chit chatting among themselves!! hellloo!!! very annoying behavior yer....dtg untuk berkerja buat cara untuk berkerja. bila tanya you buat apa hari ini? oh...takder apa-apa...akak nampak busy tak berani nak kacau..i cuma diam tapi dalam kepala dah proses...first : lack of confidence, no initiative made to learn, bad communication skill...and so on and on...ambik kau...

kalau seseorang yang street smart, they will do their job without being ask. mereka akan dtg dan tanya, apa yang mereka boleh bantu.  and mereka rela untuk on job training. sebab OJT la kita akan banyak belajar. disitu nampak kesungguhan seseorang yang mahu belajar, berjaya dan berkerja...

adoi...pada mereka-mereka yang baru grad tu..jgn la jadi book smart sahaja. carry yourself with confidence, equip yourself with knowledge and polish yourself with good communication skill! Malaysia boleh!! eh?? hahhaah...

booksmart

Sunday, May 26, 2013

home made chicken chop

balik dari kenduri kawin my friend, cakap dengan hubby that i'm still hungry...bulat mata dia tgk i...pelik...takkan la tak kenyang makan lauk kenduri kan...tapi memang tak kenyang...makan serba tak kena sebab aisya asyik merengek ajer...last-last i didn't even finish my dish. hehhehe...so my hubby tanya nak makan apa? KFC, MCD secret recipe...then i cakap nak makan chicken chop....hubby dah start mengeluh...that's because dia tau tak ader tempat makanan yang boleh suit with my appetite with regard to chicken chop...tapi lepas tu hubby senyum balik bila dia dengar i cakap i nak masak chicken chop sendiri...lega kot sebab tak payah dengar kompelin i nanti!. hahahaha....

so how do i make my own chicken chop?

bahan-bahan A
Dada ayam sekeping (tiada tulang)
kicap manis satu sudu besar 
kicap masin satu sudu besar 
4 biji bawang putih 
jintan 
lada hitam dikisar 

gaul semua bahan A dan perapkan for one hour atau nak lagi lembut lagi lama la perap...sebab dah lapar satu jam jer perap...

bahan-bahan b (untuk sos)
bawang putih 
bawang merah 
cendawan putih 
tepung gandum dua sudu besar 
lada hitam yang dah di kisar 
kicap manis 
kicap masin 

cara-cara:
1. tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau
2. masukkan cendawan. kalau kering masukkan air sedikit. 
3. masukkan tepung gandum dan masak sampai tepung jadi perang 
4. tutup api dan sejukkan sebelum kisar bahan-bahan yang dah dimasak. 
5. rebus kembali bahan-bahan yang dah dikisar masukkan kicap manis dan masin 
6. masukkan lada hitam dan rebus sampai pekat. 
7. masukkan segala perasa yang ada la, garam ker...rose guna stok ayam so tak pakai garam...
8. bila dah pekat tutup api.

untuk ayam:
ada option untuk grill or goreng...kalau grill panaskan oven 160 dan grill...tapi hari ini rose goreng ajer...lumurkan ayam dengan tepung ayam serbaguna tu and goreng.....

for side dish:
kentang putar: rebus kentang sampai lembut. lenyekkan campur butter, garam and mixed herbs 
untuk sayur-sayur rebus apa yang ada...tapi hari ini guna tomato ajer...

so...ini la hasilnya...



hubby bagi double thumbs up!!!..HOOORAAYYY!!!

Saturday, May 25, 2013

aisya's ommelette

alhamdulilah aisya dah baik dari demam...semalam suhu paling tinggi aisya pernah capai i.e 39.3. doctor terus bagi ubat dari punggung and terpaksa prescribed antibiotic. alhamdulilah pagi ini she's up and has start active as usual...tapi appetite ajer masih tak pulih. tak nak minum susu and mama dia pun dah pening nak bagi makan apa...

so, since she has passed the egg test, terfikir nak bagi makan ommelette...so how to make baby ommelette?

bahan-bahan:
telur 
tomato puree 
isi ayam yang dicarik-carik (dah stim)
bawang holland dipotong dadu 
cheese

cara-caranya:
1. campur semua bahan-bahan dan pukul telur sampai kembang 
2. panaskan kuali dengan olive oil
3. goreng sampai keemasan. 

siap dihidangkan...alhamdulilah dia makan half of the ommelette...


heheehe....the uneven love shape, but my love towards aisya is unconditional love! hahahaha.....

Friday, May 24, 2013

hand made coklat for wedding gift

sekarang ni memang trend bagi coklat untuk para tetamu kalau dtg majlis perkahwinan. betul tak? sebenarnya dah lama jugak la trend ni start, dari tahun 2010 lagi...kind of outdated kalau saya tulis entri in 2013 kan? tapi sebenarnya, ada orag email dan tanya saya tau tak cara nak buat coklat for wedding gift. erm...saya tau...

dulu waktu saya kawin, teringin jugak nak buat coklat ini...tapi tak larat, sebab nak kena buat banyak dan tak muat peti ais nak simpan beribu-ribu coklat. kalau nak order ajer mahal pulak. dulu waktu saya kawin tu, 3 biji kotak coklat dalam satu bekat biasa tu pun dah RM2.50...botak kepala kalau saya jemput 2000 orang...so saya pun lupakan la angan-angan tu...yet, during my daugther aqiqah, memang buat sendiri coklat as a gift to the guest...

saya kongsikan kat sini yer macam mana nak buat ...

bahan-bahan:
dark coklat/white coklat (sukahati la nak pakai yang mana satu)
garam 
vanilla essence 
acuan coklat - boleh dapat dekat kedai bakeri 
badam * saya potong kecik-kecik

cara-cara:
1. ambil periuk dan isikan air 3/4 dan didihkan 
2. letakkan mangkuk yang tahan panas diatas periuk yang sedang airnya mendidih tu 

macam ini la...pic dari google 

3. masukkan coklat yang dah dipatah-patahkan dalam bowl dan kacau sampai cair 
4. masukkan sedikit garam
5. masukkan vanila essence
6. masukkan badam yang dah dipotong (yg ini optional..xnak pun xper)
7.sila rsa coklat, kalau pahit sgt masukkan gula sedikit. 
8. padam api dan waktu coklat panas-panas tu boleh masukkan terus dalam acuan. 
9. sejukkan dalam masa 1 jam sebelum masukkan dalam peti ais semalaman. 

ini la hasilnya..

kotak nak isi coklat boleh buat sendiri or beli dekat kedai bakeri...kalau beli dekat kedai bakeri, boleh tawar jadi murah kalau beli banyak....

hopefully berguna pada sapa-sapa yang rajin nak buat coklat as gift...

Wednesday, May 22, 2013

keow teow ladna

hari ini malas nak masak nasi, so cakap dengan hubby boleh tak kita makan something simple? when he said yes i cakap i nak masak keow teow ladna. terbeliak biji mata...sebab dia tak pernah makan. hahahah...

senang ajer...actually saya pun tak tau buat, tapi tiba-tba tekak teringin nak makan, so mengoogle la apa yang patut and found the resipi. 

bahan-bahan:
ayam 
udang
sotong 
kobis bunga 
lobak merah 
bawang putih 
bawang merah 
halia
cili merah 
cili padi 
lada hitam 
tepung jagung 
keow teow. 
sos tiram 

cara-cara:

1. panaskan kuali dan tumis bawang putih, bawang merah, halia, cili merah, cili padi sampai naik bau. 
2. dah agak layu, masukkan ayam dan sotong dan masak sampai separuh masak. 
3. dah agak-agak masak, masukkan sos tiram, dan masakkan sekejap. 
4. masukkan air dan biarkan mendidih
5. dah mendidih masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap. 
6. masukkan garam, gula, dan lada hitam 
7. masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
8. dah agak-agak pekat, siap untuk dihidangkan dengan keow teow. 


yummy...jom makan!

Tuesday, May 21, 2013

zikir untuk kita semua

this is my favorite zikir. sentiasa istighfar dalam sedih, gembira dan kadang-kadang ketika mula nak meninggi diri. 

Astaghfirullah rabbal baraya 
Astaghfirullah minal khothoya
Rabbi zidni ilman nafia
Wawaffiqli amalan maqbula 
Wa habli rizqan wa-sia 
Watub alaina taubatan nasuha
Wa li hada sirri aduwu
Fi sarri wa azari
Al abdun shorafahli
Dimna faqri wabtirari
Walkafani ilmu rabi
Wilsuali wahtiari 
Ya ilahi wa la ziki
Anta ta'lam kaifa haali

aisya and mama demam!

hari ini dapat mc lagi! aduih...dah la kerja bertimbun dekat office tu...tapi nak buat mcm mana..kalau saya jer yang demam boleh la tetap dtg kerja, tapi bila anak pun dah demam...kena la mama cuti...

sepenting-penting pekerjaan, saya tetap nak pentingkan keluarga. bila anak demam atau sakit mesti saya atau hubby amik cuti jaga anak! we all bukan seperti parents yang boleh tinggalkan anak even though baby tak sihat. ada segelintir parents yang boleh buat macam tu, tapi not us! 

me and hubby akan bergilir-gilir cuti. this time around since mama pun sakit sekali, mama jer la yang cuti one shot! menjaga budak yang sakit memang memerlukan kesabaran yang tinggi. mereka tak boleh bercakap, so they can express their feelings through crying. so kena tahan la..tahap kesabaran kena berada pada tahap yang paling tinggi. 

pesan doktor saya tadi, kena selalu mandikan anak, ambil kain basah dan sapukan pada badan anak untuk turunkan suhu badan. actually, saya sepatutnya tak boleh terlalu dekat dengan anak sebab demam boleh berjangkit pada baby! oh??? baru saya tahu hari ini.....

ini la gambar budak yang demam tue...tapi waktu ni majlis cukur jambul dia...
Aisya Batrisya




Sunday, May 19, 2013

kenangan disekolah

dulu bila waktu sekolah, tak sabar-sabar saya nak habis belajar sebab nak kerja. boleh pegang duit sendiri, shopping. waktu tu yang ada difikiran is nak cepat-cepat habis belajar. memang agak pelik la bila tanya cikgu-cikgu pengalaman apa yang paling best, most of the teachers akan kata kenangan paling best was waktu belajar. and now i understood what they meant. 

sesungguhnya sekarang saya memang merindukan zaman persekolahan. bukan zaman belajar dekat U, tapi zaman sekolah menengah especially waktu tingkatan 5...my gosh it was the best year in my life! even saya sentiasa tiada di sekolah sebab menyertai macam-macam pertandingan, tapi still i cherished every moment. 

kenangan yang paling tak boleh lupa is 11/4/2001 yang mana waktu tu ada sambutan hari jadi. biasa la, birthday party bukan potong cake, tapi birthday boy/gurl should be prepared themselves sebab kami akan baling tepung and telur! lepas loceng terakhir berbunyi, apa lagi let's the party started babe! tengah seronok berkejar-kejar baling tepung and telur, kami kena kejar dengan cikgu disiplin! terkejut beruk! 

berlari satu sekolah nak selamatkan diri. esok pagi bila dtg sekolah, memang takut la. takut kena denda. then..after assembly, the whole class kena tunggu dan apa lagi, kena denda la...tapi i salute budak-budak lelaki class kami, because they all nak responsible sepenuhnya diatas kesalahan tu even budak perempuan pun join sekali. so...budak perempuan cuma kena jemur, tapi the guys kena sebat dekat punggung! 

haaa...after that, kami kena basuh class sebab class dah berbau telur. guru kelas kami memang malu la sebab class kami memang class bermasalah! even though all of us top student (class first) tapi memang ada attitude problem! cikgu sains waktu tu sampai kata, dia sangat bimbang dengan kami, sebab nak amik SPM but yet we all macam tak nak periksa ajer...hahahah..

since kena denda tu, kami insaf sedikit la...so waktu 16/5/2001 we all ambil kesempatan untuk menyanyi for the teachers sambil mohon maaf! and persembahan we all memang top! hahahahaa.....waktu SPM tu, alhamdulilah kami semua cemerlang with the result 7 to 9 a's...so siapa kata budak class top tu nerd? we all dipanggil setan sekolah! tapi we all tetap cemerlang dalam pelajaran. ALHAMDULILAH.....

hubungan kami memang rapat. sekarang ni kalau ada kenduri kendara, wajib hadir! sebab itu tempat paling senang buat reunion! hahahah...to 5 bakti 2001 students..i miss u guys so much! jumpa 1/6/2013 nanti ok!

mee hailam

dah lama tak update pasal food kan???? so hari ini our brunch request by mr hubby is mee hailam. adoi!!! tak pernah masak la...apa lagi, seperti biasa, rujuk pada mr google, sahabat setia saya!. so nasib baik bahan-bahan nak masak mee hailam dah ada stok. so...senang ajer la...percubaan pertama saya ni...main campak-campak ajer..nak tau macam mana? jom tgk resipi di bawah!

bahan-bahan:
udang 
sotong 
ayam 
bebola ayam 
fish cat 
sayur sawi 
kobis bunga 
carrot 
lobak merah 
tomato 
halia 
bawang putih 
bawang merah 
lada hitam 
kicap manis 
kicap masin 
oyster sauce
cili kering yang dah dikisar
tepung jagung. 
mee kuning 

panjang kan senarai bahan-bahannyer..memang pun...



tu dia...nampak sedap ajer sayur-sayur tue....

so macam mana nak masak pulak?

1. tumis bawang merah, bawang putih, halia sampai naik bau. 
2. masukkan cili kisar dan tumis sampai masak. 
3. masukkan ayam, udang dan sotong. 
4. bila ayam, udang, dan sotong dah almost masak, masukkan kicap manis, kicap masin dan oyster sauce. 
5. masukkan air 
6. masukkan garam, gula dan biar sampai mendidih. 
7. akhir sekali, masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah. 
8. rebus mee kuning, dan masukkan kuah dan mee and...

siap untuk dimakan...tadaaaa.




siap cakap dengan hubby, sorry kalau rasa tak sedap mcam mak dia selalu masak... so apa komen encik hubby? ok...SEDAPPPP! yahooo!!!!

Saturday, May 18, 2013

sabtu berdarah

hari ini memang sabtu berdarah untuk saya. might be because of the weather is too hot today, hidung saya berdarah non stop for about 20 minutes! haik....nak bangun dan duduk pun susah. punya la letak air sejuk, letak ais still bleeding non stop. last-last sumbat hidung dengan tisu. ada la dekat 10 minutes baru totally berhenti berdarah. dari kecik memang ada masalah hidung berdarah ni. banyak kali dah jumpa doktor, dan doktor beranggapan hidung berdarah ni biasa, mungkin sebab hembus hidung kuat sangat, or mempunyai hidung yang sensitif. 

petang tadi pula, lepas beli-belah barang basah untuk masakan biasanya saya akan terus siang udang, sotong , ayam. tengah-tengah sibuk siang ayam, tersiang tangan sendiri...dah berdarah pulak tangan. nasib baik darah tak jatuh atas makanan yang sedang masak, kalau tak ada yang jadi raja bersiung pulakkan? hahaaa...

so sabtu ni, memang sabtu berdarah la buat saya...adoi...pening hari ini banyak sgt tengok darah!




kawan selamanya vs kawan waktu gembira

selalu saya dengar orang berkata, kawan dimasa senang, senang nak cari, tapi kawan dimasa susah, hanya segelintir ajer. mesti you all pun pernah dengar kan? 

baru-baru ini tergempar diofis saya, salah seorang kawan pejabat mempunyai hutang dengan along sebanyak RM100 ribu. Besar tu jumlahnya, dan kawan saya ini dah tak boleh nak buat pembayaran. tau ajer la sistem along tu macam mana, sebulan interest rate boleh jadi 20%! memang gila betul!. 

jadi kawan office saya ini perlukan bantuan dari segi kewangan la. Dia ada 10 orang kawan yang memang geng kamceng la..tapi bila diajukan masalah sebegini ramai yang lari. mmm...betul la orang kata yer, bila kita susah baru kita tau siapa kawan kita sebenarnya. nak-nak lagi benda yang melibatkan kewangan ini. 

sekurang-kurangnya, be there with your friend, give them moral support dan cuba cari jalan penyelesaian. like my colleague case ni, yes dia memang dah tersilap langkah, so kita perlu la sokong dia. mmm...dia yang tak pernah-pernah bergelak ketawa dengan saya tiba-tiba boleh meluahkan perasaaan dia pada saya. mana kawan-kawan yang selalu bergelak ketawa bersama tue? jangan la tinggalkan sahabat kita waktu dia dalam kesusahan. hidup kita ini macam roda. mungkin hari ini dia perlukan bantuan kita, mana tau esok lusa dia pula yang membantu kita kan?

moral of the story: choose your friend wisely. and of course jangan pinjam dengan along!




Tuesday, May 14, 2013

durian belanda vs kanser

hari ini sempat berborak dengan one of my friend and tiba-tiba dia timbulkan isu khasiat durian belanda yang dikatakan boleh menyembuhkan cancer. pernah dengar tak?

so saya pun sibuk mengoogle here and there and found out that durian belanda ini kaya dengan khasiat acetogenin yang dapat membantu membunuh sel-sel kanser secara semulajadi. kebaikan durian belanda ini juga sangat banyak yang mana buah ini juga berfungi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi dan banyak lagi.

banyak rupanya khasiat durian belanda ini. tapi bukan senangkan nak dapat durian belanda kat sini. kalau ada pun, jus durian belanda yang dah ditambah segala macam chemical. agak-agaknya boleh hidup tak pokok durian belanda ini kalau saya cuba tanam dekat KL ini? haaa.haha...something to ponder!


Sunday, May 12, 2013

Hari Ibu Sedunia

to all mothers' out there..

happy mother's day


to my mum:

thanks for being my mother even though:

you always scolded me when i do wrong

you always nagged at me when i misbehaved

but 

you are the one who will wait for me when i was sick 

you are the one who will soothed me should i upset with my education result 

you are the one who will pray for me when i'm taking my exam and pray for my success

you are the one who cooked my favorite dish when i wish 

you always be by my side should i needed you.

i love you ma!


my mum with her granddaughter 

Wednesday, May 8, 2013

aisya's tea time food

saya suka mempelbagaikan permakanan untuk anak saya i.e aisya...boring la kalau nak masak makanan yang sama jer...kadang-kadang setiap pagi duduk termenung depan fridge dan fikir nak masak apa untuk aisya hari ini...selalu aisya akan makan bubur nasi + labu + kurma...since saya tak sempat nak masak untuk tea time saya sentiasa bekalkan fruits like kiwi, pisang dan sebagainya..

so petang ni ada masa sikit saya masakkan aisya lempeng...back to malay's food la...hari tue dah makan dim sum kan...so today makan lempeng...and people...she loves it! baru la truly malay makan lempeng!

bahan-bahan:
tepung gandum
sedikit tepung ubi kayu 
labu yang distim dan diblender 
kurma yang distim dan blender 
air panas 
minyak zaitun 

cara-cara:
1. campurkan semua bahan-bahan diatas 
2. panaskan kuali dengan minyak zaitun
3. goreng sampai warna gold
4. siap dihidangkan


jangan hidangkan dengan air teh bagi baby sudah!...sedap tau...boleh la anda cuba!!

bila saya sakit

hari ini dapat MC!!! dah dua minggu tulang belakang rasa berdenyut-denyut..ingatkan lepas makan calcium boleh la hilang...alih-alih makin sakit la tulang belakang ni...kebetulan pulak dapat diarhea aduh..bangun pagi memang tak larat la nak g office...

around 10 am pergi la klinik...nasib tak ramai orang...sampai-sampai memang saya sorang ajer patient...lega tak payah tunggu lama....lepas jumpa doctor..amik kau macam-macam advise dia bagi...ur blood pressure ni  tinggi! muda-muda lagi ni..kena jaga pemakanan...ker you selalu stress?? ni tekak pun merah ni...bibir kering..kena banyak minum air..etc etc...penat dengar doctor bagi advise!

lepas tu bila dapat ubat, terkejut!! ada 7 jenis ubat kena telan...adoi!!!!nasib badan...so today nak rest puas-puas sebelum sambung stress esok...hiya!!!

selamat dah telan ubat -ubat ni...tengah mengantuk sgt.....jom tido!

Monday, May 6, 2013

review orang besi @ iron man 3

cerita iron man ni memang me and hubby follow from the first until the third installment...seriously untuk yang no 3 ni we all sampai terpaksa amik cuti nak tengok cerita ni...maklumla...dah ada anak kan, susah la sikit...dah la anak MOTHER IN LAW yang jaga...even though she's sporting enough nak jaga anak sabtu or ahad, tapi tak sedap la kan...takkan nak kata...mak tolong jaga aisya sekejap, rose nak g dating ngan farid! ha...sanggup ker nak kata macam tu dekat mother in law? i tak sanggup you....

so we all amik half day, so tak la rasa bersalah sangatkan...hihihi...and watch it at the gardens...seriously i paling suka this third installment of the iron man...you know why? this reminds me to look back that all the faulty that we have done, whether it was deliberate or inadvertent kadang kadang ianya boleh menyebabkan orang lain timbul dendam pada kita...and in this case they motivated to take revenge on him!

so ...seriously i like this installment, which shows more humanity sense, vulnerability of the iron man..baru nampak that he also is an ordinary man behind the mask! overall, i really enjoy this movie...tapi not to my hubby! he said, it's not like what he expects and the second movie is far more better than the third man..lol!! 

well, of course setiap orang ada perspective masing masing kan...so how about you guys? dah tgk this movie? it's totally worth your money and time!




dim sum with love

semalam masak western food for hubby and me...so today masak another favorite dish of mine which is DIM SUM!. tapi ini masak untuk our tea time...my hubby tak suka makan dim sum...tapi takper...nak ajar aisya makan dim sum...

so i made two version of dim sum today, one for myself and the other for my daughter...what's the difference? of course intinyer la....since aisya tak makan garam and all ...so i twist sikit the recipi...here we go:

resipi kulit dim sum:
tepung atta
tepung ubi kayu 
tepung gandum 
air panas *kalau untuk yang dewasa campur garam sikit 
olive oil 

cara-cara:
1. gaulkan ketiga-tiga tepung
2.masukkan air sikit sikit to ensure yang tak terlebih air 
3. uli sampai jadi doh
4. dah jadi doh letak sikit olive oil

** a little bit twist of recipi untuk baby- stim labu dan masukkan labu yang dah diblender dalam campuran doh..bukan apa untuk ensure baby dapat khasiat jugak makan kulit dim sum tue...


ini la kulit doh yang saya campurkan labu untuk aisya...since malas nak buat doh lain saya pun sapu jer doh ini for my dim sum...hihihih...

recipe inti dim sum:-
ayam 
udang* baby tak boleh
cendawan
garam
lada sulah 
mixed herbs 

cara-cara:
1. campurkan semua bahan-bahan diatas dan stim sekejap...note: untuk baby instead jangan la guna garam yer...saya gantikan dengan puree kurma 
2. lepas dah siap inti dan kulit dim sum...apa lagi...lenyekkan kulit dim sum dah masukkan inti ditengah-tengah dan buat bentuk bulat....
3. lepas tu kukus for about 15- 20 minutes* saya guna teknik kukus chawanmushi...yang mana lepas letak dim sum cover dengan kain sebelum tutup pengukus...
4. angkat dan sedia untuk dimakan...yum yum...


gambar tak comel...tapi yang penting sedap....

tapi kalau nak betul-betul sedap pergi dekat pan pacific la...memang dim sum yang terbaik saya pernah rasa!!

Sunday, May 5, 2013

spaghetti chicken meatball

hari ini teringin nak makan chicken meatball...dah lama tak masak western food for hubby so...lets cook before mengundi ya...hihihi...

biasanya saya akan masak chicken meatball and the spaghetti sos sendiri...takder beli-beli kat kedai...nak tau resipi tak? mudah ader...

resipi chicken meatball:
isi ayam (suka hati nak cincang sendiri or beli yang dah siap cincang)
bawang merah cincang halus 
bawang putih cincang halus 
mixed herbs 
garam 
lada hitam 

gaulkan semua bahan-bahan diatas dan kepalkan jadi bebola dan gorengkan terus....


ok...dah siap meatball let's cook the spaghetti sauce...bahan-bahannya:-

6 biji tomato (4 serving)
bawang putih
bawang merah 
jintan 
kayu manis 
bunga lawang 
cendawan 
bay leaves
garam
lada hitam 
mixed herbs
gula

cara-caranya:
1.first off kena rebus dulu tomato tue utk buang kulit...so untuk senang buang kulit belah macam tanda X dekat belakang tomato dan rebus untuk 10 minutes sampai kulit terkopak sendiri...
2.lepas dah rebus angkat dan sejukkan lepas tue buang kulit tomato 
3.blender tomato sampai hancur 
4. tumis bawang merah, bawang putih, jintan, kayu manis dan bunga lawang sampai wangi 
5. masukkan tomato yang telah di blend tadi dan rebus sampai pekat 
6. masukkan garam, mixed herbs, bay leaves, lada hitam dan gula 


7. bila dah pekat masukkan chicken meatball, mushroom dan gaulkan sekejap
8. sebelum angkat rasa dulu, kalau tak cukup garam ker gula ker...tambah la
9...and ready to eat...


tadi dah start makan lupa nak snap pic! selamat mencuba spaghetti chicken meatball rose version ya!



Saturday, May 4, 2013

adab percakapan perempuan

semalam having pillow talk with husband berkenaan suara dan cara percakapan seseorang perempuan. Terkejut jugak tiba-tiba husband saya bertanya, macam mana cara saya bercakap dengan lelaki lain dalam telefon. mmmm...terkejut sekejap saya pun jawab, macam biasa la...takder yang luar biasa...sambil tersenyum penuh rahsia dia tiba-tiba bagitau yang cara saya bercakap boleh menyebabkan lelaki tertarik untuk bercakap dengan lebih lama dengan saya..eh??? blur sekejap..


setahu saya la..tak pernah pun saya melebih-lebih melayan lelaki...bila tengok reaksi saya macam lain macam terus husband saya cakap, cara saya tu sebenarnya dah biasa dengan saya tapi bagi seorang lelaki yang sahihnya dan lumrahnya suka diberi perhatian akan rasa yang saya friendly and love to talk to me. oooo...baru paham....dan terus tak jadi nak merajuk...hihhihi..

memang diakui yang saya cepat mesra dengan sesiapa pun..even when i have conversation with my client, kadang-kadang tu agak friendly. memang pernah pada satu masa ada seorang client ni suka sangat call i everyday nak bercakap, kadang-kadang we even talked about our daily life. saya dah anggap dia macam kawan la..mana tau rupa-rupanya encik client tu terminat pulak dengan saya sebab katanya saya senang untuk diajak berborak...haihh...

so husband saya cakap, kalau boleh keep it minimum when i have conversation with guys and my tone pun tak boleh terlalu lembut...takut lelaki akan tersuka dengan cara percakapan tu...ok boss..noted! ha lepas tu dia siap gurau, jangan pulak cakap macam gangster! hahahaah...

another peringatan dari en hubby yang saya akan ingat dan nak kongsi dengan you all semua...ingat tu...kadang-kadang cara percakapan yang lembut pun boleh menyebabkan seseorang lelaki terjatuh suka kat seseorang perempuan tue....dosa tue!

till next entry then!!!