Tuesday, February 25, 2014

review carel cookies - choco classic

Asyik review buku jer..hari ni saya tukar angin nak review biscuit pulak boleh? Layankan ajer...ok...this cookie from my colleague yang Sangat talented. Buat pelamin boleh, buat majlis aqiqah boleh, event planner,  gubah bunga and now he even venture to food?? Man...u are surely a multi talented person..


Ok...enough with the praise...biscuit yang saya nak review ni dinamakan as choco classic. ..bila saya tanya kenapa nama choco classic dia kata he just comes up with the name...hahhaa. .so cute..


seriously I am not a big fan of cookies sebab sometimes its either too sweer or too milky. But this one..hands down to this creation because I like it...oh no...I loves it! !! First bite ..Sangat ranggup...its melting in my mouth and...just nice with the flavor. .not too sweet not too milky..even the chocolate taste not that strong and just nice...oh...I fell in love with this!! Khairil what have you done...


Choco classic ni didatangkan dalam balang comel yang ada his own signature signage that really looks classy....nak cuba tak?? I voted for 5/5 okay...


biskut


Biscuits ni berharga 400g with the price of RM25 ringgit...sesuai untuk kudap-kudapan at office and even good for this coming hari raya kan...nak cuba tak? He can be contacted at 016 3117125...



Sunday, February 23, 2014

kepentingan baby car seat

Biasanya parents akan selalu pegang anak mereka bila mereka travelling.  Tahu tak itu adalah perbuatan yang bahaya? Pakar pediatric dari us federation telah membuat kajian bahawa anak dibawah umur dua tahun sepatutnya diletakkan didalam car seat ketika travelling.  


Mesti ramai tertanya-tanya apa yang bahayanya biar ibu bapa pegang anak? Mungkin ada yang beranggapan anak dipegang oleh ibu bapa lebih selamat dari diletakkan didalam car seat. Betul?? Mak saya pun berpikiran macam tu. ..

Sebenar sangat penting baby diletakkan didalam car seat sebab bila accident impak hentakkan kereta dapat di tahan oleh seat belt yang dipasang pada car seat. Percaya atau tidak sekiranya bayi anda dipegang oleh ibu bila hentakkan berlaku terutama impak yang kuat secara teknikalnya ibu akan terlepas bayi yang dipegang dan boleh mengakibatkan kecederaan teruk pada bayi.  

Cuba bayangkan ibu duduk dihadapan dan ketika hentakkan berlaku dan si ibu terlepas pegangan pada bayi,  kemungkinan besar bayi akan terhentak ke dashboard. Bayi berusia bawah 2 tahun masih belum develop kekuatan fizikal. Kalau hentakan terkena bahagian kepala lagi parah kerana head bone bayi belum cukup matang,  dan boleh mengakibatkan gegaran pada otak bayi dan seterusnya bayi boleh koma dan their development akan terbantut...ha...takut tak? 

Di malaysia ni amalan memakai car seat pada bayi jauh ketinggalan dari negara2 besar. memang kita biasa lihat si ibu akan memegang anak. Apalah salahnya berbelanja lebih untuk kebaikan anak2 takut nanti kita  menyesal dikemudian hari pulakkan. 

Car seat ada dua jenis. Satu bagi infant dan satu lagi bagi usia toddlers.  Ni contohnya.

 Yang ni sesuai untuk infant



Yang ni pulak sesuai untuk toddler

By the way pemakaian car seat pun kena betul gak...letakkan seat belt pada car seat and fasten the belt around baby. Igt ni...biar kita melabur sekarang dari menyesal dikemudian hari...

Saturday, February 22, 2014

egg roll

Salam sabtu...sedang rehat-rehat dekat umah tiba-tiba teringat dah lama tak update blog...hehehe...so...nak update apa yer? Resipi la...hahhaa..


Biasa kita makan telur dadar tapi hari ni saja teringin nak buat egg roll...again this food inspire from korea...senang ajer nak buatnyer pun...

Bahan-bahan:

4 biji telur
Bawang merah diracik halus
Cili di mayang halus
Daun bawang di mayang halus
Lobak merah di mayang halus
Garam

Cara-cara:

Campurkan semua bahan-bahan diatas dan pukul telur sampai kembang.

Panaskan kuali dan minyak- sila pakai kuali leper yang non stick yer...

Masukkan telur dan masakkan sehingga separuh masak bahagian atas telur. 

Kemudian lipat sedikit hujung telur dan teruskan proses melipat telur sehingga menjadi macam bantal panjang.  

Biarkan telur dalam masa 3 minute untuk pastikan bahagian dalam masak dengan sempurna. 

Angkat telur dan potong sebesar ibu jari...

Siap dihidangkan...


dadar

Friday, February 14, 2014

review mencari mr charming

Salam jumaat semua...buat apa tu?? Hahha...hari ni saya nak review buku mencari mr charming dari anna lee. Dah lama sebenarnya nak buat entry ni tapi asyik tertangguh. So...let's get started! !

I bought this book during pameran buku di pwtc last December. .waktu tu buku ni baru ajer release and I kept procrastinate nak baca and lastly on 2/1/2 2014 saya start baca buku ni. The very first book saya baca in 2014 okay...and its so worth it! !

Buku ini mengisahkan lara seorang penulis buku cinta romantic overdose yang sentiasa mengangankan prince charming. Bila saya baca ciri-ciri prince charming tu serius saya rasa no such person. So far in reality memang saya tak pernah jumpa la...nak tau apa senarai prince charming lara sila beli buku yer...hahaha...

Dalam buku yang ditulis oleh lara dia sentiasa menggambarkan heronya seorang yang kacak dan romantic.  Lara mempunyai seorang review or haters tegar yang dikenali sebagai indah water yang sentiasa menhantar email kritikan tajam dan pedas kepada lara sehingga mengakibatkan hidup lara huru hara. 

So apa terjadi? Siapa haters lara yang bergelar indah water? Betulkah wujud prince charming yang kacak dan romantic ? Nak tau sila baca yer...

Malas saya nak buat sinopsis panjang sebab....cerita ni awesome sangat. Its so fun to read eventhough the books is quite thick. 
Cukup segala rempah ratus dalam buku ni. 

This is the third story I baca dari the same author I.e anna lee and she really shows major improvements in her writing style. Lebih bersahaja dan susunan dan plot cerita digarap dengan begitu baik sekali. Setiap kali any office mate nak pinjam novel saya memang syor kan buku ni. Dan again feedback yanv saya terima juga setuju bahawa the book is awesome. Sampai ada yg nak beli their own copy.  Kalau tak percaya go and buy the book urself...its worth every penny. I rated 5/5 for this book. 

 novel, anna lee



Monday, February 10, 2014

ketam bercili

Approaching lunch hour ni saya nak post resipi ketam bercili....saya ni memang peminat tegar ketam. Selalu dulu suruh mummy masak ketam. But now kena masak sendiri la...the best part bila masak sendiri akan saya derhakakan resipi yang mummy bagi....

So...resipi saya seperti dibawah:

Bahan-bahan:

4 ekor ketam -saya belah dua.
 4 ulas Bawang putih
Cili hidup merah 10 biji
Sos tomato and cili
Garam and gula


Cara-cara:

Gorengkan ketam dengan olive oil and butter.

Angkat ketam dan asingkan kedalam pinggan.

Tumis bawang putih dan cili yang telah dikisar lumat.

Tumis sampai naik bau dan kering, kemudian masukkan sedikit sos tomato dan cili.

Tambah sedikit air, garam dan gula and selepas sedikit kering boleh masukkan ketam yang telah digoreng kedalam kuali dan gaul....


Siap.....

Sedap makan dengan nasi panas...



Sunday, February 9, 2014

skin care products

Perempuan tak mengenal usia memang pentingkan penjagaan kulit. Penjagaan kulit seawal usia 12 tahun Sangat penting sebab kita diasia tenggara mempunyai iklim yang panas sepanjang tahun. 

Jadi, jerawat,  jeragat dan warna kulit tak sekata sangan sinonim dengan masalah kulit wajah bagi perempuan di asia tenggara. Tapikan kenapa tiba-tiba saya nak bercerita pasal skin care ni? 

Baru-baru ni ada office mate tegur yang saya nampak sangat glowing dan kulit muka saya nampak lembab ..wow..what a compliment. .selepas kena chicken pox last year is not easy for me untuk hilangkan kesan chicken pox tu.

Maklumla kena chicken pox at 29 years old..kulit pun dah tak seanjal waktu teenagers kan...so my office mate tanya what kind of skincare that I used. 

Sebenarnya apa pun skincare yang kita guna mahal atau murah tidak penting. Yang paling penting the skin care kena sesuai dengan kulit muka. And currently saya ialah pengguna tegar sk II. Dah 3 tahun saya guna skincare ni and I must say I am really satisfied with the result.  

I have an oily skin especially dekat t-zone. At first saya guna clinique tapi my skin has became worse and start banyak pimple. Saya yang tak pernah ada pimple tiba-tiba keluar banyak and merata kat muka. I was so panic!

Then saya bertukar pada sk ii. . Seriusly saya mula2 memang nak guna sk ii ni tapi beautician dekat counter at sunway pyramid was so rude and siap kata this is very expensive.  So what?? Punya la saya bengang.  Pandang pengguna sebelah mata erk...

Then I went to klcc and thank God the beautician is so ramah... so she start examine kulit muka saya and gave best advice. And until now saya ingat advice dia. 

Antara product yang saya guna is gentle cleanser, facial treatment essence and stempower.  This three is highly recommended by myself. Within 1 week saya boleh nampak parut jerawat hilang and yang paling penting my oily skin is become controllable. And since then memang saya guna. Lebih2 lagi after chickenpox memang parut hilang without me using any information whitening product. .awesome... you should try it girls...


Yang ini gentle cleanser berharga RM219 and boleh tahan sampai 3 bulan

 This one is very famous miracle water or facial treatment essence 75 nl will cost you RM219
testimoni
 And this one is stempower sangat bagus untuk tesktur kulit and anti-aging. 50ml berharga RM352

Apa skincare yang anda pakai? Jom kongsi pengalaman anda. 

Monday, February 3, 2014

kimchi...malaysian style

Salam February semua. ...pada siapa yang berkerja di kl selamat bercuti...bestkan dapat cuti panjang. .semenjak dua menjak ni saya terjebak dengan variety show dari korea which is runningman. ....siapa yang tak pernah tgk cerita ni?? Hahhaah....u should watch this show because seriously boleh release tension...


Kenapa bercerita pasal runningman pulak ni?? Sebab dalam satu episode tu diaorg ada buat pertandingan masakkan which is kimchi...seriously saya terliur tgk kimchi tu...so saya pun sibuk mengoogle sana sini untuk cari resipi....

Saya ni memang suka derhaka sikit pada resipi so saya buat ikut suka saya...hahahah...nak tau resipi saya?? Jom baca ni...

Wajib ada kubis panjang
Serbuk cili babas
Fish sauce
Bawang putih ditumbuk lumat
Halia ditumbuk lumat
Daun Bawang
Tepung beras
Gula
Garam 
Soda
Sotong/ oyster

Cara-cara:
Rendamkan kubis panjang dengan air sejuk dan garam selama 4 jam..tapi sebab saya derhakan resipi ni saya rendam semalama...heheh..

Masak tepung beras dan gula dalam api yang kecil sehingga likat dan sejukkan

Campurkan tepung beras yang sudah sejuk dengan serbuk cili, bawang putih dan halia

Gaulkan semua bahan-bahan diatas dan sekali sekala masukkan fish sauce untuk rasa masin. 

Sambil gaul sambil rasa untuk dapatkan rasa yang sesuai dengan selera anda. tambahkan jugak soda sikit demi sikit.

Kemudian masukkan sotong atau oyster (saya rebus bagi separuh masak sebab xnak bau hanyir) last sekali masukkan daun bawang

Gaulkan  sos tadi dengan kubis panjang yang telah direndamkan tadi...


Selepas rata boleh simpan kimchi dalam bekas kedap udara dalam peti ais selama 24 jam sebelum makan...so..macam saya tadi sebab dah rendam kubis semalaman saya terus ngap ajer....


Ini gambar kimchi saya...kurang pedas sebab  gastric....selamat mencuba ya....

resipi