Tuesday, September 9, 2014

resipi mac and cheese

 
selamat pagi and salam selasa...
 
 
semenjak mengandung ni memang tekak rasa selalu lain macam. tak lalu makan tu tak perlu cakap la ..sampai dah masuk 7 bulan mengandung ni pun selera makan masih tak pick up lagi. to make thing worse, berat badan saya menurun for the past 4 months. ha...ibu mengandung berat badan menurun..percaya tak? sampai kena marah dengan doctor la..tapi nak buat macam mana kan...setiap yang saya makan tu memang selalu tak nak masuk perut.
 
 
semalam the whole day saya ada visitation dekat site with my client. with the weather yang sangat panas, tak lalu makan..nak minum ajer...berbotol-botol air mineral saya kerjakan. sampai rumah tiba-tiba tekak rasa nak makan mac and cheese...ah sudah...mana nak cari mac and cheese ni...saya ni memang malas sikit nak masuk dapur semenjak dua menjak ni...but since tekak tu mengidam sangat...terpaksa la cik rose ni masuk jugak dapur...so..nak tau tak macam mana nak buat mac and cheese? the most easy recipe ever and very popular and also UNHEALTHY!!! hhahaha....
 
 
here goes the recipe:-
 
 
bahan-bahan:
 
elbow pasta/penne
udang/ ayam
susu segar
cream masakkan
cheddar / parmesan cheese
bawang putih/bawang merah
serbuk buah pala (optional)
 
* udang tu saja tambah...ikut recipe asal takder pun...
 
 
itu ajer bahan-bahannyer...senang kan??
 
so..macam mana nak masak?
 
1. boil elbow pasta or penne pasta pada air mendidih yang dah ditambah garam for about 10 minutes
2. tumiskan bawang putih and bawang merah dengan butter and olive oil
3. bila dah naik bau masukkan udang and masakkan sampai separuh masak.
4. masukkan susu segar and serbuk buah pala and kacau sampai mendidih
5. masukkan elbow pasta/ penne pasta yang dah direbus masakkan sampai mendidih
6. masukkan cream masakkan dan cheese and...gaul sampai pekat...
 
siap.....
 
 
kalau nak tambah pekat lagi...angkat mac and cheese, tabur keju lagi and masukkan dalam oven for about 5 minutes...erm...meleleh!!!..tapi sebab dah lapar sangat so saya ngap terus...
 
tips:- for this recipe saya memang tak masukkan garam sebab; cheese dah cukup masin and udang tak tolerate with garam so well..kalau nak tambah juga...silakan..for me..is just nice...
 
 
mac and cheese

that's my mac and cheese without baking it..masuk mulut terus..makan panas-panas...awesome...
 
so...selamat mencuba...
 
 


Monday, September 8, 2014

Comeback!!!

Salam semua!!!
 
 
setelah sekian lama menghilangkan diri sehingga ada yang bertanya, adakah saya tidak menulis blog lagi?? akhirnya I decided to start writing again...maaf kawan-kawan...bukan niat untuk menyepi diri...tapi dikala morning sickness yang melanda saya memang tidak mampu nak menulis lagi...
 
 
 
yup... I am pregnant again...Alhamdulilah...this is our second baby and we expected to have her this coming November...doakan semoga kali ini saya dapat bersalin normal yer... AAMiinnn
 
 
orang selalu berkata, ala second pregnancy..mesti dah ada banyak pengalaman..mesti dah tau macam mana nak handle morning sickness...trust me...I never had a morning sickness during the first pregnancy and I don't even have enough experience with the first child!!! so...setiap pregnancy memang berbeza...this time around during the 3rd weeks of pregnancy saya dah dapat rasakan saya mengandung. why??? because...saya sangat penat...always wanted to sleep.. always wanted to vomit and always tak tahan bau makanan...and guess what..the symptoms last long until up to 6 months of pregnancy...OMG!!!!
 
 
well..its a tough thing to handle being pregnant while having toddler aka aisya in the house with my hubby keeps going away...uhuhuhu...apa nak buat..dugaan...
 
 
and...while me going away from this blog...aisya has celebrating her second birthday!!! can you believe it??? she's two?? oh well...she's growing too fast...apapun...I stop my writing here today will continue to write for you...maybe anyone miss my recipe updates??? hahahah....I don't think so!! till later then!!!
 
 
for your eyes..aisya celebrating her second birthday:))
 


Tuesday, February 25, 2014

review carel cookies - choco classic

Asyik review buku jer..hari ni saya tukar angin nak review biscuit pulak boleh? Layankan ajer...ok...this cookie from my colleague yang Sangat talented. Buat pelamin boleh, buat majlis aqiqah boleh, event planner,  gubah bunga and now he even venture to food?? Man...u are surely a multi talented person..


Ok...enough with the praise...biscuit yang saya nak review ni dinamakan as choco classic. ..bila saya tanya kenapa nama choco classic dia kata he just comes up with the name...hahhaa. .so cute..


seriously I am not a big fan of cookies sebab sometimes its either too sweer or too milky. But this one..hands down to this creation because I like it...oh no...I loves it! !! First bite ..Sangat ranggup...its melting in my mouth and...just nice with the flavor. .not too sweet not too milky..even the chocolate taste not that strong and just nice...oh...I fell in love with this!! Khairil what have you done...


Choco classic ni didatangkan dalam balang comel yang ada his own signature signage that really looks classy....nak cuba tak?? I voted for 5/5 okay...


biskut


Biscuits ni berharga 400g with the price of RM25 ringgit...sesuai untuk kudap-kudapan at office and even good for this coming hari raya kan...nak cuba tak? He can be contacted at 016 3117125...



Sunday, February 23, 2014

kepentingan baby car seat

Biasanya parents akan selalu pegang anak mereka bila mereka travelling.  Tahu tak itu adalah perbuatan yang bahaya? Pakar pediatric dari us federation telah membuat kajian bahawa anak dibawah umur dua tahun sepatutnya diletakkan didalam car seat ketika travelling.  


Mesti ramai tertanya-tanya apa yang bahayanya biar ibu bapa pegang anak? Mungkin ada yang beranggapan anak dipegang oleh ibu bapa lebih selamat dari diletakkan didalam car seat. Betul?? Mak saya pun berpikiran macam tu. ..

Sebenar sangat penting baby diletakkan didalam car seat sebab bila accident impak hentakkan kereta dapat di tahan oleh seat belt yang dipasang pada car seat. Percaya atau tidak sekiranya bayi anda dipegang oleh ibu bila hentakkan berlaku terutama impak yang kuat secara teknikalnya ibu akan terlepas bayi yang dipegang dan boleh mengakibatkan kecederaan teruk pada bayi.  

Cuba bayangkan ibu duduk dihadapan dan ketika hentakkan berlaku dan si ibu terlepas pegangan pada bayi,  kemungkinan besar bayi akan terhentak ke dashboard. Bayi berusia bawah 2 tahun masih belum develop kekuatan fizikal. Kalau hentakan terkena bahagian kepala lagi parah kerana head bone bayi belum cukup matang,  dan boleh mengakibatkan gegaran pada otak bayi dan seterusnya bayi boleh koma dan their development akan terbantut...ha...takut tak? 

Di malaysia ni amalan memakai car seat pada bayi jauh ketinggalan dari negara2 besar. memang kita biasa lihat si ibu akan memegang anak. Apalah salahnya berbelanja lebih untuk kebaikan anak2 takut nanti kita  menyesal dikemudian hari pulakkan. 

Car seat ada dua jenis. Satu bagi infant dan satu lagi bagi usia toddlers.  Ni contohnya.

 Yang ni sesuai untuk infant



Yang ni pulak sesuai untuk toddler

By the way pemakaian car seat pun kena betul gak...letakkan seat belt pada car seat and fasten the belt around baby. Igt ni...biar kita melabur sekarang dari menyesal dikemudian hari...

Saturday, February 22, 2014

egg roll

Salam sabtu...sedang rehat-rehat dekat umah tiba-tiba teringat dah lama tak update blog...hehehe...so...nak update apa yer? Resipi la...hahhaa..


Biasa kita makan telur dadar tapi hari ni saja teringin nak buat egg roll...again this food inspire from korea...senang ajer nak buatnyer pun...

Bahan-bahan:

4 biji telur
Bawang merah diracik halus
Cili di mayang halus
Daun bawang di mayang halus
Lobak merah di mayang halus
Garam

Cara-cara:

Campurkan semua bahan-bahan diatas dan pukul telur sampai kembang.

Panaskan kuali dan minyak- sila pakai kuali leper yang non stick yer...

Masukkan telur dan masakkan sehingga separuh masak bahagian atas telur. 

Kemudian lipat sedikit hujung telur dan teruskan proses melipat telur sehingga menjadi macam bantal panjang.  

Biarkan telur dalam masa 3 minute untuk pastikan bahagian dalam masak dengan sempurna. 

Angkat telur dan potong sebesar ibu jari...

Siap dihidangkan...


dadar

Friday, February 14, 2014

review mencari mr charming

Salam jumaat semua...buat apa tu?? Hahha...hari ni saya nak review buku mencari mr charming dari anna lee. Dah lama sebenarnya nak buat entry ni tapi asyik tertangguh. So...let's get started! !

I bought this book during pameran buku di pwtc last December. .waktu tu buku ni baru ajer release and I kept procrastinate nak baca and lastly on 2/1/2 2014 saya start baca buku ni. The very first book saya baca in 2014 okay...and its so worth it! !

Buku ini mengisahkan lara seorang penulis buku cinta romantic overdose yang sentiasa mengangankan prince charming. Bila saya baca ciri-ciri prince charming tu serius saya rasa no such person. So far in reality memang saya tak pernah jumpa la...nak tau apa senarai prince charming lara sila beli buku yer...hahaha...

Dalam buku yang ditulis oleh lara dia sentiasa menggambarkan heronya seorang yang kacak dan romantic.  Lara mempunyai seorang review or haters tegar yang dikenali sebagai indah water yang sentiasa menhantar email kritikan tajam dan pedas kepada lara sehingga mengakibatkan hidup lara huru hara. 

So apa terjadi? Siapa haters lara yang bergelar indah water? Betulkah wujud prince charming yang kacak dan romantic ? Nak tau sila baca yer...

Malas saya nak buat sinopsis panjang sebab....cerita ni awesome sangat. Its so fun to read eventhough the books is quite thick. 
Cukup segala rempah ratus dalam buku ni. 

This is the third story I baca dari the same author I.e anna lee and she really shows major improvements in her writing style. Lebih bersahaja dan susunan dan plot cerita digarap dengan begitu baik sekali. Setiap kali any office mate nak pinjam novel saya memang syor kan buku ni. Dan again feedback yanv saya terima juga setuju bahawa the book is awesome. Sampai ada yg nak beli their own copy.  Kalau tak percaya go and buy the book urself...its worth every penny. I rated 5/5 for this book. 

 novel, anna lee



Monday, February 10, 2014

ketam bercili

Approaching lunch hour ni saya nak post resipi ketam bercili....saya ni memang peminat tegar ketam. Selalu dulu suruh mummy masak ketam. But now kena masak sendiri la...the best part bila masak sendiri akan saya derhakakan resipi yang mummy bagi....

So...resipi saya seperti dibawah:

Bahan-bahan:

4 ekor ketam -saya belah dua.
 4 ulas Bawang putih
Cili hidup merah 10 biji
Sos tomato and cili
Garam and gula


Cara-cara:

Gorengkan ketam dengan olive oil and butter.

Angkat ketam dan asingkan kedalam pinggan.

Tumis bawang putih dan cili yang telah dikisar lumat.

Tumis sampai naik bau dan kering, kemudian masukkan sedikit sos tomato dan cili.

Tambah sedikit air, garam dan gula and selepas sedikit kering boleh masukkan ketam yang telah digoreng kedalam kuali dan gaul....


Siap.....

Sedap makan dengan nasi panas...