Monday, July 22, 2013

hidup aman tanpa hutang

Best tak tajuk kat atas tu? Siapa setuju sila angkat tangan!!! Tiba-tiba rose terasa nak menulis mengenai isu ini bila semalam kami sekeluarga keluar untuk window shopping. Mcm biasa la..perkara wajib, kami mesti akan singgah ke kedai barangan baby..sedang sibuk memilih..tiba-tiba saya terdengar satu conversation between hubby-wife. 

Si isteri yang sarat mengandung sibuk memilih pakaian dan peralatan baby...dan sisuami sekali-sekala menegur...satu ayat suami yg membuatkan saya menulis entry ini ialah: sayang...beli ikut kemampuan kita...ambil yg perlu saja...tak larat abang nak bayar nanti..dan jawapan isteri ialah..la..pakai la kredit card tu...

Bila mendengar jawapan si isteri...saya menarik nafas panjang...it was so easy ti spend virtual money..tapi payah untuk kita membayarnya...seriously. .credir card bagi saya ialah along versi sah...nak tau kenapa? The interest rate is 18% annually...yang dah lama pakai credir card with good repayment track record akan dpt discount sampai 16.5%..interest rate tu tinggi!!! Cuba bayangkan kalau pakai 3000 with the interest rate of 18%...berapa kena bayar pokok dan bunga? Kalau bayar secara lump sum..ok la jugak..kalau byr minimum payment every month?? Bila nak habis byr??

Moto hidup saya...berbelanja bila perlu dan bila ada duit...cash rich is much more better dari debt rich...betul? Kalau nak pakai mewah2 saya akan beli bila ada duit atau cukup simpanan...saya dan suami selalu membuat target...contohnya...saya berkehendakan jam tangan tissot...saya akan membuat jadual target untuk membuat simpanan dan bila saya boleh membeli jam tersebut. Secara ringkasnya..takder duit..jgn beli. Jangan berhutang atau buat easy payment. .

Well...bagi saya hidup saya bebas tanpa unnecessary debt...klu berhutang rumah atau kereta tu..masih boleh diterima..tapi berhutang semata-mata untuk hidup mewah??? Sangat tidak sesuai...apa pendapat anda?

11 comments:

  1. Yes setuju sangat! Sy pun x suka nak bergaya mewah tapi hutang keliling pinggang. Klu mampu beli & kalau xmampu jgn pulak buat2 mampu, xtertanggung nanti. Sy pun x minat k guna kredit card, takut terlebih belanja. Cukup bln parah nak membaya hutang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu hunny...waktu swipe card senyum lebarkan...bila dpt penyata hujung bulan..dahi pulak berkerut

      Delete
  2. betul betul betul.. man antara orang yang hampir bankrupt angkara guna kad berlebihan.. man punya kad ada 8.. hahahahaha.. terpaksa usaha keras nak selesaikan semuanya terutama bila bank hadkan cuma boleh pakai 2 kad sahaja... tersenyum sendiri bila teringat saat hutang keliling pinggang.. serik.. cukup serik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belajar dari kesilapan kan azman...waktu guna memang serinok...tapi bila nak byr..payah kemain...

      Delete
  3. mama memang takde kredit card. cash je, tu pun disekat.. hihi
    pening hari-hari ingat hutang jer..

    ReplyDelete
  4. setuju sangat dengan pendapat rose.. aiza pernah mendaftar credit card dulu, tapi tak pernah guna pun.. akhirnya sebelum cukup setahun terus terminate je.. aiza lebih selesa gunakan debit card atau tunai je.. beli ikut kemampuan kita, bukan ikut hati.. ukurlah baju di badan sendiri..
    p.s:aiza mengisi angpau raya rose.. :D

    ReplyDelete
  5. setuju rose..kalo bule krole nak angkat tangan dan kaki terus hahaha~ em begitula kalau berumah tangga ni..bab shopping slalunya isteri terlampau excited so selalunya suami yang akan menegur...tp bab menyimpan duit rumah ni..semestinya isteri yang terbaik

    ReplyDelete
  6. xpernah ada kredit kad...xreti

    isi tabung raya klik save22

    ReplyDelete
  7. Aida yang tak guna credit card ni pun dah banyak hutang. Apa lagi kalau bukan hutang PTPTN. Hehe~ Kalau boleh tak mahu la guna credit card. Cukup la dengan debit card yang ada ni..

    ReplyDelete
  8. Sy sudah terjebak dalam kancah kad kredit dan skrg sedang membetulkan kesilapan.

    1st credit card : sy ambil kerana Kerani Kewangan tidak mahu sediakan L.O. untuk tempahan hotel dan pernah sy dan driver tidor di tepi lebuhraya dlm kenderaan jabatan. Pabila agen kad kredit dtg pejabat sy pun terpengaruh dgn kata-kata hikmahnya "kalu sesak hendak pinjam dgn siapa?"

    2nd credit card : Sy diarahkan ut menghadiri program KIK sedang dlm poket hanya RM5. Terpaksalah sy gunakan kad kredit yg sy tidak minta dan sy tidak usik yg dipos oleh bank ke rumah sy tahun sebelumnya.

    3rd credit card : sy menolong bayarkan ansuran kereta kawan yg keretanya akan ditarik. Disebabkan kebaikan sy itu, sy tiada duit utk beli petrol & terpaksa jual kertas terpakai. Akhirnya sy telefon bank yg ketiga utk menghantar kad kredit dgn segera.

    1st credit card : telah selesai kerana pihak bank tidak menghantar kad baru bagi menggantikan kad yg luput tarikhnya.

    2nd credit card : sy selesaikan sekaligus apabila kawan sy minta sy keluarkan wang melalui kad kredit dan beri dia pinjam duit. Takde kerja sy nak tolong orang dah, Cukuplah sy ikat perut jual kertas terpakai & apply kad kredit baru gara2 menolong kawan.

    Nota : Bukanlah penyelesaian yg membanggakan kerana kerana sy berhutang RM20K (tapi bukan kad kredit) dan menggunakan sebahagiannya utk menutup lubang ini.

    3rd kad kredit : Insya Allah akan selesai bulan hadapan dibayar sekaligus. Hutang sy skrg kurang drpd RM1,000 dan mengikut pengiraan sy, sy akan mendapat pelarasan gaji kasar sekitar RM11,0000

    Nota : Juga bukan penyelesaian yg membanggakan kerana 3/4 daripada hutang adalah dibayar dgn hutang RM20K seperti 2nd credti card.

    Kawan sy tidak tahu sy telah menyelesaikan hutang 2 keping kad kredit & sy selalu menggunakan alasan kad kredit itu apabila beliau ingin meminjam wang drpd sy. Skrg kawan sy sedang mendesak sy utk berhutang dgn Ah Long utk menutup hutang kad kredit. Sy dah sound dia cakap, dinding bilik sy skrg ni elok2 warna kuning kang bertukar jadi merah pulak !!!

    Sy tahu tujuan dia :- Dia mengharapkan sy akan hutang ah long 8x gaji dan tutup kad kredit dan bakinya dia hendak pinjam drpd sy. Banyak Cantik !!!

    Kalu dia mendesak lagi sy akan jawap, kalu sy gagal bayar hutang ah long sy hendak mengadu dgn siapa?? Kalu sy gagal bayar kad kredit, sy boleh jugak mengadu dengan AKPK.

    ReplyDelete
  9. Sy sudah terjebak dalam kancah kad kredit dan skrg sedang membetulkan kesilapan.