Sunday, June 23, 2013

a boring and unhealthy sunday

sunday datang lagi....biasanya hari ahad kami sekeluarga akan keluar berjalan-jalan. At least akan singgah shopping kompleks, dine out, window shopping and etc...

tapi bila buka tingkap dan pintu pagi tadi tengok cuaca jerebu yang sangat menakutkan, all plan go south! tak jadi keluar la....the air is so polluted...even i can smelt bau terbakar in the air...

oh no...tak mo keluar la, kesihatan kami lagi penting dari pergi shopping kompleks tu kan??? so, we spend our sunday indoors, watching grey's anatomy season 9 marathon! 

how about u people? kalau nak keluar don't forget to pun face mask ok! face mask on people!!!


Saturday, June 22, 2013

mee bandung dan pengat labu & kacang merah

hubby demam...so dia request masak makanan yang berkuah dan tak nak nasi...sekali lagi dia cakap...i tak nak nasi yer yang...ala...kesian ajer dengar permintaan macam tu...so cik rose pun google punya google...teringin nak makan mee bandung...

so kena minta bos besar punya permission dulu, bila cakap masak mee bandung boleh? terus bersinar mata en hubby dan siap pesan, kuah biar pekat sikit...hahahahah...gotcha!

aisya
oleh kerana tak sempat nak pergi pasar dan malas nak drive, cik rose gunakan ajer bahan yang ada, so i need to improvise sikit resipi memandangkan tiada udang dalam peti ais...so nak tau resipi tak?

bahan-bahan:
ayam 
sotong
telur 
udang kering 
bawang merah 
bawang putih 
halia 
carrot 
brokoli 
tomato 
tepung jagung 
cili kering yang dikisar 

cara-cara: 
1. tumis bawang putih, bawang merah, halia sampai naik bau 
2. masukkan cili yang dah dikisar dan tumis sampai garing 
3. masukkan ayam dan sotong, gaul sampai keluar air 
4. masukkan udang kering yang dah ditumbuk 
5. masukkan air, masak sampai mendidih
6. dah mendidih, masukkan carrot, brokoli dan tomato 
7. masukkan perasa garam dan gula 
8. masukkan telur, jangan gaul sampai kuning pecah
9. lastly masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah...

ini la hasilnya:

bandung
kejutkan hubby untuk makan dia tengok muka pelik...eh?? ada brokoli yer dalam mee bandung...hahahahah....sepatutnya sayurnya SAWI....tapi sebab takder sawi, saya guna ajer brokoli...

hubby kata....SEDAP LA YANG...rasa nak melompat okay!!!!

so petang ni rasa nak masak pengat labu untuk aisya...tapi seperti biasa...saya mesti improvise recipi...kuikuikui...saya campurkan kacang merah...

labu
ha nak tau macam mana nak masak baby pengat labu dan kacang merah? macam biasa ajer...

bahan-bahan: 
labu (saya guna organic)
kacang merah 
santan 
kurma 
daun pandan 

cara-cara:
1. kacang merah yang dah direndam setengah hari dan direbus sampai empuk, masukkan dalam periuk 
2. masukkan santan, kurma dan daun pandan
3. rebus sampai mendidih
4. masukkan labu 
5. bila labu dah empuk siap dihidangkan...

alhamdulilah, aisya makan dengan penuh selera...ada yang tertanya-tanya kenapa saya guna kurma? tak guna gula??? baby kan tak boleh makan gula....ok la..time untuk mandikan aisya comel yang dah bangun tue!!!

review novel kekasih halal - orkid edyliyne

dah lama tak buat review novel....kali ini novel terpilih written by orkid edyliyne bertajuk kekasih halal...

ha...tajuk dia kelas ok....this is the second time rose baca buku dari penulis ini...so i kind of have high expectation, tapi seriously the first plot saya agak kecewa...mungkin cara penyampaian tu like she love to put flashback moment yang saya anggap agak tidak kena...

but ...bila sampai dah tengah buku, i really love the way writer tonjolkan watak hero yang nampak baik tapi sebenarnya ada muslihat...really menjadi ok...tak sangka rupa-rupanya ada udang disebalik mee disebalik perkahwinan mereka....mmmmm...seriously i love it bila hero menyebabkan heroin sakit hati...really the suspen you! hahahahha...keluar dah english merapu saya...

bila sampai dah nak klimaks, mmmm...kecewa sekali lagi, sebab nampak mudah ajer si heroin tu memaafkan dan jatuh cinta balik pada suami curang dia tu....tapi...yerla...kata pun suami kan....sejahat-jahat suami, isteri sentiasa memaafkan kejahatan suami tu...

so, kalau suruh rate dari lima bintang, saya bagi 3.5 sebab plot yang depan tu tak kena pada gaya saya...overall, i boleh recommend this book untuk bacaan anda...

novel, kekasih halal
gambar - dari en google 

Thursday, June 20, 2013

trap in the office

yeeehaa....it's 10.30pm and i'm still in the office...bila nak balik ni?? 

mesti semua dah sampai umah kan??? kena stay back la pulak hari ini...leceh betul la...aduh....bos...tolong!! saya tak nak tidur kat opis!!! haa...apa kata kalau saya matikan suis elektrik?? mesti dapat balik kan? hihihihi...moving on people!! 

Wednesday, June 19, 2013

wordless wednesday

happy Wednesday bloggers!!!

siapa setuju sila komen ya...


i love my family how about u?

love, 
rose 

Monday, June 17, 2013

suami saman isteri kerana pembedahan plastik

received this email pagi-pagi isnin ni...memang penghantar email ni nak buat saya tersenyum on monday...i guess its to get rid of monday's blues?? tapi sebaliknya saya jadi geram, nak tau kenapa?

ianya mengisahkan seorang lelaki di cina, yang telah memfailkan perceraian dan menyaman isteri beliau sebanyak $120,000 dan menang...kisah disebaliknya ialah, isteri beliau telah melahirkan anak yang tidak menyerupai beliau atau pun isterinya. pada mulanya si suami menuduh si isteri mempunyai hubungan sulit dan mengarahkan isteri untuk berterus terang. 

it turns out to be, the wife confessed to had undergo intense plastic surgery untuk kelihatan cantik. Berang dengan pengakuan si isteri, suami memfailkan perceraian dan tidak cukup itu, menyaman si isteri dengan basis beliau telah tertipu dengan rupa paras cantik isteri, sedangkan hakikatnya isteri tidak cantik dan telah melakukan plastic surgery. 

guess what? the husband won!!! unbelievable!! dah la si isteri terpaksa mengeluarkan duit untuk pembedahan plastic, lepas tu terpaksa membayar kos perceraian ganti rugi yang dituntut suami hanya kerana suami jatuh cinta pada paras rupa beliau...oh gosh!! this is what we called as superficial love...


Sunday, June 16, 2013

gula punca cepat tua!

siapa suka makan gula-gula? ice cream? minum coke? cup cake? cake? pepsi?sila angkat tangan!! jangan tipu....semua orang suka makan makanan manis betul kan?  tau tak yang gula antara faktor yang menyebabkan kita nampak cepat tua???

last friday terbaca satu artikel pusat penyelidikan di LONDON yang menemui high sugar intake can cause human body to look old before its times. setiap kenaikan gula  dalam darah pada kadar 1 milimol per liter menyebabkan seseorang nampak lebih tua lima bulan dari usia sebenar...terkejut?

tau tak bahawa tiada nutrisi dalam gula? semakin banyak kita makan benda manis dan bermula, semakin banyak vitamin dalam badan hilang kerana gula. setelah gula masuk kedalam badan ianya akan terus mendekati sel sel protein dan mengeluarkan satu molekul yang dipanggil "advanced glycation end products" dimana molekul ini sangat berbahaya yang memakan kolagen didalam badan...

tapi, sememangnya gula ni banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan kan? terlalu banyak makan makanan manis boleh mendapat diabetes dan diabetes boleh merebak teruk sehingga boleh kehilangan anggota badan dan paling teruk penghidap diabetes yang tegar boleh menjadi buta! ...so dah tau gula tu makanan tak sihat, sila la kurangkan pengambilan gula yer kawan-kawan...our health is no 1!!!

diabetes