sekarang ni memang trend bagi coklat untuk para tetamu kalau dtg majlis perkahwinan. betul tak? sebenarnya dah lama jugak la trend ni start, dari tahun 2010 lagi...kind of outdated kalau saya tulis entri in 2013 kan? tapi sebenarnya, ada orag email dan tanya saya tau tak cara nak buat coklat for wedding gift. erm...saya tau...
dulu waktu saya kawin, teringin jugak nak buat coklat ini...tapi tak larat, sebab nak kena buat banyak dan tak muat peti ais nak simpan beribu-ribu coklat. kalau nak order ajer mahal pulak. dulu waktu saya kawin tu, 3 biji kotak coklat dalam satu bekat biasa tu pun dah RM2.50...botak kepala kalau saya jemput 2000 orang...so saya pun lupakan la angan-angan tu...yet, during my daugther aqiqah, memang buat sendiri coklat as a gift to the guest...
saya kongsikan kat sini yer macam mana nak buat ...
bahan-bahan:
dark coklat/white coklat (sukahati la nak pakai yang mana satu)
garam
vanilla essence
acuan coklat - boleh dapat dekat kedai bakeri
badam * saya potong kecik-kecik
cara-cara:
1. ambil periuk dan isikan air 3/4 dan didihkan
2. letakkan mangkuk yang tahan panas diatas periuk yang sedang airnya mendidih tu
macam ini la...pic dari google
3. masukkan coklat yang dah dipatah-patahkan dalam bowl dan kacau sampai cair
4. masukkan sedikit garam
5. masukkan vanila essence
6. masukkan badam yang dah dipotong (yg ini optional..xnak pun xper)
7.sila rsa coklat, kalau pahit sgt masukkan gula sedikit.
8. padam api dan waktu coklat panas-panas tu boleh masukkan terus dalam acuan.
9. sejukkan dalam masa 1 jam sebelum masukkan dalam peti ais semalaman.
ini la hasilnya..
kotak nak isi coklat boleh buat sendiri or beli dekat kedai bakeri...kalau beli dekat kedai bakeri, boleh tawar jadi murah kalau beli banyak....
hopefully berguna pada sapa-sapa yang rajin nak buat coklat as gift...