Tuesday, July 2, 2013

My Happy Tuesday!!

a surprise from mr hubby today....

tiba-tiba waktu lunch tadi dia call and tanya boleh tak nak lunch sama...giler tak seronok hubby ajak lunch..mesti la nak kan...jarang dapat lunch ngan hubby sebab our lunch time tak sama...

tengah-tengah makan...tetiba hubby hulur barang..eh???nak tau apa???

hubby belikan GALAXY NOTE II!!!! YAYYY!!!

saya dah lama nak tukar handphone, tapi sayang sebab blackberry yang saya pakai adalah hantaran....and at the same time, i can't make up my mind nak pakai s4 or noteII...lastly...dapat note II okayy...jangan jeles semua....

thanks to mr hubby!!! love you so very much....muahhhh!!!


the lovely hubby..xoxo

and of course...


nice gadget!!!! tak sabar nak guna and explore ok....

Monday, July 1, 2013

melecur!!

hari ni malas nak update blog sebab....

tangan kena minyak panas!!! 

aduh...memang perit rasanya....

ok la....nak rest kan tangan dulu yer....selamat malam semua...

xoxo!

Sunday, June 30, 2013

Durian, Pregnancy & Aisya

i guess the king of fruit season is back!!! betul tak? dekat pasar malam tadi ramai ajer yang jual durian...nampak cantik-cantik...mmmm tapi sayangnya saya memang tak tahan bau durian...

teringat waktu mengandungkan aisya, saya lalu dikawasan seksyen 7 shah alam, and saw barisan kedai yang jual durian. Dan waktu tu saya rasa durian tu sangat menggiurkan....sampai saya keluar la ayat, sedapnya durian tue....kebetulan my mother was in the car and dia terus mengeluarkan amaran tegas: no durian for you! ha amik kau....terkulat-kulat saya dengar arahan mak ok....

lepas tu rasa tak puas hati, saya tanya my ObGYN waktu check up, and she said no problem, you can eat durian, but not too much...ha....balik dari check up saya terus cakap ngan mummy yang doc bagi green light untuk makan durian, tapi sekali lagi amaran keras dari mummy kata NO!!! 

saya banyak juga baca mitos-mitos mengatakan, durian tidak elok bagi perempuan mengandung kerana durian bersifat panas dan boleh menyebabkan keguguran. dan lagi, sekiranya seseorang yang mengandung itu mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis, sangat tidak digalakkan makan durian. Tapi, bila saya adukan perkara ini pada doc, she said no such things. you can eat whatever you want except: raw eggs/food including sushi, oyster, and surprisingly she said to me process soy bean. selain dari itu semua boleh makan. 

tapi saya memang tak ambil durian sampai diakhir pregnancy bila saya dah tak tahan godaan durian. maklumla waktu tu musim durian and everywhere i can see durian. just imagine, after 100 meters dari tempat jual durian i still can smell durian. macam tu penangan mengidam saya. lastly my hubby beli sepeket, and saya cuma makan seulas sebab lepas tu saya dah pening kepala. 

when aisya masuk 4 months, air liur dia dah banyak meleleh, apalagi, semua orang kata waktu saya mengandung saya ada kempunan makanan menyebabkan air liur aisya meleleh ajer....hahahah...so not true ok...no such things. air liur baby bila banyak keluar tu sebenarnya dia nak tumbuh gigi....and turns out to be two of her bottom teeth cames out after that....tapi tak tau la, kalau memang ada air liur baby meleleh sebab mak dia tak dapat benda yang mengidam kan...hehehhehe....

mengidam

Saturday, June 29, 2013

Kenapa berblogging??

saya selalu tanya diri sendiri tentang soalan ini...kenapa saya berblogging? tapi saya tak pernah memikirkan jawapannya secara specific. tapi bila rakan sekerja tengok saya khusyuk buka blog dari satu blog ke satu blog, and find out that i have a blog, she started to questioning me. apa yang menyebabkan kau berblog?

kemudian saya terfikir balik...saya start blog ini this year January, sedangkan dah ramai dah yang ada blog dan hebat-hebat belaka pulak tu..so kenapa saya pun nak join them?...bila saya start blogging ini sebenarnya, sebab saya suka mencari informasi-informasi yang boleh menambahkan pengetahuan am saya. 

Seriously, waktu mula-mula dulu terbit dihati saya untuk berblog disebabkan aisya mempunyai eczema. merata-rata saya cari information pasal eczema ni, and always came across from blog to blog mothers that have similar experience..and when i go deeper, saya rujuk pada pakar, saya survey website and i found out a  lot of information. so..i'm full of fire to share the knowledge with others...yes yes...the first thing was i shared it with my office mate, then i dari situ baru timbul idea untuk start blogging....

mula-mula i start the blog from ipad...serious susah...hahahah.....memang tak pandai kan guna tablet ni...screen touch tak sama dengan keyboard touch...and the apps takes me a lot of time to adjust and comprehend...maklum la lembab sikit pasal bab-bab IT and gadget ni...

seriously, i have no theme for my blog. i use simple template sebab saya memang orang yang simple, yang nak blog saya easy to be access.. so memang blog saya tak comel macam blog orang lain la...yang ada macam-macam features...so, from wants to share about eczema, i start to write about everything else, like my experience with aisya, my relationship with hubby, cerita kelakar yang buat saya rasa nak gelak, and general information yang saya rasa saya nak share dengan semua orang. kadang-kadang tangan ni pun gatal nak add features sana sini...hehehhehe...

sangat seronok saya rasa bila ada orang baca blog saya, yang masukkan saya dalam bloglist mereka, dan ada yang share info yang ada dalam blog ini...hehehehhe..memang best rasanya

saya sangat berterima kasih pada yang sudi membaca blog saya. saya tahu banyak kekurangannya, tapi saya harap the information that i shared here can be used for others jugak....salah silap sila tegur saya yer...**wink wink***

love, 
rose.  


Wednesday, June 26, 2013

wordless wednesday

happy wednesday! time flies so fast kan??? rasanya baru ajer isnin, tapi hari ini dah hari rabu dah...

so my choice of pic today is:




renung-renungkan la yer....peace!!!!!

Tuesday, June 25, 2013

oh kekasih hati ku....

hari ini tukar gambar di desktop computer...bila dah tukar gambar, dah tak boleh buat kerja, asyik tenung muka kekasih hati rose ajer...hai...nak tau siapa kekasih hati rose??

.....



......

ini la dia....

love

cinta hati saya ok!!!!


Monday, June 24, 2013

adab wanita keluar rumah

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Semoga bermanfaat untuk kita semua dan sebar-sebarkanlah insyaALLAH

ADAB WANITA KELUAR RUMAH

1.            Seseorang wanita boleh keluar rumah sekiranya ia mempunyai sesuatu hajat yang amat perlu yang diharuskan oleh syarak.

Contohnya:
-              Menuntut ilmu fardhu ain sekiranya ibu bapa atau suami atau penjaganya tidak berkesempatan   atau tidak berkemampuan mengajarnya.
-              Menziarahi kaum kerabat, saudara-mara, jiran ataupun sahabat.
-              Keluar mencari nafkah yang halal disebabkan wanita itu sebatang kara atau keadaannya miskin atau penjaganya sakit atau cacat.
-              Untuk menjadi saksi.

2.            Keluar dengan berdoa meminta perlindungan dari fitnah dan gangguan manusia serta syaitan.

3.            Apabila tempat tujuan kurang dari dua marhalah (48 batu) wanita boleh ditemani oleh kanak-kanak.Apabila perjalanan lebih jauh dari itu, hendaklah wanita itu ditemani oleh muhramnya.

4.            Hendaklah menutup aurat supaya:
-              Mudah dikenali bahawa dia adalah wanita beriman
-              Tidak ada gangguan
-              Mendapat keampunan Allah 

5.            Elakkan berjalan di jalan besar yang sesak dengan orang ramai. Hendaklah berjalan di laluan tepi yang bukan laluan umum.

6.            Jangan menampakkan perhiasan diri (seperti rantai, gelang dan sebagainya) atau menghentakkan kaki untuk membunyikan perhiasan (seperti gelang kaki atau kasut berladam).

7.            Berjalanlah dengan sopan. Elakkan daripada banyak bergurau senda di jalanan.

8.            Jangan memakai bau-bauan kerana ia memberangsangkan nafsu lelaki. Jika memakainya, jangan terlalu banyak, cukuplah sekadar tidak berbau busuk.

9.            Tundukkan pandangan dan kekalkan sifat malu. Jangan sekali-kali bertegur sapa atau melayan lelaki yang bukan muhram.

10.          Meminta keampunan kepada Allah di sepanjang perjalanan.

sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri juga, 

xoxo- rose