semalam selepas berborak dengan group ex-classmate timbul satu persoalan apa itu autisme? seorang daripada kawan kelas saya mempunyai anak yang ddidiagnose sebagai autisme. persoalan nyer apa itu autisme? macam mana boleh terjadi? apa petunjuk yang menunjukkan anak kita menghidap autisme?
autisme ini sebenarnya gangguan tumbesaran terhadap kanak-kanak yang boleh memberi kesan terhadap perkembangan pemikiran anak-anak. tiada sebab tertentu atau kajian yang boleh mengesahkan kenapa autisme ini terjadi. TETAPI...lewat kala ini, austime ini sering terjadi terhadap kanak-kanak di Malaysia. statistic menunjukkan 4 kanak-kanak dari 1000 orang boleh menghidap autisme ini...kajian klinikal memang tiada sebarang bukti kukuh mengatakan adakah austime ini terjadi kerana pemakanan ibu ketika mengandung ataupun factor genetic.
jadi..macam mana tanda-tanda anak yang menghidap autisme?
autisme ini ada yang mild dan ada juga yang kritikal. ianya boleh diketahui seawal usia bayi 6 bulan sehingga 18 bulan..diantara tanda-tanda autisme:-
Komunikasi
Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur
Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan.
Kurang cerdas semasa bermain
Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain
Tindak balas social
Hilang tumpuan dan kurang mimik muka
Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain
Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain
Suka bermain sendirian
Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti
Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala
Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan
Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran
Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.
Komplikasi
Seseorang yang menghidap autism akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-masing.
Peringkat awal kanak-kanak – Hiperaktif, panas baran
Peringkat akhir kanak-kanak - suka menyerang, mencederakan diri sendiri
Peringkat remaja dan dewasa – kemurungan dan epilepsi
Rawatan
Terapi pertuturan dan bahasa
Untuk memperbaiki komunikasi di kalangan kanak-kanak
Cara pulih kerja ( occupational therapy )
untuk menambahbaikkan kemahiran kemasyarakatan seperti : eye contact, Pemerhatian dan tumpuan serta membantu kanak-kanak menjalankan aktiviti harian.
berbagai rangsangan pancaindera / deria
Pencegahan tingkah laku ( behaviour intervention )
Untuk menurunkan panas baran dan tingkah laku yang ganas
anak-anak yang didapati menghidap austime ini memerlukan pendidikan khas:-
Pendidikan khas
kanak-kanak autistic perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran supaya keperluan pendidikan mereka dapat diberi. Borang pendaftaran boleh diperoleh di Jabatan Pendidikan atau di sekolah. Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan yang dapat memberikan pendidikan kepada kanak-kanak autism seperti National Autistic Society of Malaysia ( NASOM )
saya harap ramai lagi ibu-bapa yang akan lebih prihatin terhadap perkembangan tumbesaran anak kita ..jangan menyalahkan satu sama lain sekiranya anak kita dihidapi penyakit ini...redha la dengan ketentuanNYA dan kita ada lah insan-insan terpilih yang diuji oleh ALLAH SWT untuk menjaga anak ini..sekian info dari saya...hope its good info to all parents out there..