Wednesday, July 24, 2013

demam panas

Demam...rasanya ini kali kedua saya demam within 2 weeks. Tadi pergi klinik dengan hajat nak ambil ubat jer...tapi nurse tak kasi sebab tgk muka pucat sgt..rupa-rupanya saya demam panas up to 39.8 degree...erkkkk.....

Dpt mc esok...and doctor minta dtg check temperature lagi esok...klu masih tinggi kena refer hospital...tak mahu!!!!



Ini waktu sihat....

Monday, July 22, 2013

hidup aman tanpa hutang

Best tak tajuk kat atas tu? Siapa setuju sila angkat tangan!!! Tiba-tiba rose terasa nak menulis mengenai isu ini bila semalam kami sekeluarga keluar untuk window shopping. Mcm biasa la..perkara wajib, kami mesti akan singgah ke kedai barangan baby..sedang sibuk memilih..tiba-tiba saya terdengar satu conversation between hubby-wife. 

Si isteri yang sarat mengandung sibuk memilih pakaian dan peralatan baby...dan sisuami sekali-sekala menegur...satu ayat suami yg membuatkan saya menulis entry ini ialah: sayang...beli ikut kemampuan kita...ambil yg perlu saja...tak larat abang nak bayar nanti..dan jawapan isteri ialah..la..pakai la kredit card tu...

Bila mendengar jawapan si isteri...saya menarik nafas panjang...it was so easy ti spend virtual money..tapi payah untuk kita membayarnya...seriously. .credir card bagi saya ialah along versi sah...nak tau kenapa? The interest rate is 18% annually...yang dah lama pakai credir card with good repayment track record akan dpt discount sampai 16.5%..interest rate tu tinggi!!! Cuba bayangkan kalau pakai 3000 with the interest rate of 18%...berapa kena bayar pokok dan bunga? Kalau bayar secara lump sum..ok la jugak..kalau byr minimum payment every month?? Bila nak habis byr??

Moto hidup saya...berbelanja bila perlu dan bila ada duit...cash rich is much more better dari debt rich...betul? Kalau nak pakai mewah2 saya akan beli bila ada duit atau cukup simpanan...saya dan suami selalu membuat target...contohnya...saya berkehendakan jam tangan tissot...saya akan membuat jadual target untuk membuat simpanan dan bila saya boleh membeli jam tersebut. Secara ringkasnya..takder duit..jgn beli. Jangan berhutang atau buat easy payment. .

Well...bagi saya hidup saya bebas tanpa unnecessary debt...klu berhutang rumah atau kereta tu..masih boleh diterima..tapi berhutang semata-mata untuk hidup mewah??? Sangat tidak sesuai...apa pendapat anda?




Saturday, July 20, 2013

Stew salmon aisya

Dah lama tak update resipi kan??? Last week rose buat pertama kalinya cuba masak salmon untuk diperkenalkan kepada aisya.

I opted to cook stew salmon. Here is the recipi:
Salmon
Bawang putih and merah
Brokoli
Puree labu and kurma
Tomato

Cara-caranya:
1.Goreng salmon sampai masak dan angkat
2.tumis bawang2 dengan minyak zaitun sampai naik wangi
3.masukkan tomato dan masak sampai lembik. Masukkan sedikit air.
4.masukkan puree labu and kurma dan masak sampai mendidih
5. Dah mendidih masukkan Brokoli dan salmon.

Siap...and aisya makan dengan selera .....Alhamdulilah. ..

Wednesday, July 17, 2013

wordless wednesday

it's wednesday!! time flies so fast kan???

so ini la picture aisya...kerja nyer...mengemas...pandai dia tolong mama kemas baju yang mama dah lipat...hmmm

kemas

Tuesday, July 16, 2013

ADAB BAGAIMANA BERHADAPAN DENGAN SUAMI


perempuan ni senang nak masuk syurga...taat pada perintah ALLAH, tidak tinggal solat dan puasa, dan patuh pada suami.,..nescaya syurga dijanjikan untuk perempuan tersebut...nampak senangkan? disini rose nak kongsikan sedikit hasil ceramah dioffice mengenai adab berhadapan dengan suami:-


1.            Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2.            Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3.            Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4.            Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.
5.            Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6.            Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7.            Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8.            Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9.            Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar ke atas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10.          Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11.          Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12.          Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
13.  isteri hendaklah sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

semoga info ini berguna untuk isteri-isteri diluar sana....


Monday, July 15, 2013

review Dia..Random Guy

Today rose nak review buku Dia Random Guy....cerita ini rose memang ikut dari blog penulis sampai la episod 17...dan kecewa sekejap sebab penulis diminta untuk tidak menyambung cerita ini di blog oleh publisher sampai script buku ini siap...

Alhamdulilah...penantian dari bulan may sehingga julai sangat berbaloi bila akhirnya Dia Random Guy sampai dipangkuan rose on 5/7/2013...rose ni memang ada satu penyakit dimana, rose akan simpan buku cerita sampai rose bersedia untuk baca...however, unlike any other books, once i received this book sangat berkobar-kobar rose nak baca...sedikit sinopsis:-

alin berusia 32 tahun, berkerja sebagai kerani bertemu dengan amzar si sexy goatee merangkap jurutera dan anak kepada pemilik syarikat alin sedang berkerja...

dimana silapnya, pertemuan pertama mereka, menyebabkan amzar menjadi "tunang" ekspress alin dan paling tidak disangka, rupa-rupanya tunang ekspress tersebut adalah bos sendiri...erk??? pertemuan demi pertemuan, ada sahaja pertelingkahan, kegembiraan yang akhirnya menyebabkan amzar mula jatuh "suka" pada cik kerani...tetapi...muncul pula bekas kekasih alin yang ingin menyambung kembali perhubungan mereka...siapakah yang alin pilih? si sexy goatee atau her ex-boyfriend?

serius...saya hanya mengambil masa dua jam untuk menghabiskan novel ini...novel ini membuatkan saya tersenyum-senyum sendiri dan juga ketawa....penggunaan tatabahasa yang santai dan a good english from author membuatkan pembaca senang memahami kosa kata yang digunakan....kisah ini santai dan secara tidak langsung memberi pengajaran kepada pembaca...secara simplenya, saya boleh kata..it's simply awesome!!!...tahniah farah hussain...dan saya tidak sabar untuk menunggu novel selanjutnya dari farah....



i give thousands thumbs up and rate 5/5 for this book...so ladies, go and grab it...

xoxo, 
rose

Sunday, July 14, 2013

aisya's millet soup

Aisya is underweight!!! aduh..bila timbang aisya tadi, kecewa jer rasa sebab she's underweight....tapi takper...since she is so active, rose rasa tak perlu nak risau sgt kan??? so mama aisya kena la rajin masak variety of food for her in order to gain her weight...

today my choice for her lunch is millet soup...rose saja mencuba nasib buat millet soup..you know why? aisya memang tak suka makan makanan berkuah....so i just try my luck...kena ajar ler kan...but step by step...kalau tak suka, well...cuba lagi ler....

so ini rupa millet soup aisya...


heheh...nampak sedap tak??? jangan terliur dibulan puasa ni yer...ini resepi millet soup:- 

bahan-bahan:- 
organic millet yang direbus - rose rebus and add up olive oil dua titik...
ayam yang dipotong kecil-kecil 
tomato potong dadu
bawang putih 
bawang merah 
halia 
kayu manis 
bunga lawang 
jintan manis 
air
unsalted butter - lepas ni yang menumis kena pakai butter sebab butter boleh menolong baby gain weight..

cara-caranya:- 

1. tumis bawang putih, bawang merah, halia dan rempah ratus dengan unsalted butter sampai naik bau
2. masukkan ayam dan masak sampai sebati dengan bawang-bawang dan rempah 
3. masukkan tomato gaul sampai tomato separa masak 
4. masukkan air dan rebus sehingga mendidih..
5. soup dah siap
6. curahkan soup kedalam millet yang dah direbus

and

siap untuk dihidangkan....simple kan?


does it look nice??


and aisya?? Alhamdulilah...she eats it...sampai habis....well..well..percubaan pertama berjaya!!! yay!!!

Saturday, July 13, 2013

Homemade ice cream for aisya

Grrr...ditengahari bulan puasa ni pulak saya nak post recipi ni kan...

Hihii...quench your thirst yer readers...saya saja nak cuba buat homemade ice cream nie..last time dah buat version orang dewasa..this time version baby...

So..bahan-bahanyer:

Mold ice cream- saya beli di daiso
Tembikai

Cara-cara:
Buat puree Tembikai-potong kecil2 and blend. .
Tapis puree jgn bagi biji masuk sekali
Masukkan dalam acuan semalaman...

Siap.....

dilema a working mother

sorry kawan-kawan...saya sgt sibuk dua tiga hari ini...even bulan puasa malay staff boleh balik awal, still saya terkandas dioffice sampai colleagues and staff panggil saya a workaholic mother...

mm...one of the staff ada tanya saya last thursday, cik rose kenapa tak balik awal? selalu saya tengok cik rose stay back..tak rindu anak ker? erk?? serius saya terkedu dengan ayat macam tue...bukan sekali dua saya dengar...dah banyak kali dah....even at my previous workplace pun they did labeled me as workaholic...

bagi saya, saya bukan seorang yang workaholic. serius....saya cuma menyiapkan kerja yang perlu disiapkan. with my hectic schedule, to join meeting, to meet with customers and to manage staff and on top of doing my job, serius saya rasa tak sempat dalam masa lapan jam. tapi saya takder la nak stay back sampai larut malam like working with the banks before. ...in fact kadang-kadang jer saya balik lambat, itupun before 7 saya mesti dah keluar dari office. 

yes, being a working mother with an infant its really challenging! tanya la mana parents pun...its not easy to manage your baby, your hubby and house chores at the same time! macam saya, my schedule always wake up at 5.30 am to start cooking for aisya and breakfast for hubby. and around 7.30 dah start keluar rumah to sent aisya to my mom in law house and to work. sampai-sampai...need to rest for few minutes and go through with my schedule for the day. balik rumah biasa saya sampai rumah around 7pm, saya akan start , masak untuk aisya for her dinner before start to cook for our dinner. the cycle go on, with playing with aisya up to 10 pm before her bed time. it is exhausting! serius...but i can't endure it with my hubby assitance and support...alhamdulilah he is one good guy yang boleh menolong saya...

so, i don't categorized myself as workaholic...setakat balik lewat sejam dua tu, takder la workaholic sangat...or is it norm for working mother untuk balik on-time? yes from my observation,my staff yang working mother tu, memang balik on-time. well,,for me as long as you know how to manage your work and finish your work within deadline, tak kisah la you nak balik awal...well well..let's people talk..because i can't change their perception..as long as saya tak abaikan suami dan anak disebabkan kerja, saya tak rasa ianya salah...lagipun...kerja itukan satu ibadah....saya cuba untuk buat yang terbaik untuk majikan dan keluarga saya...

love, 
rose..

bekerja

Wednesday, July 10, 2013

Wordless wednesday

Tgh browse album, and came across this pic. Teringat kejadian kelakar during our solemnization....hihihi....

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan

To all:

Selamat menyambut Ramadhan. Berpuasa bukan setakat menahan Iapar Dan dahaga tapi Kita juga melatih diri untuk menjaga pertuturan dan menjaga pandangan mata yer...

Banyakkan berzikir dan the best part is lets terawih yer..

Rose pun nak ambil kesempatan untuk minta maaf pada readers sekiranya ada penulisan disini yg menyinggung perasaan anda.

Selamat berpuasa!

Lots of love:

Rose

Sunday, July 7, 2013

life begins at 40??

selalukan kita dengar phrase life begins at 40? especially for men...betul tak? hihih....kenapa yer saya nak share mengenai isu ni? ok...semalam Alhamdulilah my hubby safely arrived ...(Yay!! miss him so very much) so dia tengok saya tak masak dia kata lets dine-out...so of course i said okayyy yer....

so we went to restaurant shumkivit...a thai restaurant...and it was so hectic...sedang sibuk tunggu makanan secara kebetulan saya terpandang seorang lelaki yang dah 40++ tengah sibuk merenung kearah saya...erk??? okay...hubby selalu pesan bersangka baik dengan orang...so saya senyum la...kan senyum tu sedekah...you know what i've got? he winked at me!!! wink!! OMG....tak cukup dengan tu, senyum gatal kearah saya yer...

well well...serious waktu makan tu memang rasa tak selesa langsung! sebab si pakcik tu asyik tenung ajer saya...rasa nak amik garpu cucuk ajer mata dia...dah la his wife and his son ada kat situ...ish ish...bila balik saya bagitau hubby , and apa lagi marah ler dia sebab saya tak bagitau dia awal...erk?? my fault is it???

okay..enough about that...still meremang bulu roma saya bila saya teringat pasal tu....by the way, saya ada terbaca satu artikel mengenai lelaki yang berusia 40 tahun ni...mengikut kajian yang saya baca tu...lelaki ada hormon yang menyebabkan mereka akan jatuh cinta dua kali. First, when they reach 25 and the second one once they reach 40+++...erk????

hormon itu natural...so that's why bila kita tengok lelaki yang berumur 40++ akan start gatal sekali lagi..(tak semua yer)...kerana waktu dia reach 40 tu, they need more attention, and perlu dianggap worth it in their world...so kita sebagai isteri ni, tugas kita perlu membuat suami kita jatuh cinta berkali-kali dengan kita...jangan dengan orang lain sudah yer....peace!!!

40

Saturday, July 6, 2013

aisya's breakfast and lunch

hi all...dah lama tak update blog ni...busy sikit ler...en hubby outstation, tinggal rose dan aisya ajer...so terkejar-kejar nak buat kerja rumah sorang-sorang...mmm...cepatla en hubby balik...dah rindu ni....

so, memandangkan en hubby takder sabtu ni, cik wife malas nak masak...just masak untuk aisya, and rose cuma makan yang simple -simple ajer...

so hari ini, aisya breakfast was fried millet ...

nak tgk rupa millet goreng?
....









how's the look?

resipinya:-
organic millet 
bawang putih seulas
bawang merah seulas
ikan bilis 
tomato potong dadu 

cara-caranya:-
1. tumbuk/ kisar bawang putih, bawang merah dan ikan bilis
2. rebus millet sampai lembut - sebab rose pakai organic, so memang cepat empuk. around 3 minutes. 
3. goreng bawang putih, bawang merah dan ikan bilis yang dikisar dengan minyak zaitun. 
4. tambahkan sedikit air 
5. masukkan tomato yang dipotong dadu
6. masukkan millet yang dah direbus. 

siap untuk dihidangkan...

alhamdulilah, dia makan sampai habis...rose saja banyakkan sedikit ikan bilis so that jadi perasa...kesian aisya, dah la tak boleh masukkan garam and gula...so ikan bilis la jadi penambah rasa...

so for lunch, mama aisya sangat rajin, so rose masak nasi ayam....

hehehe...tapi ini jenis nasi ayam yang pemalas....

resepi: 
segengam organic rice- basuh dan toskan
bawang putih yang dikisar 
bawang merah yang dikisar 
halia yang dikisar 
ayam 
bunga lawang 
bungka cengkih 
kayu manis 
tomato 
unsalted butter 

1. tumis bawang putih, bawang merah, halia dan rempah dengan unsalted butter 
2. bila dah naik bau masukkan ayam dan goreng kan sekali sampai keluar air
3. masukkan air lebih kurang 3 cawan kecik dan biar mendidih 
4. dah mendidih, rose ambil sedikit kuah dan ayam untuk dijadikan sup
5. masukkan beras kedalam periuk sup lebihan tadi dan tanakkan nasi sampai masak. 

untuk sos ayam: 
potong tomato kecik-kecik dan stim tomato kemudian kisar....

so ini la jadinya....

nasi ayam versi baby untuk aisya:- 


and terus masuk kedalam mulut aisya dengan jayanya...maaf la yer tak sempat nak snap gambar aisya makan sebab papa dia takder....heheheh...


Wednesday, July 3, 2013

Tuesday, July 2, 2013

My Happy Tuesday!!

a surprise from mr hubby today....

tiba-tiba waktu lunch tadi dia call and tanya boleh tak nak lunch sama...giler tak seronok hubby ajak lunch..mesti la nak kan...jarang dapat lunch ngan hubby sebab our lunch time tak sama...

tengah-tengah makan...tetiba hubby hulur barang..eh???nak tau apa???

hubby belikan GALAXY NOTE II!!!! YAYYY!!!

saya dah lama nak tukar handphone, tapi sayang sebab blackberry yang saya pakai adalah hantaran....and at the same time, i can't make up my mind nak pakai s4 or noteII...lastly...dapat note II okayy...jangan jeles semua....

thanks to mr hubby!!! love you so very much....muahhhh!!!


the lovely hubby..xoxo

and of course...


nice gadget!!!! tak sabar nak guna and explore ok....

Monday, July 1, 2013

melecur!!

hari ni malas nak update blog sebab....

tangan kena minyak panas!!! 

aduh...memang perit rasanya....

ok la....nak rest kan tangan dulu yer....selamat malam semua...

xoxo!