Tuesday, November 4, 2014

Antenatal Check up and delivery cost di Kelana Jaya Medical Centre (KJMC)

salam pagi selasa semua...apa khabar? hari ini tergerak nak tulis mengenai antenatal check up and delivery cost. Bukan apa, mesti ramai ibu-ibu mengandung disana mencari-cari hospital yang terbaik untuk deliver. betul tak? The most debating part is samada nak beranak di hospital swasta atau kerajaan?
 
 
Bagi saya dan suami, kalau boleh memang saya nak best service ketika melahirkan anak. Bukan apa, kita bertarung nyawa nak melahirkan zuriat, and of course we need and want the best for baby and the mother. Memang dari dulu we opted untuk beranak di hospital swasta. This time around, I choose Kelana Jaya Medical Centre (KJMC).
 
 
kenapa KJMC? the most important thing is, this hospital is near both from my house and office around 10 to 15 minutes driving time. Dekatkan? and another factor is, partly cover by my company..heheheh...so, saya dah 6 kali buat antenatal check up di KJMC with Dr Fatima Najla and here goes my review:-
 
Antenatal Check up:-
 
My first antenatal check up at that time was on 7/8/2014 whereby I was 24 weeks pregnant. saya buat appointment after office hour which the clinic start at 6.30pm. of course you need to call in advance and made an appointment ya...I choose Dr Fatima Najla, because of her reputation amongst the colleague was so good. Upon arrival at the hospital, I was guided to first floor which is the specialist clinic is located. and the nurse is so very friendly... Make a registration, and the nurse tanya selama ini, dekat mana saya buat check up and please hand over the book. then, timbang berat badan and urine test....Then awaiting turn to see Dr Fatima. Bila dah jumpa dia...gosh...she is a motherly type tau...memang tegas tapi sangat ramah dan banyak information..seriously I am very satisfied with her service. so the damage cost for the first time I saw her:
 
Consultation fees:
Specialist Procedures: RM90
Specialist Consultation Fees: RM90
 
Registration Fees: RM2
laboratory charges: RM5
 
the fees gradually akan berkurangan every time saya jumpa dia. Now, at 37 weeks antenatal check up, the specialist procedure she charges me RM40 jer...
 
And here is the delivery charges:-
 
upon our third check up, Dr Fatima siap-siap Tanya dimana saya bercadang nak deliver. and bila we make her aware that I nak bersalin di KJMC dia jelaskan harga yang KJMC akan charge. At this time, KJMC is having promotion whereby they charged:-
 
Normal Delivery : RM1,990* Excluding vacuum, epidural and forsesep
Package 2 days 1 night
single or double bedded
meals
baby basic immunization
 
Caesarean: RM5,990* valid for first time caesarean
 
Package 3 days 2 night
single or double bedded
meals
baby basic immunization
 
Untuk normal price for caesarean bagi second time caesarean patient onward is within RM7000 to RM8000.
 
Hope this entry membantu ibu-ibu di luar sana untuk membuat pilihan hospital untuk bersalin ya...good luck to all!!!
 
 


Wednesday, October 1, 2014

Resipi Ikan Salmon dan Mushroom Sauce

after check up with Dr Fatima Najla on last monday, tiba-tiba my dinner yesterday inspire by her advice...what is her advise? to watch on my diet and cut down the carbohydrate intake supaya baby tak besar sangat and senang nak teran masa bersalin nanti...ha....this is my second pregnancy tapi first attempt nak bersalin normal..so apalagi..segala advice from her saya turutkan la...heheeh
 
 
 
so last nite, after debating with my hubby, I finalize nak makan salmon ..tapi...semenjak perut dah besar ni...malas la nak keluar pergi restaurant...so..what I do was...ajak hubby pergi groceries shopping...hehehe...tang tu rajin pulak yer...kebetulan banyak barang dapur dah habis...
 
 
so my favorite place for groceries shopping ialah cold storage...kebanyakan barang basah dia still fresh...and banyak fresh herbs and organic stuff saya beli disana...so..bought a lot of stuff and of course salmon!!!..so...here goes my pan seared salmon with mushroom sauce resipi:-
 
 
Bahan-bahan:-
 
sepotong ikan salmon
garam
lada hitam
fresh thyme or any herbs
 
cara-cara:
(taburkan garam, lada hitam and thyme di atas salmon and perapkan dalam masa 15 - 30 minutes)
 
after perap..goring ikan salmon sekejap ajer..for about 3 minutes each side ..ikan salmon ni cepat masak..and kalau overcooked akan liat...
 
 
untuk mushroom sauce:
 
bahan-bahan:
white mushroom
bawang holland
woschitere sauce
full milk cream/ cooking cream
garam
lada hitam
thyme
 
cara-cara:
goreng bawang sampai layu or sampai naik bau diatas api yang kecik
kemudian masukkan mushroom and masak sampai warna brown
masukkan wochitere sauce
masukkan full milk cream or cooking cream
masukkan garam, lada hitam and thyme
gaulkan sampai pekat..ikut kepekatan yang anda suka yer,...
 
 
siap.....
 
 
ini la hasilnya..
 
resipi

the side dish saya buat salad epal and potato jer...nak tambah karbohidrat jugak tu...hahaha...by the way, does it look good? kalau suka boleh la cuba resipi saya...resipi campak-campak jer...heheh...
 



Wednesday, September 24, 2014

cyber crime

di zaman teknologi yang canggih dengan serba serbi dihujung jari ni dunia sebenarnya semakin menakutkan...kenapa? jenayah semakin berleluasa...this morning while driving terdengar didalam radio melaporkan yang Malaysia adalah Negara ke 6 didunia yang senang terdedah dengan cyber crime...
 
 
 
macam mana nak elakkan dari terkena dari cyber crime ni? kita sometimes tak tahupun yang akaun email kita di hack...setuju? baru-baru ni saya sentaisa mendapat peringatan dari Maybank via my email or course that my maybank2u account need to be validated and kindly updated my profile via this link..OMG.... I am one of the targeted person...macam mana mereka tahu pasal saya? THANK GOD that saya just ignore the email and at one point bila dua tiga kali saya dapat email serupa dalam satu hari saya tak tahan dah and terus report it to maybank... and now...no more email from them...but...dapat pulak email suruh validate account CIMB...
 
 
 
semakin canggih teknologi dan dunia IT...semakin berbahaya...how to avoid to become the victim? always alert on scam?? tapi how we identified the scam??? serious saya tak tau...huahhh..takutnya.... to all the readers...be careful ya...
 
 
IT


Friday, September 19, 2014

Posisi tidur terbaik bagi ibu hamil

my pregnancy is already 30 weeks...another 10 more weeks to go to see the beautiful baby that I am carrying right now...sangat tidak sabar and at the same time sangat menakutkan...kenapa takut?? takut nak bersalin la!!!hahah...
 
 
this past few weeks ni..bila perut dah semakin membesar saya susah sangat nak tido..maklumla ..tak selesa...sometimes dapat tidur 3 jam ajer sehari...how about pregnant lady out there? having the same problem as me?
 
so..pendapat pakar menyatakan, posisi tidur terbaik ketika hamil ialah sleep on side aka tidur mengiring... tak kisah la nak mengiring sebelah kanan atau kiri...tapi sunnah nabi kita mengiring sebelah kanan kan...
 
 
kenapa posisi mengiring bagus bagi wanita hamil? Tidur mengiring tidak menganggu perjalanan darah malah akan menyebabkan lebih banyak nutrisi dan oksigen dihantar kepada bayi. selain itu, posisi tidur mengiring juga dapat mengelakkan risiko bayi mati didalam Rahim...
 
 
ha...Nampak tu?? posisi tidur ibu hamil juga sangat penting bagi kesihatan bayi yer...paling tidak elok ialah tidur meniarap. kerana ia akan menggangu saluran oksigen kepada bayi..
 
 
so..after this, ibu-ibu mengandung diluar sana sila pastikan cara tidurkan kita selamat untuk bayi didalam kandungan...dan ..semoga ALLAH permudahkan proses kehamilan kita  yer...daaaaaa
 
 
hamil
 


Thursday, September 18, 2014

resipi ayam masak percik berkuah

Resipi ni terjadi waktu lunch hour last friday la.. macam biasa rose pergi stall makcik tu purposely to eat ayam masak percik dia..and seriously memang awesome!! Tapi makcik tak nak kongsi resipi..maklumla..org berniaga..takut saya berniaga jugak kot...hehehe..understood..so alternative nyer saya pun guna khidmat mr google..tapi ntah macaam.kurang berkenan resipi yg saya jumpa...jadi...heheh..saya pun cipta resipi sendiri..nak tau tak??

Bahan-bahan:

Ayam
Serai
Lengkuas
Bawang putih dan merah
Serbuk kari
Cili kering yang dikisar
Cili padi
Daun kunyit
Santan
Kunyit

Cara-caranya:
1. Kisarkan cili , bawang merah dan putih, serai , lengkuas, cili padi dan kunyit.  
2. Masukkan ayam dalam kuali dan keringkan air ayam dan kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. 
3. Masukkan sekali serai yang dititik, bancuhan serbuk kari. 
4. Biarkan mendidih dan keringkan air kisaran. 
5. Agak-agak kering masukkan santan dan segala perasa seperti garam dan gula dan daun kunyit. 
6. Masakkan santan sehingga mendidih dan kepekatan kuah percik bergantung pada kehendak masing-masing. 

Siap dan boleh dimakan bersama nasi panas...sedap...

ayam percik berkuah

Ini la hasil ayam percik berkuah saya..pedas sebab ada cili api..pada yang xberapa gemar pedas..sila buang la cili api yer..nak derhakakan resipi ni pun tak per..ikut kesesuaian tekak kita...selamat mencuba!!

Wednesday, September 17, 2014

worldless wednesday

Let's picture do the talking! !

Happy wednesday and happy working. .



 wordless


Saturday, September 13, 2014

kasut tumit tinggi: cantik vs bahaya

anda suka pakai high heels? jangan tipu..angkat tangan cepat!!..hhaahh..kebanyakan perempuan memang suka memakai kasut tumit tinggi aka high heels. betulkan? antaranya saya la..antara sebab saya suka mengenakan kasut tumit tinggi ni disebabkan oleh rasa lebih confident, dapat memperbetulkan postur badan and..sebab suami saya tinggi sangat!!...
 
 
pemakaian high heels ni sememangnya akan mencantikkan lagi postur badan seorang perempuan itu..nak tau kenapa? mesti la cantik...sebab kaki Nampak lagi panjang and punggung juga Nampak lagi mantap...betul tak??? betul okay....tapi saya rasa ramai jugak yang sedar bahawa, pemakaian high heels ini dapat memberikan keburukan kesihatan pada si pemakai...
 
seriously, memang after a long day in the office, pemakaian tumit tinggi sangat memenatkan betis dan paha...betulkan?? jangan tipu yer...sila jujur pada diri sendiri...heheh...meh sini saya senaraikan antara keburukan pemakaian tumit tinggi ni:-
 
 
pemakai high heels akan mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk terseliuh di bahagian buku lali,  radang saraf dan ligamen, sakit pada belakang buku lali, otot betis memendek dan sakit belakang yang kronik...ha takut tak???
 
 
 
Pemakaian kasut tumit tinggi yang melampau boleh menyebabkan tulang pinggul, tulang belakang dan lutut menjadi bengkok. Pemakaian kasut tumit tinggi yang berterusan juga dapat meningkatkan risiko radang pada ibu jari, kerosakan tulang tapak kaki selain menyebabkan kaki merosot ke bahagian depan kasut kerana beban tertumpu pada jari kaki..OMG!!!
 
 
semakin berusia seseorang wanita, saiz serta tapak kaki juga semakin lebar disebabkan lemak semakin tipis. Selain itu, pemakaian kasut tumit tinggi turut mendorong peredaran darah tidak lancer.
 
 
SO SECARA RINGKASKNYA:-
 
 
Bahaya kasut tumit tinggi
  • Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.

  • Neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.

  • Pergelangan kaki mudah terseliuh.

  • Sukar mengimbang berat badan.

  • Kecacatan haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.

  • Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asal dan menimbulkan masalah kesihatan bukan saja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.

  • Peredaran darah terganggu.

  • Tekanan pada jari menjadi lebih besar hingga menyebabkan jari kaki bengkok.

  • Kaki lebih mudah cedera terutama pada bahagian buku lali.


  • After gathering all the info...membuatkan saya insaf nak pakai high heels ni...or..kalau teringin sangat mungkin kena beli heel yang less than 2 inch kot...so..how about you girls out there? nak pakai lagi heels or just give up? tepuk dada Tanya selera ya!!
     
     
    bahaya