Sunday, June 30, 2013

Durian, Pregnancy & Aisya

i guess the king of fruit season is back!!! betul tak? dekat pasar malam tadi ramai ajer yang jual durian...nampak cantik-cantik...mmmm tapi sayangnya saya memang tak tahan bau durian...

teringat waktu mengandungkan aisya, saya lalu dikawasan seksyen 7 shah alam, and saw barisan kedai yang jual durian. Dan waktu tu saya rasa durian tu sangat menggiurkan....sampai saya keluar la ayat, sedapnya durian tue....kebetulan my mother was in the car and dia terus mengeluarkan amaran tegas: no durian for you! ha amik kau....terkulat-kulat saya dengar arahan mak ok....

lepas tu rasa tak puas hati, saya tanya my ObGYN waktu check up, and she said no problem, you can eat durian, but not too much...ha....balik dari check up saya terus cakap ngan mummy yang doc bagi green light untuk makan durian, tapi sekali lagi amaran keras dari mummy kata NO!!! 

saya banyak juga baca mitos-mitos mengatakan, durian tidak elok bagi perempuan mengandung kerana durian bersifat panas dan boleh menyebabkan keguguran. dan lagi, sekiranya seseorang yang mengandung itu mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis, sangat tidak digalakkan makan durian. Tapi, bila saya adukan perkara ini pada doc, she said no such things. you can eat whatever you want except: raw eggs/food including sushi, oyster, and surprisingly she said to me process soy bean. selain dari itu semua boleh makan. 

tapi saya memang tak ambil durian sampai diakhir pregnancy bila saya dah tak tahan godaan durian. maklumla waktu tu musim durian and everywhere i can see durian. just imagine, after 100 meters dari tempat jual durian i still can smell durian. macam tu penangan mengidam saya. lastly my hubby beli sepeket, and saya cuma makan seulas sebab lepas tu saya dah pening kepala. 

when aisya masuk 4 months, air liur dia dah banyak meleleh, apalagi, semua orang kata waktu saya mengandung saya ada kempunan makanan menyebabkan air liur aisya meleleh ajer....hahahah...so not true ok...no such things. air liur baby bila banyak keluar tu sebenarnya dia nak tumbuh gigi....and turns out to be two of her bottom teeth cames out after that....tapi tak tau la, kalau memang ada air liur baby meleleh sebab mak dia tak dapat benda yang mengidam kan...hehehhehe....

mengidam

Saturday, June 29, 2013

Kenapa berblogging??

saya selalu tanya diri sendiri tentang soalan ini...kenapa saya berblogging? tapi saya tak pernah memikirkan jawapannya secara specific. tapi bila rakan sekerja tengok saya khusyuk buka blog dari satu blog ke satu blog, and find out that i have a blog, she started to questioning me. apa yang menyebabkan kau berblog?

kemudian saya terfikir balik...saya start blog ini this year January, sedangkan dah ramai dah yang ada blog dan hebat-hebat belaka pulak tu..so kenapa saya pun nak join them?...bila saya start blogging ini sebenarnya, sebab saya suka mencari informasi-informasi yang boleh menambahkan pengetahuan am saya. 

Seriously, waktu mula-mula dulu terbit dihati saya untuk berblog disebabkan aisya mempunyai eczema. merata-rata saya cari information pasal eczema ni, and always came across from blog to blog mothers that have similar experience..and when i go deeper, saya rujuk pada pakar, saya survey website and i found out a  lot of information. so..i'm full of fire to share the knowledge with others...yes yes...the first thing was i shared it with my office mate, then i dari situ baru timbul idea untuk start blogging....

mula-mula i start the blog from ipad...serious susah...hahahah.....memang tak pandai kan guna tablet ni...screen touch tak sama dengan keyboard touch...and the apps takes me a lot of time to adjust and comprehend...maklum la lembab sikit pasal bab-bab IT and gadget ni...

seriously, i have no theme for my blog. i use simple template sebab saya memang orang yang simple, yang nak blog saya easy to be access.. so memang blog saya tak comel macam blog orang lain la...yang ada macam-macam features...so, from wants to share about eczema, i start to write about everything else, like my experience with aisya, my relationship with hubby, cerita kelakar yang buat saya rasa nak gelak, and general information yang saya rasa saya nak share dengan semua orang. kadang-kadang tangan ni pun gatal nak add features sana sini...hehehhehe...

sangat seronok saya rasa bila ada orang baca blog saya, yang masukkan saya dalam bloglist mereka, dan ada yang share info yang ada dalam blog ini...hehehehhe..memang best rasanya

saya sangat berterima kasih pada yang sudi membaca blog saya. saya tahu banyak kekurangannya, tapi saya harap the information that i shared here can be used for others jugak....salah silap sila tegur saya yer...**wink wink***

love, 
rose.  


Wednesday, June 26, 2013

wordless wednesday

happy wednesday! time flies so fast kan??? rasanya baru ajer isnin, tapi hari ini dah hari rabu dah...

so my choice of pic today is:




renung-renungkan la yer....peace!!!!!

Tuesday, June 25, 2013

oh kekasih hati ku....

hari ini tukar gambar di desktop computer...bila dah tukar gambar, dah tak boleh buat kerja, asyik tenung muka kekasih hati rose ajer...hai...nak tau siapa kekasih hati rose??

.....



......

ini la dia....

love

cinta hati saya ok!!!!


Monday, June 24, 2013

adab wanita keluar rumah

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Semoga bermanfaat untuk kita semua dan sebar-sebarkanlah insyaALLAH

ADAB WANITA KELUAR RUMAH

1.            Seseorang wanita boleh keluar rumah sekiranya ia mempunyai sesuatu hajat yang amat perlu yang diharuskan oleh syarak.

Contohnya:
-              Menuntut ilmu fardhu ain sekiranya ibu bapa atau suami atau penjaganya tidak berkesempatan   atau tidak berkemampuan mengajarnya.
-              Menziarahi kaum kerabat, saudara-mara, jiran ataupun sahabat.
-              Keluar mencari nafkah yang halal disebabkan wanita itu sebatang kara atau keadaannya miskin atau penjaganya sakit atau cacat.
-              Untuk menjadi saksi.

2.            Keluar dengan berdoa meminta perlindungan dari fitnah dan gangguan manusia serta syaitan.

3.            Apabila tempat tujuan kurang dari dua marhalah (48 batu) wanita boleh ditemani oleh kanak-kanak.Apabila perjalanan lebih jauh dari itu, hendaklah wanita itu ditemani oleh muhramnya.

4.            Hendaklah menutup aurat supaya:
-              Mudah dikenali bahawa dia adalah wanita beriman
-              Tidak ada gangguan
-              Mendapat keampunan Allah 

5.            Elakkan berjalan di jalan besar yang sesak dengan orang ramai. Hendaklah berjalan di laluan tepi yang bukan laluan umum.

6.            Jangan menampakkan perhiasan diri (seperti rantai, gelang dan sebagainya) atau menghentakkan kaki untuk membunyikan perhiasan (seperti gelang kaki atau kasut berladam).

7.            Berjalanlah dengan sopan. Elakkan daripada banyak bergurau senda di jalanan.

8.            Jangan memakai bau-bauan kerana ia memberangsangkan nafsu lelaki. Jika memakainya, jangan terlalu banyak, cukuplah sekadar tidak berbau busuk.

9.            Tundukkan pandangan dan kekalkan sifat malu. Jangan sekali-kali bertegur sapa atau melayan lelaki yang bukan muhram.

10.          Meminta keampunan kepada Allah di sepanjang perjalanan.

sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri juga, 

xoxo- rose

Sunday, June 23, 2013

a boring and unhealthy sunday

sunday datang lagi....biasanya hari ahad kami sekeluarga akan keluar berjalan-jalan. At least akan singgah shopping kompleks, dine out, window shopping and etc...

tapi bila buka tingkap dan pintu pagi tadi tengok cuaca jerebu yang sangat menakutkan, all plan go south! tak jadi keluar la....the air is so polluted...even i can smelt bau terbakar in the air...

oh no...tak mo keluar la, kesihatan kami lagi penting dari pergi shopping kompleks tu kan??? so, we spend our sunday indoors, watching grey's anatomy season 9 marathon! 

how about u people? kalau nak keluar don't forget to pun face mask ok! face mask on people!!!


Saturday, June 22, 2013

mee bandung dan pengat labu & kacang merah

hubby demam...so dia request masak makanan yang berkuah dan tak nak nasi...sekali lagi dia cakap...i tak nak nasi yer yang...ala...kesian ajer dengar permintaan macam tu...so cik rose pun google punya google...teringin nak makan mee bandung...

so kena minta bos besar punya permission dulu, bila cakap masak mee bandung boleh? terus bersinar mata en hubby dan siap pesan, kuah biar pekat sikit...hahahahah...gotcha!

aisya
oleh kerana tak sempat nak pergi pasar dan malas nak drive, cik rose gunakan ajer bahan yang ada, so i need to improvise sikit resipi memandangkan tiada udang dalam peti ais...so nak tau resipi tak?

bahan-bahan:
ayam 
sotong
telur 
udang kering 
bawang merah 
bawang putih 
halia 
carrot 
brokoli 
tomato 
tepung jagung 
cili kering yang dikisar 

cara-cara: 
1. tumis bawang putih, bawang merah, halia sampai naik bau 
2. masukkan cili yang dah dikisar dan tumis sampai garing 
3. masukkan ayam dan sotong, gaul sampai keluar air 
4. masukkan udang kering yang dah ditumbuk 
5. masukkan air, masak sampai mendidih
6. dah mendidih, masukkan carrot, brokoli dan tomato 
7. masukkan perasa garam dan gula 
8. masukkan telur, jangan gaul sampai kuning pecah
9. lastly masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah...

ini la hasilnya:

bandung
kejutkan hubby untuk makan dia tengok muka pelik...eh?? ada brokoli yer dalam mee bandung...hahahahah....sepatutnya sayurnya SAWI....tapi sebab takder sawi, saya guna ajer brokoli...

hubby kata....SEDAP LA YANG...rasa nak melompat okay!!!!

so petang ni rasa nak masak pengat labu untuk aisya...tapi seperti biasa...saya mesti improvise recipi...kuikuikui...saya campurkan kacang merah...

labu
ha nak tau macam mana nak masak baby pengat labu dan kacang merah? macam biasa ajer...

bahan-bahan: 
labu (saya guna organic)
kacang merah 
santan 
kurma 
daun pandan 

cara-cara:
1. kacang merah yang dah direndam setengah hari dan direbus sampai empuk, masukkan dalam periuk 
2. masukkan santan, kurma dan daun pandan
3. rebus sampai mendidih
4. masukkan labu 
5. bila labu dah empuk siap dihidangkan...

alhamdulilah, aisya makan dengan penuh selera...ada yang tertanya-tanya kenapa saya guna kurma? tak guna gula??? baby kan tak boleh makan gula....ok la..time untuk mandikan aisya comel yang dah bangun tue!!!

review novel kekasih halal - orkid edyliyne

dah lama tak buat review novel....kali ini novel terpilih written by orkid edyliyne bertajuk kekasih halal...

ha...tajuk dia kelas ok....this is the second time rose baca buku dari penulis ini...so i kind of have high expectation, tapi seriously the first plot saya agak kecewa...mungkin cara penyampaian tu like she love to put flashback moment yang saya anggap agak tidak kena...

but ...bila sampai dah tengah buku, i really love the way writer tonjolkan watak hero yang nampak baik tapi sebenarnya ada muslihat...really menjadi ok...tak sangka rupa-rupanya ada udang disebalik mee disebalik perkahwinan mereka....mmmmm...seriously i love it bila hero menyebabkan heroin sakit hati...really the suspen you! hahahahha...keluar dah english merapu saya...

bila sampai dah nak klimaks, mmmm...kecewa sekali lagi, sebab nampak mudah ajer si heroin tu memaafkan dan jatuh cinta balik pada suami curang dia tu....tapi...yerla...kata pun suami kan....sejahat-jahat suami, isteri sentiasa memaafkan kejahatan suami tu...

so, kalau suruh rate dari lima bintang, saya bagi 3.5 sebab plot yang depan tu tak kena pada gaya saya...overall, i boleh recommend this book untuk bacaan anda...

novel, kekasih halal
gambar - dari en google 

Thursday, June 20, 2013

trap in the office

yeeehaa....it's 10.30pm and i'm still in the office...bila nak balik ni?? 

mesti semua dah sampai umah kan??? kena stay back la pulak hari ini...leceh betul la...aduh....bos...tolong!! saya tak nak tidur kat opis!!! haa...apa kata kalau saya matikan suis elektrik?? mesti dapat balik kan? hihihihi...moving on people!! 

Wednesday, June 19, 2013

wordless wednesday

happy Wednesday bloggers!!!

siapa setuju sila komen ya...


i love my family how about u?

love, 
rose 

Monday, June 17, 2013

suami saman isteri kerana pembedahan plastik

received this email pagi-pagi isnin ni...memang penghantar email ni nak buat saya tersenyum on monday...i guess its to get rid of monday's blues?? tapi sebaliknya saya jadi geram, nak tau kenapa?

ianya mengisahkan seorang lelaki di cina, yang telah memfailkan perceraian dan menyaman isteri beliau sebanyak $120,000 dan menang...kisah disebaliknya ialah, isteri beliau telah melahirkan anak yang tidak menyerupai beliau atau pun isterinya. pada mulanya si suami menuduh si isteri mempunyai hubungan sulit dan mengarahkan isteri untuk berterus terang. 

it turns out to be, the wife confessed to had undergo intense plastic surgery untuk kelihatan cantik. Berang dengan pengakuan si isteri, suami memfailkan perceraian dan tidak cukup itu, menyaman si isteri dengan basis beliau telah tertipu dengan rupa paras cantik isteri, sedangkan hakikatnya isteri tidak cantik dan telah melakukan plastic surgery. 

guess what? the husband won!!! unbelievable!! dah la si isteri terpaksa mengeluarkan duit untuk pembedahan plastic, lepas tu terpaksa membayar kos perceraian ganti rugi yang dituntut suami hanya kerana suami jatuh cinta pada paras rupa beliau...oh gosh!! this is what we called as superficial love...


Sunday, June 16, 2013

gula punca cepat tua!

siapa suka makan gula-gula? ice cream? minum coke? cup cake? cake? pepsi?sila angkat tangan!! jangan tipu....semua orang suka makan makanan manis betul kan?  tau tak yang gula antara faktor yang menyebabkan kita nampak cepat tua???

last friday terbaca satu artikel pusat penyelidikan di LONDON yang menemui high sugar intake can cause human body to look old before its times. setiap kenaikan gula  dalam darah pada kadar 1 milimol per liter menyebabkan seseorang nampak lebih tua lima bulan dari usia sebenar...terkejut?

tau tak bahawa tiada nutrisi dalam gula? semakin banyak kita makan benda manis dan bermula, semakin banyak vitamin dalam badan hilang kerana gula. setelah gula masuk kedalam badan ianya akan terus mendekati sel sel protein dan mengeluarkan satu molekul yang dipanggil "advanced glycation end products" dimana molekul ini sangat berbahaya yang memakan kolagen didalam badan...

tapi, sememangnya gula ni banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan kan? terlalu banyak makan makanan manis boleh mendapat diabetes dan diabetes boleh merebak teruk sehingga boleh kehilangan anggota badan dan paling teruk penghidap diabetes yang tegar boleh menjadi buta! ...so dah tau gula tu makanan tak sihat, sila la kurangkan pengambilan gula yer kawan-kawan...our health is no 1!!!

diabetes

Saturday, June 15, 2013

resipi ayam black pepper

sabtu menjelang...macam biasa kalau weekend especially sabtu memang akan masak super best....hahahah...tau kenapa? its my experiment day...that's what my hubby say...

biasanya whatever makanan yang saya rasa nak makan dan tak pernah masak saya akan cari resipi dan cuba masak on weekend....so, today saya tanya hubby nak makan mee or nasi for our lunch? and he opted for nasi....okay.....my new resipi today its chicken black pepper.....resipi dah lama, tapi saya yang tak pernah buat...selalu juga order makan dikedai...sometimes terlalu pedas, kadang-kadang tak rasa black pepper...so hari ini let's try to cook resipi ni yer...

macam biasa, khidmat mr google sangat diperlukan...love you mr google...so i found the recipi as follow:- 

bahan-bahan:- 
ayam..saya potong kecil-kecil 
bawang putih 
bawang merah 
halia
brokoli 
carrot 
sos black pepper
oyster sos
kicap manis 
daun bawang 
lada hitam yang dah ditumbuk halus

cara-caranya:-
1. gorengkan dulu ayam dengan serbuk kunyit. bila dah perang, angkat dan ketepikan. 
2. tumis bawang putih, bawang merah, halia yang ditumbuk kasar sampai naik bau 
3. masukkan sos black pepper yang dah dicampur dengan air
4. masukkan kicap dan oyster sauce, masak sampai sedikit likat masukkan garam sekali waktu ni ya...
5. masukkan carrot masak sampai empuk
6. masukkan ayam yang digoreng dan brokoli. 
7. bila dah empuk brokoli, masukkan daun bawang dan lada hitam yang dah ditumbuk



siap....

ayam

hehheheh...how's the look? meh tgk secara close up 

aisya

haa......ini dia...aduh...terliur saya tgk gambar ni....hidangan ni dah selamat masuk perut hubby and me!!!hubby kata, memang you suka black pepper too much...but...its just nice, not so spicy!! yay!!!

p/s: hubby i tak suka makan pedas...so bila dia kata ok tak pedas sgt, happy la cik wifey ni....hehehhe

when a man love!

sebenarnya...sebenarnya...



saya...


saya...

suka tengok cerita korea!! hahahahaha...pecah tembelang! semenjak dua menjak ni busy dengan kerja and sibuk tengok cerita korea la sampai tak sempat nak update blog!! hahahah...

here goes, this is the drama that i have been watching lately...

tajuknya: when a man love...

when a man love

sweet kan tajuknya? ceritanya pulak?mmmm...best la....hahaha...saja tak nak kongsi plot drama kan? kedekut cik rose hari ini!..

ok la..ok la..rose kongsi sedikit kisah drama ni....a liitle bit different from the usual korean drama tapi masih sama dalam segi orang miskin sentiasa ditindas oleh golongan yang kaya..

the hero, was a loan shark not by choice! dia terpaksa berkerja dengan loan shark untuk membayar hutang keluarganya...ayah si heroin, adalah salah seorang peminjam...ketika mengutip hutang pada ayah si heroin, hero terjatuh hati....

conflict berlaku didalam kumpulan loan shark yang disertai oleh hero, dan mengakibatkan bos besar mati....

7 tahun kemudian, hero bertemu balik dengan heroin and that's when the story begun...hero jadi kaya, heroin miskin, hero tolong heroin and ajak kawin, tapi...heroin tak nak....

ha....itu jer la yang rose nak kongsi, yang lain-lain tengok sendiri yer....heheheh...

toodles!!!

Thursday, June 13, 2013

dinner aisya & mama

hi all....aduh....betul-betul  tak sempat nak update blog and blogwalking this week...sorry sgt-sgt pada yang berkunjung...saya akan return the visit shortly ya...

by the way, hari ini rasa nak masak sedap-sedap untuk dinner...hehhehe...dah kepenatan pun sempat nak masak....mestila nak bagi hubby makan air tangan isteri sendiri kan...heheh...bak kata pepatah jalan kehati suami adalah melalui perutnya...is it true?? hahaha...

so rose masak untuk aisya dulu hari ini..the menu for her yang recovering from viral infection is creamy chicken pumpkin soup...wah....dinner omputih anak i hari ini yer...doctor pesan tu give her light food until 
she's truly recovered, so that's why i choose creamy chicken pumpkin soup. 

LABU, SUP

comel tak? so not artistic!!!...tangan keras...so how to make this soup?

bahan-bahan:-
pumpkin yang dipotong kecil-kecil 
isi ayam yang dipotong kecil 
bawang putih 
halia 
stok ayam 
tepung atta dua sudu besar 
mixed herbs 

cara-cara masak:-
1. goreng halia dan bawang putih sampai naik bau 
2. masukkan ayam dan goreng sampai masak
3. masukkan labu, gorengkan sampai sedikit lembut...tambah sedikit air jika perlu
4. masukkan tepung atta dan masak sampai warna keemasan. 
5. angkat dan sejukkan sebelum dikisar
6. masukkan bahan yang dikisar tadi dalam periuk dan rebus sekali lagi 
7. tambah sedikit stok ayam sebagai perasa dan masukkan mixed herbs
sedia untuk dihidangkan.....

 look at her? siap ada pumpkin dekat tepi bibir...she loves it people....

so, what is it for papa and mama aisya? i cook simple dish...truly malaysian...apa dia...



laksa.....

 nak kena bagi resipi ker? tak payah kan...basic laksa ajer...rebus-rebus semuanya...


mmmmm........sedapnya..so rich of fish...that's how i like it...

SEDAP

hubby kata SEDAP....boleh berniaga laksa kat pasar malam...hahahahhahaha

so that's our dinner this thursday..how about you guys???

oh by the way...thanks semua yang mendoakan kesihatan aisya...Alhamdulilah...she's recovering...so far so good...thanks to my dearest friends....XOXO...

Wednesday, June 12, 2013

wordless wednesday

salam all....sangat tak sempat nak update blog this week...

so it's wednesday!!! let's share some pics okay...

kepercayaan

love, 
rose 

Saturday, June 8, 2013

Aisya dijangkiti Viral Infection

aisya asyik batuk dan selsema for the past 2 weeks. Berhenti sekejap, dan datang balik. sampai rose naik risau dan terus call doctor aisya and inform him. we scheduled an appointment with her peads saturday at 9.30am. 

rupa-rupanya aisya dijangkiti viral infection. well...pernah baca tentang viral infection ni...tapi tak pernah sangka its so easy for infants to be diagnosed with viral infections. Menurut doctor aisya tadi, she might be having it since demam last two weeks, yang mengakibatkan selsema, batuk dan akhirnya kahak yang tersimpan didalam tekak aisya.

menurut doctor lagi, its easy to get viral infection when your children fever temp reached 38...patutpun....demam aisya paling tinggi was 39.3 two weeks ago...so apakah solutionsnyer? its easy to use nebulizer tapi kena guna dua kali sehari...so either admitted or rent the neb machine. tapi kalau tak nak guna nebulizer pun boleh...tapi kena tahan dengar batuk yang berpanjangan dan risiko untuk anak muntah selepas makan atau minum susu. doctor akan bagi ubat yang dinamakan ventolin yang mana ianya akan membuka ruang paru-paru anak untuk kahak tersebut keluar. 

so what was our decision? kata sepakat kami suami isteri, kami akan biarkan kahak keluar sendiri. so we opt to use ventolin. selain dari ubat, doctor juga ajar saya cara untuk menepuk belakang badan anak atau dipanggil percussion supaya dapat membantu kahak keluar. macam mana yer?

bayi kena dalam keadaan meniarap dan letakkan bantal dibawah perut anak. so, pada ibu atau bapa bentukkan tangan seperti berlubang ditengah @ cupping, dan tepuk belakang anak menggunakan tenaga dipergelangan tangan. 

viral infection, kahak

hopefully aisya akan cepat sembuh...XOXO...

Wednesday, June 5, 2013

wordless wednesday


a room hung with picture is a room hung with thought! that's my thought for this wednesday...

Tuesday, June 4, 2013

wife, mum & a nurse

sangat kepenatan hari ini menjadi seorang isteri, ibu dan jururawat to my hubby and daughter. what a coincidence that they are unwell on the same day...haih...ayah nak bermanja, anak pun nak bermanja jugak...so mak dia nak manja dengan siapa? 

mode: kepenatan....tatkala hubby and anak tido, baru ada kesempatan nak update blog and BW. setiap saat sgt berharga.......XOXO

PENAT,BABY

Monday, June 3, 2013

buah delima

semua kenal buah delima kan??? tapi suka tak makan buah delima tu? tau tak banyak khasiat yang kita boleh cerna melalui buah delima?

pada wanita yang mengandung khususnya, buah delima sangat bagus diamalkan kerana ianya mengandungi kandungan acid folic semulajadi yang tinggi yang diperlukan untuk membentuk sel-sel otak bayi. selain dari itu, buah delima juga sangat bagus diambil bag ibu mengandung dan menyusukan bayi kerana ianya boleh membekalkan tenaga pada ibu-ibu. 

selain itu, buah delima bagus diamalkan untuk mendapat kulit yang sihat dan cantik, membantu memulihkan penyakit kencing manis, mencegah kanser dan angin ahmar. 

baru-baru ini aisya mendapat selsema dan batuk. memandangkan she's so small, dia tak tau macam mana nak buang kahak. dan alhamdulilah, selepas saya beri jus delima pada aisya, batuk dan kahak semakin berkurangan. so its like kind of natural remedy untuk memulihkan batuk dan kahak. 

tapi bukan senangkan nak cari buah delima ni? kebetulan waktu pergi beli barang-barang basah di cold storage, ternampak buah delima dari south africa, so memang la rose borong membeli. tak makan-makan simpan dalam peti ais sampai la aisya dapat batuk dan selsema, terus buat juice untuk aisya. 

delima, kahak, bayi

cantikkan warna dia? pale pink...

Sunday, June 2, 2013

Bila perempuan bercinta

zaman sekarang ni masih wujud lagi pasangan bercinta yang betul2 mencintai pasangannya tanpa memikirkan  status, kewangan, kedudukan dan sebagainya? masih ada...cuma segelintir ajer...kenapa hari ini nak bercakap pasal cinta dan perempuan? sebab kawan sekolah saya baru sahaja berkongsi cerita mengenai dirinya yang ditipu oleh lelaki yang dicintai. 

okaaayyyy....kind of sensitive topic bila cakap bila perempuan bercinta, mereka sanggup mengorbankan segalanya demi insan yang dicintai....betul? sanggup korbankan duit, masa, ibu bapa dan juga maruah diri..adakah betul disebabkan cinta perempuan menjadi buta mata dan hati? cinta yang melalaikan mereka atau mereka yang taksub dengan cinta?

baru-baru ini kejiranan kami digemparkan apabila ada anak jiran yang membuat percubaan membunuh diri gara-gara ditinggalkan kekasih...Astaghafirullahazim....APA NAK JADI? hanya disebabkan oleh seoarang lelaki maka dengan senangnya buat keputusan untuk bunuh diri? 

berbalik kepada kawan saya tadi, dia ditipu oleh teman lelakinya mengenai duit...aduh...dan banyak kali isu duit ini tersebar disurat khabar. kalau setakat 100,200 masih boleh diterima...ini melibatkan puluhan ribu ringgit...bila saya tanya, kenapa sanggup buat hutang untuk bagi duit pada bf? dia kata, nak tolong sebab aku sayangkan dia...aduh!!! tolongla...saya memang tak percayakan pada lelaki yang senang-senang nak minta duit dekat perempuan yer...lagi-lagi lelaki yang namanya kekasih. 

tolongla...buka mata, buka hati...sebelum mencintai orang lain, kita harus mencintai ALLAH SWT, RASUL, keluarga dan diri sendiri...jangan terlalu mencintai seseorang hingga mengakibatkan diri merana...cukup-cukup la kisah pembuangan anak, ditipu duit menjadi pengajaran kita semua....saya berharap sgt perempuan yang diluar sana untuk bijak menilai cinta!  

Saturday, June 1, 2013

aisya's chichken curry

selama ini asyik bagi aisya makan nasi yang dah diblender ajer...since she has turned 9 months ni, rose nak ajar aisya makan nasi lembik...so our first menu for her is chicken curry!....


nampak sedap tak? hahahah...mama dia nak puji diri sendiri...so how to cook aisya chicken curry?

bahan-bahan:
ayam yang dipotong kecik-kecil 
bawang holland 
bawang putih 
halia 
bunga cengkih 
bunga lawang 
kayu manis
serbuk kari satu sudu kecik 
santan/ susu bayi 
labu 
unsalted butter 

cara-cara:
1. tumis bawang, halia, bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis sampai naik bau 
2. masukkan serbuk kari dan kacau sampai masak. 
3. masukkan ayam dan masakkan ayam dan rempah kari sampai sebati 
4. masukkan labu 
5. masukkan susu/santan dan masukkan home made stok ayam 
6. biarkan mendidih sampai ayam masak dan labu lembut 
7. siap dihidangkan. 


aisya makan sampai habis...yay!!!...

p/s: kenapa saya tambah labu yer? nak bagi kari tu rasa manis sikit...lagipun aisya memang suka makan labu..so masukkan ajer sekali....




universiti oh universiti

musim admission untuk further study kan sekarang ni? mesti ramai yang baru lepas habis SPM and STPM and Matrikulasi terenyum lebar untuk sambung belajar...tapi sekarang bukan setakat local university ajer, university swasta pun banyak kan...so mana pilihan anda?

for me, mana-mana university pun takper. asalkan saya boleh further study. takder la nak kejar sangat nama universiti tu. dulu after SPM mummy suruh buat O-LEVEL further study dekat luar, tapi...mmmkan baru balik overseas, malas nak pergi luar lagi. so my choice is UITM. walau ramai yang kutuk waktu tu kata UITM has no quality, tapi saya rasa its so challenging study in UITM. so kenapa kata UITM hasilkan graduan yang tak berkualiti? 

ramai jugakla yang mencemuh UITM waktu tu, kata kalau masuk UITM shah alam, anak-anak akan jadi sosial la and on and on and on....adus...pelik la...kenapa ramai yang tak suka UITM ya?

finish off my bachelor in UITM terus kerja and at the same time buat Master part time di UIAM and further my PHD dekat US. that's when i realize that different students local and foreigner. gosh...studying in US, the student are so laid back, which they love to party BUT very competitive. party is party but when they are serious, GOD..no one can stop them!. 

i miss my moment studying ...to those yang masuk sambung study belajar elok-elok jangan hampakan harapan mak ayah....!XOXO...